15 Jul 2018

Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar (Cerekarama TV3)




Apabila Terbit Fajar, Telefilem, Telemovie, Telemovie Apabila Terbit Fajar, Cerekarama, TV3, Senarai Pelakon, Pelakon Telemovie Apabila Terbit Fajar, Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin, 2018,
Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar - Cerekarama TV3

Telefilem Apabila Terbit Fajar sudah disiarkan di slot cerekarama TV3 pada 14 Julai yang lalu dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Antara pelakon telemovie Apabila Terbit Fajar ini adalah Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin dan ramai lagi. Penulis skrip drama ini adalah Adza Emie Adenan dan diterbitkan oleh Layar Ceritera Sdn Bhd. Aku dah tengok telemovie ini dan jalan cerita telemovie Apabila Terbit Fajar ini best dan menarik juga. Kesian bila ayah Fiza tu tak sempat nak jumpa anaknya Fiza dan juga cucunya Fajar. Telefilem ini telah diulang siar pada 14 Disember 2019 yang lalu. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye. Selamat membaca..

Sinopsis Telemovie Apabila Terbit Fajar - Cerekarama TV3

Mengisahkan Fiza (Elisya Sandha) yang telah dirogol oleh Mahmud namun Fiza merahsiakan perkara tersebut dari mak (Watie Sadali) dan ayahnya (Azhan Rani) kerana Mahmud telah mengugutnya akan membunuh ibu bapa Fiza. Tak lama kemudian Fiza mengandung dan hal tersebut mengejutkan ibu dan bapanya. Fiza mengatakan dirinya telah dirogol namun tidak mahu memberitahu siapa yang merogolnya itu. Hal tersebut membuatkan mak dan ayah Fiza kecewa dengan sikap Fiza. Tambahan lagi Fiza masih muda, baru berusia 17 tahun dan masih bersekolah namun sudah hamil anak luar nikah. Disebabkan mengandung dan melahirkan anak, Fiza sudah 4 bulan tidak ke sekolah, manakala setelah anak Fiza lahir, mak dan ayah Fiza terpaksa menipu semua orang yang cucu mereka itu adalah anak kedua mereka. Anak Fiza itu kemudiannya dinamakan Fajar (Rania Humaira), tak lama kemudian ayah Fiza mnyuruh Fiza untuk kembali ke sekolah bagi megelakkan orang kampung berfikir bukan - bukan. Fajar yang masih kecil itu dilayan dengan teruk oleh mak bapa Fiza dan membuatkan Fiza kecewa melihat anaknya dilayan sebegitu rupa.



Fiza ingin mengambil hati ayahnya semula dengan berazam untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM nanti. Namun Fiza hampa bila keputusan cemerlangnya dalam SPM itu tidak dihiraukan oleh ayahnya. Sebaliknya ayahnya menjadi marah apabila mengetahui yang Fiza ingin sambung belajar pula dan meninggalkan anaknya Fajar, ayahnya juga tidak mempercayai Fiza lagi setelah Fiza mengandung anak luar nikah. Fiza kemudiannya mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa anaknya sekali. Guru Fiza juga dah berjanji akan membantunya untuk membuat permohonan ke universiti sekaligus mendapatkan biasiswa. Selepas Fiza lari dari rumah, Fiza mendapat kerja sebagai cleaner di sebuah Motel dan Fiza juga dapat tinggal di Motel berkenaan. Namun owner Motel tersebut berniat tidak baik dan ingin menjual Fiza pada seorang lelaki. Fiza dapat melarikan diri dan kemudian dihalau keluar dari Motel berkenaan. Fiza dan Fajar terpaksa tidur di tepi jalan, tapi nasib baiklah ada seorang makcik di situ yang sudi menolong Fiza dan Fajar. Sejak dari itu Fiza dan Fajar menumpang di rumah makcik itu dan makcik itu juga sudah menganggap Fiza seperti anaknya.

Walaubagaimanapun Fiza masih tidak memberitahu tentang status sebenar dirinya yang merupakan ibu Fajar pada anaknya itu. Sebaliknya Fajar menganggap Fiza sebagai kakaknya, Fiza juga berjaya menamatkan pelajarannya dan bekerja sementara di firma guaman. Semuanya mula berubah bila kawan Fiza iaitu Suraya memberitahu Fiza mengenai kawan baik mereka Laila akan berkahwin dengan Mahmud tak lama lagi. Fiza yang tak nak Laila berkahwin dengan perogol itu mula menceritakan perkara sebenar pada Suraya. Walaubagaimanapun Laila tidak mempercayai cerita Fiza dan akhirnya Fiza nekad untuk menuntut keadilan. Apa yang berlaku seterusnya?.

8 ulasan: