1 Dis 2017

Review A Flying Jatt - Bollywood Movie

Bollywood Movie, A Flying Jatt, Filem Hindi, Hindustan, A Flying Jatt Film, Pelakon Filem A Flying Jatt, Tiger Shroff, Jacqueline Fernandez, Nathan Jones, Kay Kay Menon, Amrita Singh, Gaurav Pandey, Shraddha Kapoor, Amrita Singh Ex Wife Saif Ali Khan, Bollywood Movie Review, A Flying Jatt Review, Ending, Sinopsis, Cinta, Love Story, Superhero Film, India, My Review, My Opinion, My Feeling,
Review Bollywood Movie - A Flying Jatt

Hari ini aku nak buat Review Filem Bollywood yang bertajuk A Flying Jatt yang release pada 25 Ogos 2016 yang lalu. Antara Pelakon Filem A Flying Jatt ini terdiri daripada Tiger Shroff, Jacqueline Fernandez, Nathan Jones, Kay Kay Menon, Amrita Singh, Gaurav Pandey dan ramai lagi. Pelakon Shraddha Kapoor turut membuat kemunculan khas dalam filem ini manakala pengarah filem A Flying Jatt ini adalah Remo D'Souza. Rupa - rupanya pelakon Amrita Singh yang melakonkan watak ibu kepada watak Tiger Shroff itu sebenarnya adalah bekas isteri pada Saif Ali Khan. Gandingan Tiger Shroff dan Jacqueline Fernandez ini nampak serasi dan sepadan, maklumlah seorang handsome, seorang lagi cantik jelita kan. Selain itu filem A Flying Jatt ini juga telah dibuat ke dalam versi Graphic Novel, dan kesinambungan kisah dari filem ini akan disambung dalam Graphic Novel tersebut. Pendek katanya Filem A Flying Jatt ini adalah filem superhero, pertama kali, watak Aman mengenakan kostum superheronya itu membuatkan aku teringat pada filem Hrithik Roshan yang bertajuk Krrish. 



Antara scene menarik dalam filem ini yang aku suka adalah ketika Aman mula mendapat kuasa super powernya itu. Macam - macam perkara kelakar yang berlaku. Scene - scene kelakar dalam filem ini memang terbaik, aku tak sangka watak Aman di permulaan cerita agak penakut, suka mengalah dan tidak suka bergaduh walaupun berbadan sasa dan sado. Malah dia juga guru Taekwando di sekolah, namun  dia jenis yang sukakan kedamaian serta agak cepat gelabah dan kelakar. Di permulaan cerita sampai ke pertengahan cerita memang best, jalan cerita bergerak laju. Tapi kemudian jalan cerita filem ini bertukar pula di pertengahannya sampai ke akhir menjadi sedikit bosan. Scene paling sedih dalam filem ini adalah ketika adik Aman iaitu Rohit mati apabila menyamar menjadi abangnya untuk menentang si Raka itu. Ketika ini Aman cedera parah dan Rohit cuba menggantikan abangnya untuk membangkitkan semangat orang ramai menentang Raka. Scene - scene akhir yang menunjukkan Aman sebagai Flying Jatt itu melawan Raka sangat membosankan bagi aku sebab fighting scene itu sangat lama. 

Walaubagaimanapun, Filem ini juga tak terlepas dari kisah cinta antara Aman dan Kirti, tapi pada pendapat aku watak Kirti dalam filem A Flying Jatt ini biasa - biasa saja, ianya tidak meninggalkan impak yang besar pun, kalau wataknya tak ada pun tak apa. Watak Ibu Aman sebagai Mrs Dhillon lebih meninggalkan impak pada penonton. Selain itu aku juga suka bila diorang gambarkan superhero Flying Jatt ini lain dari yang lain dan tak sama dengan superhero yang lain yang sentiasa kelihatan sempurna dalam segala segi. Berbeza dengan Flying Jatt ini kerana walaupun dia boleh terbang seperti Superman tapi dia gayat dan takut tempat tinggi, jadi kalau dia terbang pun, dia terbang sangat rendah okey, part dia terbang rendah tu memang lawak. Ending Filem A Flying Jatt ini happy ending jugalah bila Raka dapat dikalahkan tapi sedih part adik dia mati sajalah.

Secara keseluruhannya, filem ini memang seronok juga ditonton dan aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk filem A Flying Jatt ini.

Gambar di atas ini credit to Bollywood Hungama

1 ulasan:

  1. Suka jugak tengok movie ni tapi haritu tak sempat lagi habiskan hahaha

    BalasPadam