8 Feb 2020

Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid




Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Karya Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Bab 1 Hingga Bab 32, Drama Melayu RTM 2020, Drama Bersiri Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Baru Afifah Nasir, Drama Baru Nafiez Zaidi, Drama Baru Ungku Hariz, Cover Depan Novel Hot Chocolate & Tea Lady,

Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Selekta Prima TV2 (RTM), bermula 29 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Pelakon Nafiez Zaidi, Afifah Nasir dan Ungku Hariz menjadi teraju utama drama Hot Chocolate & Tea Lady ini. Nafiez Zaidi akan membawa watak sebagai Adam Aiman manakala Afifah Nasir akan melakonkan watak sebagai Shaza Amira. Berbalik pada novel ini, ianya diterbitkan pada bulan Februari 2016 oleh Buku Prima. Jadi sambil - sambil layan versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Hot Chocolate & Tea Lady ini secara online. Caranya korang hanya perlu klik link dibawah tu ye, tapi tak semua bab ada, hanya beberapa bab gitu, kalau nak baca novel penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Selamat membaca okey, jadi sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye.




Sinopsis Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid

PERTEMUAN pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki. Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.
Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Karya Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Bab 1 Hingga Bab 32, Drama Melayu RTM 2020, Drama Bersiri Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Baru Afifah Nasir, Drama Baru Nafiez Zaidi, Drama Baru Ungk u Hariz, Poster Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Slot Selekta Prima, RTM TV2,

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya? Nak berlagak? Aku anak tuan punya syarikat ni pun tak berlagak macam tu. Dia, setakat pekerja aje nak tunjuk hebat? Tegaslah konon! – Shaza Amira

“Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak Tuan Rusman yang cantik, muda dan bijak macam ni abang kata tea lady, kan? Memang patut pun Sha marah.” – Adam Aiman

Laa... aku tercongok temankan dia dekat tiga jam, alih-alih ajak pergi surau aje? Kenapa Tuan Rusman ni? Apa masalah dia?



2 ulasan: