9 Okt 2022

Telefilem Sadaqallahul’azim (TV AlHijrah)



Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Telemovie Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Sinopsis Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Poster Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah Full Movie, Telemovie Sadaqallahul’azim Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sadaqallahul’azim TV AlHijrah, Ungku Hariz, Husna Mustafa, Ana Dahlia,
Telefilem Sadaqallahul’azim Lakonan Ungku Hariz dan Husna Mustafa - TV AlHijrah

Telefilem Sadaqallahul’azim ini merupakan sebuah telefilem khas sempena Maulidur Rasul yang akan disiarkan di TV Alhijrah pada Ahad ini, 9 Oktober 2022, jam 9.00 malam. Antara pelakon telefilem Sadaqallahul’azim ini adalah Ungku Hariz, Husna Mustaffa, Anna Dahlia, Zaidi Omar, Razak Ahmad, Ezlynn Arifin dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sadaqallahul’azim ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Nampak menarik kan telefilem ini, penuh pengajaran gitu, jadi jom tengok sinopsis telemovie Sadaqallahul’azim ini dibawah okey..




Sinopsis Telefilem Sadaqallahul’azim Lakonan Ungku Hariz dan Husna Mustafa - TV AlHijrah

Mengisahkan tentang Solihin, seorang peguam yang dikenali ramai kerana banyak terlibat dengan pembelaan kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan tokoh-tokoh kenamaan. Namun jauh di sudut hati, Solihin sedar bahawa kemasyhuran dunia tidak memberikan apa- apa jaminan. Hatinya kosong serta berasa kerdil kerana dia tidak tahu membaca Al- Quran. Solihin berbelah bahagi antara populariti dan tuntutan agama. Dia malu untuk belajar mengaji kerana takut popularitinya terjejas. Perkenalan dengan Iffah membuatkan Solihin berazam untuk memperbaiki kelemahan diri yang tidak tahu mengaji. Adakah dia benar-benar ikhlas untuk berubah ataupun semata-mata hanya untuk memenangi hati Iffah?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)

Read More

Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)



Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Telemovie Mak Adib Pulang Awesome TV, Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Poster Telefilem Mak Adib Pulang, Telemovie Awesome TV, Poster Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV), Pelakon - Pelakon Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV),

Telefilem Mak Adib Pulang telah pun disiarkan pada tahun 2021 yang lalu di Awesome TV dan kini telefilem ini akan diulang siar semula pada Ahad ini, 9 Oktober 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Mak.. Adip Pulang ini adalah Ummar Dzariff, Nadiya Nisaa, Maria Farida, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mak Adib Pulang ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Mak Adib pulang di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Mak Adib Pulang (Awesome TV)

Mengisahkan Adib seorang anak yatim piatu, diambil oleh sebuah keluarga dan dijadikan anak angkat. Adib merasakan dia telah mengkhianati ibunya sehingga menyebabkan dia lari balik ke rumah ibu kandungnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin (Astro Citra)

Read More

Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin (Astro Citra)



Telefilem Mandi Mayat, Telemovie Mandi Mayat, Telefilem Mandi Mayat Astro Citra, Telemovie Astro Citra, Info dan Sinopsis Telefilem Mandi Mayat, Pelakon - Pelakon Telefilem Mandi Mayat, Telemovie Mandi Mayat Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Mandi Mayat,

Telefilem Mandi Mayat akan disiarkan pada 8 Oktober 2022, jam 10 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Mandi Mayat ini adalah Zul Ariffin, Khatijah Tan, Syefikk, Che Nurul Ain Syahira, Khairul Annuar Hj Jantan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mandi Mayat ini diarahkan oleh Azmir Affandi dan diterbitkan oleh Efficent Action Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, para pelakon pun best, jadi jom tengok sinopsis telemovie Mandi Mayat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Mandi Mayat Lakonan Zul Ariffin dan Khatijah Tan (Astro Citra)

Syawal bekerja sebagai pengurus jenazah di rumah mayat Hospital. Dia yang baru sahaja bekerja mula mendapat mayat dari pelbagai latar dan sebab kematian mula mengalami pengalaman aneh apabila dia melanggar petua orang tua tentang pengurusan jenazah dari ibunya yang juga merupakan seorang pemandi jenazah sehinggalah dia akhirnya terkena badi mayat.


Read More

7 Okt 2022

Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1



Drama Tunggu Dulu Cinta, Drama Tunggu Dulu Cinta Slot Widuri TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta TV1, Tunggu Dulu Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta, Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Alidrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Drama Tunggu Dulu Cinta Full Episode, Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Tunggu Dulu Cinta,

Drama Tunggu Dulu Cinta telah mula bersiaran di slot Widuri TV1 sejak 14 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Tunggu Dulu Cinta ini adalah Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda dan mempunyai 26 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn. Bhd. Drama ini juga merupakan drama terakhir lakonan Sarah Hildebrand sebelum dia bersara sebagai pelakon. Apa pun nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tunggu Dulu Cinta ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta

Hafreez Adam sebagai Kamal
Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea
Hazman Al idrus sebagai Khairy
Kay Maria sebagai Puan Aini 
Hannah Halim sebagai Siti
Nasz Sally sebagai Jinny
Shasha Edora sebagai Fifa
Syafiq Aiman sebagai Mika 
Aryan Naim sebagai Rayyan Ismail
Badrul Muhayat sebagai Ibrahim 
Azman Jantan sebagai ayah Din
Amar Asyraf sebagai Shark
Fifi Laura Olivia sebagai Yaya




Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta Lakonan Hafreez Adam dan 
Sarah Hildebrand - Slot Widuri TV1

Mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta. Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu. Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya. Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Lagu Tema / OST Drama Tunggu Dulu Cinta

👄👄 Angau nyanyian Sam Suhaid

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria

👉👉 Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12 Di Astro Ria

Read More

5 Okt 2022

Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria



Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Drama Tiada Maaf Buatmu Full Episode, Poster Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24, Tiada Maaf Buatmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff,

Drama Tiada Maaf Buatmu adalah drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ash dan Aish lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah yang telah tamat episodnya. Drama Tiada Maaf Buatmu adalah adaptasi daripada Novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki dan mula disiarkan di Astro Ria pada 28 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Tiada Maaf Buatmu ini adalah Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff dan ramai lagi. Selain itu drama Tiada Maaf Buatmu ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus ada gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson gitu yang sebelum ini sukses dengan drama Curi Curi Cinta. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tiada Maaf Buatmu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu

 Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal

Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka

Hafreez Adam sebagai Mohsin

Sofia Dendroff sebagai Suzy

Watie Sadali sebagai Mariam

Wan Raja sebagai Burn

Haleeda sebagai Mak Safiah

Josiah Hogan sebagai Rashid

Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim

Hilal Azman sebagai Pak Malek

Wanns Ahmad sebagai Black

Ummar Dzariff sebagai Faiz
Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan




Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson - Astro Ria

Mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam. Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu. Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya. Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. 
Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Drama Tiada Maaf Buatmu Full Episode, Poster Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24, Tiada Maaf Buatmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff,
Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal. Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini. Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing?

Lagu Tema / OST Drama Tiada Maaf Buatmu

👄👄 Sama Seperti Dulu nyanyian Hael Husaini

Baca Online Novel Maaf, Saya Tak Sengaja Bab 1 Hingga 10 karya Akira Dorayaki Disini 


Read More

3 Okt 2022

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12 Di Astro Ria



Drama Bukan Pi Mai Pi Mai, Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Astro Ria, Poster Drama Bukan Pi Mai Pi Mai, Info dan Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai, Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Full Episode, Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12, Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Cast, Pelakon - Pelakon Drama Bukan Pi Mai Pi Mai, Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Mat Over (Sulaiman Yassin), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri,

