13 Okt 2017

One Week Friends - Japanese Movie Review

Japanese Movie, Filem Jepun, One Week Friends, Filem One Week Friends, Japanese Movie Review, Review By Miss Banu, Manga, Komik, Isshukan Furenzu, Pelakon Filem One Week Friends, Kento Yamazaki, Haruna Kawaguchi, Takashi Matsuo, Shuhei Uesugi, Haori Takahashi, Seika Furuhata, Ending Filem One Week Friends, Sinopsis,
One Week Friends - Japanese Movie Review

Selain drama Korea mahu pun Filem Korea, aku kadang - kadang tengok juga filem Jepun / Japanese Movie ini. Jadi hari ini aku nak review filem yang bertajuk One Week Friends. Apa pun gambar diatas ini adalah sekadar hiasan saja tau. Filem ini adalah adaptasi daripada Manga / Komik yang bertajuk Isshukan Furenzu manakala versi filemnya diarahkan oleh Shosuke Murakami. Filem ini release pada 18 February 2017 yang lalu dan dilakonkan oleh pelakon terkenal dan popular Jepun. Pelakon Drama One Week Friends ini terdiri daripada Kento Yamazaki, Haruna Kawaguchi, Takashi Matsuo, Shuhei Uesugi, Haori Takahashi, Seika Furuhata dan ramai lagi. Lokasi shooting filem ini banyak dibuat di kawasan sekolah, maklumlah jalan ceritanya pun pasal kawan, pasal remaja dan juga pasal cinta. Apa pun filem ini boleh dikatakan sweet juga, plus aku suka tengok heroin drama ini iaitu Haruna Kawaguchi sebab dia memang nampak cantik dan manis je dalam filem ini. 

Hero Filem One Week Friends ini iaitu Kento Yamazaki memang sangat popular dan terkenal di Jepun itu, walaubagaimanapun aku tak berapa suka dengan gaya rambutnya dalam filem ini. Rambutnya ala - ala kembang tu memang tak berapa sesuai dengan mukanya manakala wataknya dalam filem ini memang ala - ala budak baiklah kan. Dimana dia melakonkan watak sebagai Yuki Hase yang gemar melukis kartun, disenangi ramai dan mempunyai ramai kawan. Manakala heroin filem ini iaitu Haruna Kawaguchi membawakan watak Kaori Fujimiya yang merupakan pelajar baru di sekolah yang sama dengan Yuki Hase. Walaubagaimanapun Kaori lebih gemar bersendirian, buat hal sendiri dan tidak ada kawan kerana dia menjauhkan diri dari semua orang. Jalan cerita filem ini simple saja tapi masih menghiburkan, bila menonton filem ini teringat pula masa dulu - dulu, bila semua orang sibuk nak tulis dan ada diari masing - masing. 

Watak Yuki yang dilakonkan oleh Kento Yamazaki ini memang sweet dan baik saja tapi aku lebih sukakan dia jadi bad boy seperti dalam filem Wolf Girl And Black Prince itu. Ending Filem One Week Friends ini memang happy endinglah kan,  Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.

Sinopsis One Week Friends ( Japanese Movie)

Mengisahkan Yuki Hase dan Kaori Fujimiya yang belajar di sekolah yang sama dan mereka juga rakan sekelas. Pertemua pertama Yuki Hase dan Kaori Fujimiya bermula di perpustakaan, kemudian mereka bertemu lagi di dalam train ketika pulang dari sekolah. Yuki yang tertidur di dalam train itu tergesa - gesa ingin turun dari train tersebut sehingga terlupa akan bukunya. Kaori yang perasan Yuki telah tertinggal bukunya dalam train itu cepat - cepat memberikan semula buku itu pada Yuki sebelum pintu train itu tertutup. Sejak kejadian itu, Yuki Hase sentiasa teringat pada Kaori Fujimiya dan teringin ingin mengenali serta berkawan dengannya. Selepas itu, ketika di sekolah, Yuki cuba menegur Kaori dengan ramahnya serta berterima kasih pada Kaori kerana telah memulangkan bukunya. Namun reaksi Kaori seolah - oleh terkejut dan langsung tidak mengingati akan pertemuan mereka dan akhirnya menjauhkan diri dari Yuki. Sikap Kaori yang dingin membuat Yuki keliru namun tidak berputus asa dan terus menerus cuba mendekati Kaori untuk berkawan dengannya.

Kaori terus - terusan menolak pelawaan Yuki untuk berkawan dengannya, akhirnya Yuki mengetahui alasan sebenar Kaori menolak untuk berkawan dengannya. Kaori Fujimiya mengalami masalah hilang ingatan, Kaori akan hilang ingatan dan memori semua kawan - kawannya pada setiap hari Isnin, memori Kaori tentang kawan - kawannya hanya bertahan selama seminggu saja dan ini membuatkan Kaori cuba menjauhkan diri dari semua orang dan sentiasa bersendirian. Yuki Hase cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah Kaori dan akhirnya dia menghadiahkan Kaori sebuah diari untuk dikongsi bersama. Melalui diari itu, Kaori dapat mengetahui apa yang berlaku dari awal tentang persahabatan mereka, sekaligus dapat mengatasi masalah memori Kaori yang hilang itu. Penggunaan diari tersebut berjaya dan berjalan lancar dan membuatkan Yuki makin rapat dengan Kaori. Ketika semuanya berjalan lancar, sesuatu telah berlaku dan membuatkan Kaori mengingati semula memori lamanya ketika bersekolah di sekolah lamanya. Namun Kaori langsung tidak mengingati akan Yuki.

Yuki mula berasa cemburu apabila Kaori mengingati seorang lelaki yang satu sekolahnya dengannya di sekolah lama. Akhirnya Yuki mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Kaori dan membakar diari yang dikongsi bersama itu. Tanpa diari itu, Kaori tak dapat mengingati Yuki dan persahabatan mereka. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Image courtesy of Ambro at FreeDigitalPhotos.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan