3 Jul 2018

Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 (Akasia TV3)




Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross,
Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 Slot Akasia TV3

Drama Jangan Benci Cintaku adalah adaptasi daripada Novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto dan tengah bersiaran di slot Akasia TV3 bermula 28 Jun yang lalu. Saharul Ridzwan dan Zahirah Macwilson adalah teraju utama drama Jangan Benci Cintaku dan ini merupakan kali pertama aku melihat gandingan mereka berdua. Episod pertama drama ini bermula dengan baik dan aku suka semua pelakon drama ini. Antara barisan pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini adalah Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis episod 1 drama ini di bawah ye, selamat membaca okey.

Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 Slot Akasia TV3

Mengisahkan perkahwinan Shahrizal (Saharul Ridzwan) dan Rafeeqa / Feeqa (Zahirah Macwilson) yang diatur oleh keluarga mereka, Shahrizal sememangnya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami berbeza dengan Rafeeqa yang masih muda, tidak matang dan bersikap kebudak - budakan. Shahrizal terpaksa bersabar melayan kerenah Rafeeqa yang kebudak - budakan itu, namun dalam diam Shahrizal sudah mula menyukai Rafeeqa ini ditambah dengan sikap Rafeeqa yang agak manja itu. Nek Pah (Azizah Mahzan) kemudian membuat kejutan dengan muncul di rumah Shahrizal untuk melihat dan menguji Rafeeqa yang baru saja bergelar seorang isteri. Nek Pah sememangnya kurang gemar dengan sikap Rafeeqa yang tidak tahu apa - apa itu, Nek Pah kemudian mengkritik cara Rafeeqa melayan suaminya Shahrizal namun Shahrizal sentiasa back up Rafeeqa. Nek Pah juga menyuruh Rafeeqa untuk memasak nasi goreng untuk mereka semua pada pagi itu. Selain itu Rafeeqa mempunyai kawan baik bernama Damia (Amelia Henderson) dan turut rapat dengan sepupunya Irwan (Daler Yusuf). Walaupun sudah berkahwin, Rafeeqa masih dengan perangai lamanya iaitu suka keluar dengan kawan - kawannya sampai larut malam. Namun Shahrizal tetap bersabar dan cuba menegur Rafeeqa secara lembut.



Irwan pula kecewa apabila Rafeeqa berkahwin dengan Shahrizal, dia sudah lama mencinta Rafeeqa malah ingin mengahwini Rafeeqa lepas mereka habis SPM. Namun Rafeeqa menolak lamaran Irwan kerana dirinya terlalu muda ketika itu, namun Irwan terkejut apabila Rafeeqa boleh pula menerima lamaran Shahrizal yang jauh lebih tua darinya. Rafeeqa memberi alasan yang Shahrizal adalah pilihan keluarganya dan dia mengikut saja. Ibu Irwan menasihati Irwan supaya move on namun kelihatan Irwan masih menaruh harapan pada Rafeeqa, malah dirinya juga tidak yakin yang perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal boleh bertahan lama. Tak lama kemudian Rafeeqa mendapat tawaran sambung belajar di Perth Australia dan perlu meminta izin Shahrizal terlebih dahulu. Shahrizal mengizinkan Rafeeqa untuk sambung belajar tapi terkejut apabila mengetahui yang Rafeeqa ingin sambung belajar di Australia dan akan meninggalkannya selama 5 tahun. Apa yang berlaku seterusnya?.

1 ulasan:

  1. sakit hati tgk isteri mcm tu.. keluar tanpa izin suami. lagi2 keluar dgn lelaki lain.. ermm

    BalasPadam