Drama Bukan Pi Mai Pi Mai telah pun disiarkan di Astro Ria sejak 19 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Kids Nowadays yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Bukan Pi Mai Pi Mai ini adalah Sabri Yunus, Angeline Tan, Imuda, Khatijah Tan, Sathia, Mat Over (Sulaiman Yassin), Silfeny Osman, Azizul Ammar, Saidi Sabri dan ramai lagi. Antara yang menarik bila drama Bukan Pi Mai Pi Mai mengumpul kembali pelakon sitcom popular pada tahun 90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Selain itu drama Bukan Pi Mai Pi Mai ini diarahkan oleh Sabri Yunus dan diterbitkan oleh Porcupine Production dan Heritage Movies. Nampak menarik kan drama ini, teringat aku masa kegemilangan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu, kalau kat RTM ada sitcom Camni Camtu yang turut dilakonkan oleh Sabri Yunus dan Angeline Tan dulu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Bukan Pi Mai Pi Mai

  • Sabri Yunus sebagai Wan Seman
  • Angeline Tan sebagai Jessey
  • Imuda sebagai Sudi
  • Khatijah Tan sebagai Mak Nah
  • Sulaiman Yassin sebagai Mat Cover
  • Sathia sebagai Savhi
  • Azizul Ammar sebagai Joey
  • Saidi Sabri sebagai Adil
  • Silfeny Osman sebagai Nita




Sinopsis Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Di Astro Ria

Mengisahkan tentang enam warga emas yang bekerja di sebuah resort iaitu My Gopeng Resort dimana baru dibuka dan diruskan oleh Nita, Joey dan Adil. Kesemua pekerja diminta membuat video promosi resort tersebut bagi mengajak lebih ramai bakal pelanggan dan pengunjung untuk datang bercuti di resort mereka memandangkan ianya baru beroperasi. Dalam tempoh itu, macam-macam perangai dan isu mereka perlu hadapi di resort itu. Adakah akan lebih ramai yang akan datang di resort tersebut hasil daripada usaha pekerja-pekerja tersebut?


Read More

2 Okt 2022

Telefilem Pondok Senja (TV3)



Telefilem Pondok Senja TV3, Telemovie Pondok Senja tv3, Telefilem Pondok Senja Full Movie, Info dan Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3, Pondok Senja Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Pondok Senja, Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Syafie Naswip, Cerekarama Pondok Senja,

Telefilem Pondok Senja telah pernah disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada tahun 2016 yang lalu dan kini diulang siar semula pada Sabtu ini 1 Oktober 2022, jam 10.30 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Pondok Senja ini adalah Fauziah Nawi, Kamal Adli, Nazeera Sardi, Shafie Naswip, Kamal Sumbu dan ramai lagi. Selain itu telemovie Pondok Senja ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi siapa pernah tengok telefilem ini masa ianya disiarkan dulu?. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Pondok Senja di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Pondok Senja TV3

Mengisahkan sebuah keluarga hartawan perkapalan yang mempunyai seorang anak tunggal yang sedang belajar di universiti iaiti Zulfa, dilanda kejutan tentang pewarisan harta dan juga aset perniagaan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima

Read More

Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta (Awesome TV)



Telefilem Ah How Putus Cinta Awesome TV, Telemovie Ah How Putus Cinta (Awesome TV), Telemovie Awesome TV, Poster Telefilem Ah How Putus Cinta, Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta Awesome TV, Telemovie Ah How Putus Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Ah How Putus Cinta, Idris Khan, Elizabeth Tan, Kim Wah, Bell Ngasri, Melanie Tan, Ucop Cecupak,

Telefilem Ah How Putus Cinta akan diulang siar kembali di Awesome TV pada Ahad ini, 2 Oktober 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Ah How Putus Cinta ini adalah Idris Khan, Elizabeth Tan, Kim Wah, Bell Ngasri, Melanie Tan, Ucop Cecupak dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ah How Putus Cinta ini diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan dan diterbitkan oleh Suara Kita Production Sdn Bhd. Nampak menarik je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Ah How Putus Cinta di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Ah How Putus Cinta (Awesome TV)

Mengisahkan sepasang suami isteri yang membuka sebuah restoran makanan laut Cina halal dilanda masalah apabila ketua tukang masaknya menghilangkan diri selepas putus cinta dengan kekasihnya. Mereka berusaha untuk menghubunginya. Namun gagal. Ketua tukang masak itu menghilangkan diri dan sesat sewaktu berada di hutan. Dia diselamatkan oleh Orang Asal dan membawanya keluar dari hutan. Perniagaan di restoran laris semula seperti sediakala setelah ketua tukang masak kembali semula ke restoran tersebut.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Twenty Five Twenty One

