11 Sep 2022

Telefilem Simpang Sejenak (TV3)



Telefilem Simpang Sejenak TV3, Telemovie Simpang Sejenak, Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak, Simpang Sejenak Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Simpang Sejenak, Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim, Kisah Seram, Kisah Hantu,

Telefilem Simpang Sejenak sudah pernah disiarkan di TV3 pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan diulang siar semula pada 11 September 2022 jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Simpang Sejenak ini adalah Syazwan Zulkifly, Azira Shafinaz, Azri Iskandar, Ellie Suriaty, Raysha Rizrose, Duerra Mitilda, Raja Hakim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Simpang Sejenak ini akan diarahkan oleh Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini,siapa dah pernah tengok telefilem ini dulu? apa pun jom tengok sinopsis telemovie simpang sejenak di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Simpang Sejenak (TV3)

Ashraf Hanif ialah seorang pemandu kereta sewa. Pada suatu malam, Hanif terserempak dengan seorang wanita bernama Manis. Kasihan dengannya, dia menawarkan diri untuk menghantar Manis Dia mula berkenalan dengan Manis dan terus mengabaikan isterinya sendiri. Namun, Hanif dilaporkan hilang selepas beberapa hari. Apa yang berlaku sebenarnya?..


Read More

Telefilem Badman Kembali (Awesome TV)



Telefilem Badman Kembali Awesome TV, Telemovie Badman Kembali, Telemovie Awesome TV, Info dan Sinopsis Telefilem Badman Kembali, Badman Kembali Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Badman Kembali, Beego, Mustaqim Bahadon, Chiwan Chilok, Husna Mustaffa, Nurul Melissa Izzatie, Naim Shamshol, Suky San, Noralbaniah, Rosnah Mat Aris,
Telefilem Badman Kembali (Awesome TV)

Telefilem Badman Kembali akan disiarkan pada 11 September 2022, jam 9.30 malam di Awesome TV iaitu di saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Antara pelakon telefilem Badman Kembali ini adalah Beego, Mustaqim Bahadon, Chiwan Chilok, Husna Mustaffa, Nurul Melissa Izzatie, Naim Shamshol, Suky San, Noralbaniah, Rosnah Mat Aris dan ramai lagi. Selain itu telemovie Badman Kembali ini diarahkan oleh Rosdi Md Dali dan diterbitkan oleh Screenart Studio Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Badman Kembali di bawah ini okey..




Sinopsis 
Telefilem Badman Kembali (Awesome TV)

Budiman mahu menjual rumah pusaka ibunya tetapi dikejutkan dengan kepulangan Badrol Zaman. Rogayah dan Husin yang mahu mendapatkan rumah pusaka itu untuk mendapatkan hasil lumayan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat (Astro Ria)

👉👉 Telefilem Seminit Lagi (TV1)
Read More

10 Sep 2022

Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat (Astro Ria)



Telefilem Afundi Piring Bulat, Telemovie Afundi  Piring Bulat Astro Ria, Telemovie Astro Ria, Info dan Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat, Poster Telefilem Afundi Piring Bulat, Afundi Piring Bulat Cast, Telefilem Afundi Piring Bulat Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Afundi Piring Bulat, Syed Ali Murtadha, Emma Maembong, Talha Harith, Alvin Chong,

Telefilem Afundi Piring Bulat akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 10 September 2022, jam 9 malam di Astro Ria. Antara pelakon telefilem Afundi Piring Bulat ini adalah Syed Ali Murtadha, Emma Maembong, Talha Harith, Alvin Chong, Camans Kong, Navein Mahendrannair, Hawra, Elmy Moin, Elvina Chua dan ramai lagi. Selain itu telemovie Afundi Piring Bulat ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan AF dulu gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Afundi Piring Bulat di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Afundi Piring Bulat (Astro Ria)

Haikal terdesak untuk menonton konsert Akademi Fantasia kerana meminati Joey yang merupakan sumber semangatnya untuk berusaha dalam pelajaran. Haikal cuba memujuk ayahnya untuk memasang Astro di rumah tetapi gagal. Haikal yang terdesak membuat rancangan bersama kawan - kawannya iaitu Bob dan Gopal untuk mencipta piring Astro sendiri supaya tidak terlepas konsert Akademi Fantasia. Apa yang berlaku seterusnya? adakah rancangan Haikal akan berjaya?..


