21 Jul 2020

Resepi Kek Cheese Leleh




Kek Cheese Leleh, Resepi Kek Cheese Leleh, Cake, Cheese Cake,

Kek Cheese Leleh memang antara kek yang viral dan disukai oleh ramai orang, siapa ja yang tak suka kek Cheese Leleh ni kan, cara nak buat pun senang juga. Jadi dalam entry ini aku nak share resepi Kek Chesee Leleh yang konform sedap punya. Selamat mencuba okey..

Bahan - Bahan Kek Cheese Leleh

*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak masak




Cara - cara nak buat Kek Cheese Leleh

- Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
- Ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.
- Satukan adunan yg dah diblander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
- Last skali letak minyak masak dan gaul sebati.
- Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dalam 20 atau 25 minit je. Guna acuan plastik pun boleh juga. masa kukus sama.
- Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping Kek Cheese Leleh :
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese - diparut secukupnya

Cara-cara :
- Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
- Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi.
- Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak.
- Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan.

P/s - gambar dan resepi diatas credit pada owner resepi ini ye..

3 ulasan:

  1. sedapnya..tp nk buat Allah..kdg2 tu bahan dan ade semua..nk bertindak tu ^_^

    tq sharing :)

    BalasPadam
  2. sedapnya. kami tak pernah try apa2 baking/dessert yang kuna cheese. mcm tak yakin akan menjadi. sebab kami jenis tak pandai baking. biasa buat cupcake kedai rm2 je.. hehehe

    BalasPadam