Read More

1 Okt 2022

Info dan Sinopsis Telefilem Debunk (Astro Citra)



Telefilem Debunk Astro Citra, Telemovie Debunk Astro Citra, Sinopsis Telefilem Debunk Astro Citra, Telemovie Astro Citra, Telemovie Debunk Cast, Poster Telefilem Debunk, Pelakon - Pelakon Telefilem Debunk, Wan Chai, Sharifah Sakinah,
Info dan Sinopsis Telefilem Debunk Lakonan Wan Chai dan Sharifah Sakinah Di Astro Citra

Telefilem Debunk akan disiarkan pada Sabtu ini, 1 Oktober 2022, jam 10 malam di Astro Citra. Pelakon utama telefilem Debunk ini adalah Wan Chai dan Sharifah Sakinah. Selain itu telemovie Debunk ini diarahkan oleh Reen Emran dan diterbitkan oleh Kl Motion Pictures Sdn Bhd. Telefilem Debunk ini bergenre seram komedi dan disiarkan menerusi slot Citra Exclusive. Apa pun nampak macam menarik dan kelakar je telefilem ni kan, jadi jom tengok sinopsis telemovie Debunk ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Debunk Lakonan Wan Chai dan Sharifah Sakinah Di 
Astro Citra

Sebuah filem horror komedi berkonsepkan mockumentary, menyaksikan pertemuan dua makhluk dari alam yang berbeza di mana Sofi si penyangkal hantu (DeBunker) mula mempercayai kewujudan hantu apabila dia bertemu dengan Edna si hantu. Edna merupakan seorang cheerleader yang tidak sedar dirinya telah mati dan menjadi hantu. Apa yang berlaku seterusnya?...

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea Twenty Five Twenty One

Read More

Telefilem Bisik - Bisik (TV1)



Telefilem Bisik - Bisik TV1, Telemovie Bisik - Bisik TV1, Sinopsis Telefilem Bisik - Bisik TV1, Poster Telefilem Bisik - Bisik, Telefilem Bisik - Bisik Full Movie, Telemovie Bisik - Bisik Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Bisik - Bisik TV1, Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq,

Telefilem Bisik-Bisik akan disiarkan pada Sabtu ini, 1 Oktober 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Bisik-Bisik ini adalah Shahronizam Noor, Mustapha Kamal, Natasha Elyzza, Gambit Saifullah, Dato Hilal Azman, Shahfi Rafiq, Adrianna Qasmia, Gen Darwish, Zarra Zhaff, Naurah Rayyani, Faiz Syafie dan ramai lagi. Selain itu telemovie Bisik - Bisik ini diarahkan oleh Ikhsan Sukiman dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM. Nampak macam best dan menarik je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Bisik - Bisik ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik (TV1)

Mengangkat kisah kejayaan anak-anak yatim membongkar kepincangan yang berlaku dalam institusi penjagaan rumah kebajikan. Ia mengisahkan tentang penubuhan haram rumah kebajikan yang tidak berdaftar. Kisah Fahim dan adiknya, Sahidah dihantar oleh Nazri ke Rumah kebajikan Rukaiyah. Kepincangan pengurusan rumah kebajikan ini terbongkar apabila salah seorang anak yatim yang diambil menceritakan perihal yang berlaku kepada pegawai penyiasat yang menyamar sebagai keluarga angkat yang sedang melakukan risikan ke atas  rumah  kebajikan  tersebut. Amri, pengurus rumah kebajikan mempergunakan anak-anak yatim itu terlibat dalam sisi gelap penyeludupan tanpa disedari oleh kanak-kanak tersebut.