👉👉 Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)
Read More

Telefilem Seminit Lagi (TV1)



Telefilem Seminit Lagi TV1, Telemovie Seminit Lagi TV1, Slot Panggung RTM tv1, Telemovie TV1, Sinopsis Telefilem Seminit Lagi, Seminit Lagi Cast, Telefilem Seminit Lagi Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Seminit Lagi TV1, Fimie Don, Cheng Mun Yip, Devan Raj, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Lan Zailan, Meor Mohd, Mia Nasir,

Sempena hari Malaysia nanti, sebuah telefilem Seminit Lagi akan disiarkan pada Sabtu ini, 10 September 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Seminit Lagi ini adalah Fimie Don, Cheng Mun Yip, Devan Raj, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Lan Zailan, Meor Mohd, Mia Nasir, Halimah Naim, Lim Hui Hong dan ramai lagi, Selain itu telemovie Seminit Lagi ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Cahaya Sina Sdn Bhd. Nampak menarik dan nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Seminit Lagi di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Seminit Lagi - Slot Panggung RTM TV1

Mengisahkan 3 sahabat iaitu Izham, Chin dan Muthu yang terlibat dengan kegiatan pecah rumah kerana ingin membantu Ben yang berhutang. Mereka kemudian dimasukkan ke sekolah Juvana. Apabila mereka bertiga keluar dari sekolah Juvana sering dipandang serong dan telah dituduh terlibat dengan kejadian pecah rumah yang baharu berlaku. Apa yang berlaku seterusnya? Benarkah mereka yang melakukan jenayah itu?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3


Read More

9 Sep 2022

Filem Abang Long Fadil 3



Abang Long Fadil 3, Filem Abang Long Fadil 3, Movie Abang Long Fadil 3, Filem Abang Long Fadil 3 Menggandingkan JOZAN, Jozan Dalam Filem Abang Long Fadil 3, Abang Long Fadil 3 Cast, Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3, Pelakon - Pelakon Filem Abang Long Fadil 3, Abang Long Fadil 3 Review,

Filem Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan di pawagam bermula 8 September 2022 ini. Aku rasa filem ni mesti box office punya sebab barisan pelakon pun dah best, plus promosi untuk filem ini juga nampak meriah. Poster - poster filem dan trailer filem ini dah ada kat pawagam, plus para pelakon filem ni pun dah promosikan filem ini walaupun belum ditayangkan lagi. Tambahan lagi ada comeback Jozan dalam filem ini, dah lama tak tengok diorang berlakon sekali kan. Antara pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini adalah Johan, Zizan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj dan ramai lagi. Selain itu movie Abang Long Fadil 3 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions & Astro Shaw. Nampak menarik kan filem ini, jadi jom tengok sinopsis movie Abang Loang Fadil 3 di bawah ini okey..




Sinopsis 
Filem Abang Long Fadil 3

Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. Apa yang berlaku seterusnya?...

Lagu Tema / OST Filem Abang Long Fadil 3

👄👄 Payung nyanyian Elizabeth Tan dan Zizan Razak

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Read More

6 Sep 2022

Sinopsis Telefilem Sampai Jannah (TV2)



Telefilem Sampai Jannah TV2, Telemovie Sampai Jannah TV2, Slot Drama On 2, Poster Telefilem Sampai Jannah TV2, Sinopsis Telefilem Sampai Jannah TV2, Sampai Jannah Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Sampai Jannah TV2, Amar Asyraf, Sarah Aijaz Khan, Elya Miera, Usman Butt, Hayam Butt,

Telefilem Sampai Jannah akan disiarkan di slot Drama ON 2 TV2 pada 6 September 2022, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Sampai Jannah ini adalah Amar Asyraf, Elya Miera, Sarah Aijaz Khan, Usman Butt, Hayam Butt dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sampai Jannah ini akan diarahkan oleh Rizawan Zaman dan SSB serta diterbitkan oleh Zee Zee Arts Sdn Bhd dan Prevail Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Sampai Jannah di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Sampai Jannah (TV2)

Berkisar tentang Reza warga negara Malaysia dan isteri beliau Jannat berasal dari Pakistan terpisah antara benua semasa lockdown Covid 19 berlaku di seluruh dunia. Malangnya menimpa apabila Jannat terkandas di Pakistan. Dalam usaha mencari jalan pulang ke Malaysia pelbagai peristiwa berlaku terhadap Jannat dan suaminya. Antaranya kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian anak lelaki tunggal mereka dan Reza berada dalam keadaan koma selama 2 bulan di Kuala Lumpur. Manakala Aryan bekas teman lelaki Jannat cuba melakukan pelbagai perkara bagi memastikan Jannat terus kekal di Pakistan.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)

Read More

Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)



Drama Tok Guru, Drama Tok Guru TV2, Poster Drama Tok Guru, Tok Guru Cast, Info dan Sinopsis Drama Tok Guru, Pelakon - Pelakon Drama Tok Guru, Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Drama TV2, Drama Sempena Merdeka,

Sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia nanti, sebuah drama khas bertajuk Tok Guru akan disiarkan mulai 31 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di TV2. Drama ini mengangkat perjuangan seorang Guru Pondok di Kelantan semasa era Malayan Union tahun 1946. Antara pelakon drama Tok Guru ini adalah Nasir Bilal Khan, Johan As'ari, Wafariena Roslan, Lan Siro, Z. Zamri, Kamarool Hj Yusoff, Saiful Wazien, Shyrim, Hilal Azman, Geoff Andre Feyaerts dan ramai lagi. Selain itu drama Tok Guru ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Dato’ Jurey Rosli serta diterbitkan oleh World Evolution Brain. Nampak menarik kan drama Tok Guru ini, jalan ceritanya nampak best gitu, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..

Sinopsis Drama Tok Guru (TV2)

Mengisahkan seorang Tok Guru pondok di Kelantan cuba memperkenalkan subjek mathematic dan geography dalam pengajian pondok yang dikendalikannya. Tindakan menongkah arus ini di tentang oleh beberapa tok guru-tok guru pondok lain. Tok Guru di boikot sehingga ramai pelajar pondoknya dihasut keluar dan berhijrah ke pondok lain. Tok Guru mempunyai seorang anak lelaki Umar (15th) yang berkawan baik dengan Anuar seorang budak lelaki sebaya dengannya yang minat bermain bola. Umar kerap mengajak Anuar bermain bola di perkarangan pondok Tok Guru. Sekali lagi tok guru-tok guru di pondok lain yang tidak bersetuju dengan Tok Guru menuduhnya sudah menyimpang jauh dari tradisi dan amalan sistem pendidikan pondok yang telah lama mereka amalkan. Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok Tok Guru ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. 




Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid Tok Guru untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England. Tok Guru bersetuju dengan cadangan Mr Richard itu dan cuba mendapatkan sokongan tok guru-tok guru pondok lain untuk mengumpulkan pemain terbaik dari kalangan para pelajar pondok mereka untuk mengalahkan pasukan bola VI itu. Tok Guru sebenarnya ingin mengambil kesempatan berlawan dengan pasukan VI itu kerana mahu mengajak tok guru-tok guru pondok lain menjatuhkan ego Mr Richard sebagai lambang imperialism yang ketika itu sedang mendesak dan mengugut Raja-Raja Melayu untuk menerima Malayan Union. Tok Guru mahu masyarakat melayu ketika itu bangkit atas nama agama menentang Malayan Union.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince

Read More

4 Sep 2022

Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku (TV3)



Telefilem Kisah Hidupku TV3, Telemovie Kisah Hidupku TV3, Info dan Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku, Poster Telefilem Kisah Hidupku, Pelakon - Pelakon Telefilem Kisah Hidupku, Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Telemovie TV3,

Telefilem Kisah Hidupku sudah pernah disiarkan pada tahun 2020 yang lalu dan kini akan diulang siar pada hari Ahad ini, 4 September 2022, jam 10.30 malam. Antara pelakon telefilem Kisah Hidupku ini adalah Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Fizz Fairuz, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Ameerul Asyraf dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kisah Hidupku ini diarahkan oleh Dir Fitry (Aidilfitri Mohamed Yunos) dan diterbitkan oleh Al Hidayah Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan telemovie ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Kisah Hidupku di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Kisah Hidupku (TV3)