Read More

Review Drama Korea Twenty Five Twenty One



Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One, Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Twenty Five Twenty One, Poster Drama Korea Twenty Five Twenty One, Drama Korea Twenty Five Twenty One Episod 1 Hingga 16, Korean Drama Twenty Five Twenty One Full Episode, Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Ending Drama Korea Twenty Five Twenty One, Episod Akhir Drama Korea Twenty Five Twenty One, 

Review dan Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One Lakonan Kim Tae Ri dan Nam Joo Hyuk

Drama Korea Twenty Five Twenty One ini mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di TVN serta Netflix pada 12 Februari 2022 dan tamat episodnya pada 3 April 2022 yang lalu. Drama ini diarahkan oleh Jung Ji Hyun dan drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bulgasal : Immortal Souls dan kemudian akan digantikan dengan drama Our Blues. Antara pelakon drama Korea Twenty Five Twenty One ini adalah Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Seo Jae Hee, Kim Hye Eun, Choi Myung Bin dan ramai lagi. Pemilihan pelakon untuk drama ini memang terbaik watak Na Hee Do tu memang sesuai sangat untuk Kim Tae Ri. Lakonannya memang sangat bersahaja dan menyakinkan, dalam drama ini Nam Joo Hyuk memegang watak sebagai Baek Yi Jin yang tua 4 tahun dari Na Hee Do. Tapi kalau ikut usia sebenar, Kim Tae Ri yang lebih tua daripada Nam Joo Hyuk gitu. Aku suka tengok Bona dalam cita ni, nampak lawa dan comel je dia ni sepanjang drama ni. Korean Drama Twenty Five Twenty One ini memang popular, aku pun suka dengan jalan ceritanya. 

Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One, Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Twenty Five Twenty One, Poster Drama Korea Twenty Five Twenty One, Drama Korea Twenty Five Twenty One Episod 1 Hingga 16, Korean Drama Twenty Five Twenty One Full Episode, Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Ending Drama Korea Twenty Five Twenty One, Episod Akhir Drama Korea Twenty Five Twenty One,

Awalnya drama ini banyak scene - scene kelakar dan lawak namun bila masuk hujung - hujung tu, jalan cerita mula jadi seriuslah kan sebab semua watak dah dewasa dan ada kehidupan masing - masing. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton dapat serba sedikit info dan ilmu tentang sukan lawan Pedang ni. Sebab kat Malaysia ni sukan lawan pedang ni tak begitu popular, jadi menerusi drama ini aku dapat gaklaa serba sedikit informasi tentang sukan ni, macam mana cara atlet lawan pedang ni berlatih, macam mana suasana pertandingan sukan ni dan sebagainya. Selain itu aku kagum dengan keazaman dan kecekalan Na Hee Do untuk mencapai cita - citanya. Scene - scene sweet dan percintaan Na Hee Do dan Baek Yi Jin di peringkat awal tu memang comel dan kelakar okey. Plus scene - scene persahabatan yang diawali dengan kebencian antara Na Hee Do dan Go Yu Rim tu juga best. Last -last tak sangka dalam dok benci - membenci rupanya member chatting hahaha.

Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One, Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Twenty Five Twenty One, Poster Drama Korea Twenty Five Twenty One, Drama Korea Twenty Five Twenty One Episod 1 Hingga 16, Korean Drama Twenty Five Twenty One Full Episode, Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Ending Drama Korea Twenty Five Twenty One, Episod Akhir Drama Korea Twenty Five Twenty One,

Masa Na Hee Do dan Go Yu Rim tu asyik dok berchatting, teringat aku zaman - zaman Yahoo Messenger dan Mirc yang pernah famous dulu - dulu. Zaman tu boleh chatting tanpa tahu identiti masing - masing gitu. Kesian juga dengan Go Yu Rim ni sebab dia ada masa depan yang cerah, tapi disebabkan keluarga dia ada masalah kewangan yang serius maka Go Yu Rim terpaksa buat keputusan drastik untuk menyelamatkan keluarganya. Berbeza dengan Na Hee Do yang datang dari family yang senang dan tiada masalah kewangan. Korean Drama Twenty Five Twenty One ni berjaya buat aku tersengih, tergelak dengan telatah Na Hee Do yang gila - gila tu especially bila dia dengan Baek Yi Jin. Aku sebenarnya tak berapa suka juga dengan sikap Baek Yi Jin ni bila dia ke Amerika untuk buat liputan berita tu. Disebabkan tekanan emosi dan situasi serius di sana, dia mula mengabaikan Na Hee Do. Segala yang berlaku di sana, emosinya, perasaannya semua dia pendam dan tak nak share dengan Na Hee Do. Akhirnya Na Hee Do mula rasa tersisih dan merasakan dirinya tak penting buat Baek Yi Jin dan memaksa dirinya membuat keputusan drastik untuk berpisah.