Ain mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi. Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.  Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik. Penampilan baharu Ain telah menarik perhatian, Rudy yang ingin mengambil kesempatan atasnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Sanggah TV1




Read More

3 Sep 2022

Telefilem Janda Si Ayob (Awesome TV)



Telefilem Janda Si Ayob, Telemovie Janda Si Ayob, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Janda Si Ayob Awesome TV, Janda Si Ayob Cast, Pelakon Telefilem Janda Si Ayob, Zulin Aziz, Zul Huzaimy, Izzue Islam, Haleeda, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Emilia Hanif, Riz Amin, Anne Abdullah,

Telefilem Janda Si Ayob telah pernah disiarkan pada tahun 2021 yang lalu dan kini telefilem ini akan diulang siarkan di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV pada 4 September 2022 ini, jam 9.30 malam. Pelakon - pelakon telefilem Janda Si Ayob ini adalah Zulin Aziz, Zul Huzaimy, Izzue Islam, Haleeda, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Emilia Hanif, Riz Amin, Anne Abdullah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Janda Si Ayob ini diarahkan oleh Eez Jalaluddin dan diterbitkan oleh Fulus Pictures Sdn Bhd. Siapa pernah tengok telemovie ni? nampak macam lawak dan best je kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie Janda Si Ayob di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Janda Si Ayob (Awesome TV)

Mengisahkan mengenai Zaleha yang mencari calon suami baru setelah bercerai dengan Ayob. Mak Melur mengajar Zaleha cara menggoda lelaki serta menyusun calon dan membuat temujanji untuk Zaleha. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Zaleha menemui calon suami pilihan hatinya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Review Drama Korea Voice 4
Read More

Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa



Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Review Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Air Force The Movie Cast, Pelakon - Pelakon Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel,

Pada 29 Ogos 2022 yang lalu aku sempat menonton filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di panggung wayang. Not bad gak jalan ceritanya, bila menonton di panggung wayang ni lebih feel, berbanding menonton di rumah. Awalnya skeptikal juga sebab aku tak begitu minat menonton filem - filem pasal perang, tembak - menembak, bom mengebom ni semua. Namun begitu aku rasa syok jugak menonton filem ini, sebab jalan ceritanya menarik dan mudah difahami. Scene - scene perang tu semua kira okeyla bagi aku, pastu rasa kesian juga pada mereka yang terkorban dalam tu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka dan lakonan mereka berkesan dan menyakinkan. Kat sini aku tak nak bagi review panjang - panjang, just aku suka dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa. Antara pelakon - Pelakon filem Air Force The Movie ini adalah Aiman Hakim, Adi Putra, Nas T, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Azira Shafinaz, Anas Ridzuan, Iman Corrine, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Esma Daniel, Aqasha dan ramai lagi. Jadi apa pun jom tengok sinopsis filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di bawah ini okey..




Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim), bakal abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Telefilem Sanggah (TV1)

Read More

1 Sep 2022

Review Drama Korea The Red Sleeve



Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

 Review Drama Korea The Red Sleeve Lakonan Lee Joon Ho (2PM) dan Lee Se Young


Lama tak buat review drama Korea ni, berderet - deret dah list drama Korea yang aku dah habis tengok, tapi rasa malas nak buat review tu memang dasyat hehehe. Jadi hari ni aku rajinkan diri sikit untuk buat review drama Korea yang bertajuk The Red Sleeve. Antara pelakon drama Korea The Red Sleeve ini adalah Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hee Jin, Kang Mal Geum, Yi Seo, Seo Hyo Rim, Park Ji Young, Jang Hye Jin, Lee Min Ji, Oh Dae Hwan dan ramai lagi. Drama ini berlatarbelakangkan zaman diraja, ala - ala drama sejarah gitu dan merupakan adaptasi daripada novel The Red Sleeve Cuff by Kang Mi Kang. Korean Drama The Red Sleeve ini diarahkan oleh Jung Ji In dan disiarkan di channel MBC bermula 12 November 2021 dan tamat episodnya pada 1 Januari 2022. Drama The Red Sleeve ini sangat popular okey dan disukai ramai sehingga pihak produksi extend satu episod menjadi 17 episod kesemuanya. Pada awalnya pelakon Park Hae Soo ditawarkan untuk menjadi heroin drama ini namun dia menolak dan akhirnya watak Sung Deok Im menjadi milik Lee Se Young. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