Aku lebih suka bila Baek Yi Jin jadi wartawan sukan tu, sebab dia akan sentiasa dekat dengan Na Hee Do. Tapi bila jadi wartawan sukan ni pun ada cabarannya bila Baek Yi Jin terpaksa mengkhianati Go Yu Rim dengan melaporkan berita yang kurang elok pasal Go Yu Rim di media. Tapi bila dia jadi wartawan yang melaporkan isu - isu semasa pula, dia jadi terlampau sibuk pula. Apa pun memang ramai tak puas hati dengan ending drama Korea Twenty Five Twenty One ini sebab endingnya Na Hee Do dan Baek Yi Jin tak bersama pun sebab diorang bawa haluan masing - masing. Disebabkan itu tajuk drama ni Twenty Five Twenty One yang merujuk pada umur diorang ketika diorang berpisah. Walaubagaimanapun aku tetap enjoy menonton drama ini dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..

Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One, Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Twenty Five Twenty One, Poster Drama Korea Twenty Five Twenty One, Drama Korea Twenty Five Twenty One Episod 1 Hingga 16, Korean Drama Twenty Five Twenty One Full Episode, Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Ending Drama Korea Twenty Five Twenty One, Episod Akhir Drama Korea Twenty Five Twenty One,

Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One

Kim Min Chae yang merupakan satu - satunya anak Na Hee Do ingin berhenti dari menjadi penari Ballet. Dia kemudian lari ke rumah neneknya dan akhirnya menemui diari ibunya ketika ibunya remaja dan leka membacanya. Sejak dari kecil Na Hee Do berminat dalam sukan lawan pedang dan dia turut join kelab lawan pedang di sekolahnya. Namun disebabkan IMF crisis, kelab itu terpaksa dibubarkan, Na Hee Do kemudian pindah sekolah dan dapat join kelab lawan pedang yang turut dianggotai oleh Go Yu Rim yang merupakan atlet lawan pedang popular. Na Hee Do menjadikan Go Yu Rim sebagai idolanya dan berasa bangga dan excited untuk bertemu dengan Go Yu Rim namun layanan Go Yu Rim yang dingin dan seakan benci dengannya memusnahkan segalanya. Sejak dari itu Na Hee Do berazam ingin menjadi rival/ pesaing terhebat Go Yu Rim dan usahanya berjaya. Na Hee Do akhirnya terpilih untuk masuk dalam pasukan kebangsaan. 

Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One, Sinopsis Drama Korea Twenty Five Twenty One, Korean Drama Twenty Five Twenty One Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Twenty Five Twenty One, Poster Drama Korea Twenty Five Twenty One, Drama Korea Twenty Five Twenty One Episod 1 Hingga 16, Korean Drama Twenty Five Twenty One Full Episode, Kim Tae Ri, Nam Joo Hyuk, Bona, Choi Hyun Wook, Lee Joo Myoung, Ending Drama Korea Twenty Five Twenty One, Episod Akhir Drama Korea Twenty Five Twenty One,

Na Hee Do turut bertemu dengan Baek Yi Jin yang baru berpindah di sekitar kawasan kejiranannya. Baek Yi Jin asalnya anak orang kaya namun disebabkan bapanya muflis, mereka sekeluarga terpaksa berpisah dan tinggal berasingan. Baek Yi Jin membuat kerja kecil - kecilan seperti menghantar surat khabar di siang hari serta menjaga kedai buku. Baek Yi Jin kemudian dapat kerja sebagai wartawan sukan dan mula rapat dengan Na Hee Do. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


⏩⏩ Review Drama Korea Voice 4

Read More


My Random Post