The Red Sleeve mengisahkan tentang Sung Deok Im yang merupakan seorang dayang istana. Sung Deok Im seorang yang ceria, bijaksana dan sangat enjoy dengan hidupnya. Putera mahkota Yi San kemudiannya jatuh cinta pada dirinya dan hal ini merumitkan keadaan kerana Sung Deok Im ingin hidup bebas tanpa terikat dengan istana mahu pun sesiapa. Namun dalam masa yang sama Sung Deok Im turut jatuh cinta pada Yi San namun tetap dengan prinsipnya yang ingin hidup bebas lalu menolak cinta putera mahkota Yi San. Sebelum dapat menjadi raja, Yi San terpaksa menghadapi segala kesukaran dan komplot pelbagai pihak yang tidak mahu dirinya menjadi raja. Namun Yi San akhirnya berjaya menjadi Raja Jeongjo menggantikan datuknya Raja Youngjo. Setelah menjadi Raja, Yi San mahu menjadikan Sung Deok Im sebagai gundiknya. Namun dalam masa yang sama Yi San tidak mahu memaksa Sung Deok im sebaliknya dia mahu Sung Deok Im menjadi gundiknya dengan rela hati tanpa paksaan. Namun Sung Deok Im tetap berkeras dan menolak untuk menjadi gundik Yi San, akhirnya Yi San melepaskan Sung Deok Im dari istana. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,
Yi San kemudian berkahwin dengan Puteri Hwabin dan takdir menemukannya semula dengan Sung Deok Im, apabila Sung Deok Im kembali menjadi dayang istana semula dan berkhidmat untuk isterinya Puteri Hwabin. Namun Puteri Hwabin melayan Sung Deok Im dengan teruk kerana cemburu melihat suaminya yang ada hati pada Sung Deok Im. Yi San kemudian terus memujuk Sung Deok Im buat kali terakhirnya untuk menjadi gundiknya. Akhirnya Sung Deok Im mengalah dan dirinya kini menjadi gundik raja yang kemudian melahirkan anak lelaki. Sung Deok Im kemudian digelar Royal Noble Consort Uibin Seong. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea The Red Sleeve ni. Sebenarnya rasa sedih dengan percintaan Yi San dengan Sung Deok Im ni, kalau diorang ni orang biasa mesti percintaan diorang lebih indah. Tapi bila dah melibatkan percintaan raja dan dayang istana ni memang tragislah jawabnya. Aku boleh faham kenapa Sung Deok Im seboleh mungkin menolak menjadi gundik raja ni sebab kehidupan menjadi seorang gundik raja sangat lonely okey.



Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,
Tak boleh keluar istana langsung, tak boleh bersembang dengan sesiapa sesuka hati, perlu jaga maruah raja, hanya boleh menunggu dan berharap raja datang menemuinya. Kemudian kerjanya hanya mengandung dan melahirkan anak saja, pendek kata jadi gundik raja ni memang lonely habis. Jadi dapat dilihat kehidupan Sung Deok Im ketika menjadi dayang istana sangat ceria, happy go lucky semua, tapi bila dah jadi gundik raja terus dia jadi kurang gembira, stress dan lonely.  Episod 15, 16 dan 17 drama Korea The Red Sleeve ni sangat sedih okey, especially episod akhir tu. Walaupun nampak Sung Deok Im dan Yi San sangat bahagia tapi bila anak lelaki diorang mati memang memberi kesan emosi yang teruk pada Sung Deok Im.Scene ketika anak lelaki diorang mati tu memang sedih gila, dah la ketika itu Sung Deok Im tengah mengandung pula tu. Selain itu scene ketika 3 orang kawan baiknya iaitu Bok Yeon, Kyung Hee, Young Hee yang juga dayang istana ingin keluar bersuka ria di luar istana juga sedih. Sebab Sung Deok Im hanya dapat melihat dari jauh diorang berjalan keluar istana sambil membayangkan dirinya juga ada bersama mereka. 
Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Yela sebagai gundik raja mana dia boleh keluar istana sesuka hati tanpa ada raja bersamanya. So dia hanya mampu melihat dari kejauhan saja. Selain itu Sung Deok Im juga sangat mementingkan hubungan persahabatannya dengan kawan - kawannya itu. Walaupun dia bukan lagi dayang istana, dia tetap melayan kawan - kawannya sama seperti dulu. Rasanya scene - scene kelakar banyak datang dari watak Kang Tae Ho lakonan Oh Dae Hwan yang merupakan bodyguard Yi San. Bodyguard Yi San ni lurus bendul sikit tapi lawak, kawan - kawan Sung Deok Im juga kelakar sebab ada macam - macam perangai, ada yang garang, ada yang lemah lembut. Aku suka juga tengok Jang Hee Jin dalam drama ni, dia jadi Permaisuri Jungsoon yang berkahwin dengan datuk Yi San. Kiranya dia berkahwin pada usia muda, jadi memang nampak lawa je dia dalam drama ni. Awalnya nampak dia macam suka dan nak rapat dengan Sung Deok Im tapi bila Sung Deok Im dah jadi gundik raja, watak Jang Hee Jin macam dah hilang, tak nampak bayang dah. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Salah satu watak yang turut hilang tiba - tiba adalah princess Hwawan yang merupakan makcik pada Yi San. Dia ni antara orang yang tak suka Yi San jadi raja, tapi lepas Yi San jadi raja, watak dia pun hilang, aku nak tau gak apa yang jadi kat dia lepas anak angkat dia dah dibunuh. Ending drama Korea The Red Sleeve ni memang sad endinglah bagi aku huuhu, tapi aku tak nak bagi spoilerlah apa jadi kan hehehe. Tapi sangat sad ending dan kita perlu berfikir sekejap apa yang sebenarnya terjadi. Separuh watak - watak dari drama ini memang benar - benr wujud pada zaman diraja tu, separuh lagi rekaanlah kan. Nak tahu lebih detail korang boleh baca kat wikipedia tu. Walaupun drama ini berkisarkan tentang kisah percintaan namun masih ada scene - scene suspen okey. Antaranya ketika ketua dayang istana tubuhkan satu kumpulan khas yang ingin membunuh Yi San. Serta ketika Hong Deok Ro yang merupakan kawan dan juga cikgu pada Yi san menculik dayang - dayang istana kerana marah dan ingin membalas dendam akibat kematian adiknya yang telah pun menjadi isteri Yi San. 

Drama Korea The Red Sleeve, Korean Drama The Red Sleeve, The Red Sleeve Cast, Sinopsis Drama Korea The Red Sleeve, Pelakon - Pelakon Drama Korea The Red Sleeve, The Red Sleeve Synopsis, The Red Sleeve Review, Review Drama Korea The Red Sleeve, Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, Jang Hye Jin, Adaptasi Novel The Red Sleeve Cuff,

Selain itu aku suka juga tengok scene - scene yang melibatkan Hong Deok Ro dan Sung Deok Im ni sebab diorang saling membenci dan saling cemburu kerana masing - masing rapat dengan Yi San. Disebabkan Korean Drama The Red Sleeve ini sangat popular, ada satu rancangan khas dibuat yang menghimpunkan para pelakon dan watak - watak penting dalam drama ini. Rancangan ini bertajuk The Red Sleeve Talk Show, dalam rancangan ini para pelakon akan diinterview, diorang main games, diorang juga turut menceritakan hal - hal disebalik tabir masa pembikinan drama ini. Diorang turut tunjuk sedutan babak - babak tertentu dalam drama The Red Sleeve ni, pastu suruh diorang lakonkan semula dan sebagainya. Malah Lee Se Young turut menitiskan air mata apabila melibat beberapa babak sedih dalam drama ini. Jadi aku bagi 8/10 bintang untuk drama ini.


Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kau vs Aku (Siri Originals Sooka)


👉👉 Drama Cinta Buat Dara Lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana (TV3)


💕💕 Drama Kids Nowadays Di Astro Ria

Read More


My Random Post