23 Dis 2021

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (TV3)



Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021,
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (Slot Samarinda TV3)

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bermula 20 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cukup Derita Itu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan, Shakilla Khoriri, Syazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Qazem Nor, Raja Baizura, Sri Idrina, Raja Azmi dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
Wafariena Roslan sebagai Kamelia
Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
Farhan Asri sebagai Rafael
Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
Edika Yusof sebagai Dato Zhar
Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
Qazem Nor sebagai Hamad
Raja Baizura sebagai Puan Sally
Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
Raja Azmi sebagai Mak Jah




Sinopsis Penuh Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa -Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu. Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira? Apa yang berlaku seterusnya?
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021, Drama Adaptasi Novel,
Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini Karya Sara Hezra

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya. Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan. Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh. Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira. Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya. Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

Lagu Tema / OST Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

๐Ÿ‘„Takluk Cinta nyanyian Hafiz Suip
๐Ÿ‘„Takdir nyanyian Aliff Iskandar
๐Ÿ‘„Hebatnya Rasa Bercinta nyanyian Lakaa Idris

Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di kaca tv, korang boleh menonton drama Saat Kau Takluk Cinta Ini dari Episod 1 hingga episod 15 di aplikasi ๐Ÿ‘‰ iQIYI

Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince


Read More

22 Dis 2021

Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince



Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,

Aku baru saja habis menonton drama Korea yang bertajuk Dali and Cocky Prince atau turut dikenali dengan tajuk Dali and Gamjatang. Drama ini bergenre romantik komedi dan mempunyai 16 episod serta diarahkan oleh Lee Jung Seob. Antara pelakon drama Korea Dali and Cocky Prince ini adalah Kim Min Jae, Park Gyu Young, Kwon Yul, Hwang Hee, Yeon Woo, Lee Jae Woo, Song Ji Won, Hwang Bo Ra, Ahn Kil Kang, Lee Je Yeon dan ramai lagi. Aku tertarik nak tonton drama ini sebab suka tengok heroin drama ini iaitu Park Gyu Young yang cute giler berambut pendek, jarang heroin drama Korea berambut pendek, selalunya memang rambut panjanglah kan, plus poster drama ini juga comel. Bila menonton drama ini kita akan dibawa ke dunia Kurator, Galeri Seni / Muzium Seni gitu. Sebelum drama ini, aku dah pernah tengok Park Gyu Young berlakon dalam drama Romance Is A Bonus Book dengan Its Okay To Not Be Okay, tapi dalam drama tersebut dia hanya memegang watak pelakon pembantu saja. Ini adalah kali pertama aku tengok dia jadi pelakon utama dalam drama. Manakala Kim Min Jae pula cemerlang dengan wataknya sebagai Jin Moo Hak, rasanya ramai yang dah kenal dengan Kim Min Jae ini. Selain itu Kwon Yul pula seperti biasa memegang watak jahat dalam drama ini, tapi jahatnya jenis tak nampak sikit, dia pandai cover. Bagi aku pemilihan pelakon untuk drama ini memang dah sesuai dan tepat serta sesuai dengan watak masing - masing. 
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Lagu tema / OST Korean Drama Dali and Cocky Prince ini juga best - best belaka dan sedap di dengar gitu, kebanyakkannya lirik lagu dalam drama ini hampir semua dalam bahasa Inggeris tau, kiranya kita pun boleh menyanyi sekali ๐Ÿ˜„. Scene - scene lawak dalam drama ini memang menjadi dan best, berjaya gak laa buat aku tersenyum juga. Antara scene lawak yang paling aku ingat masa Dali cuba memasak untuk Moo Hak dan Won Tak tu, disaster gila, bila Kim Dali memandai - mandai ubah resepi dengan masukkan macam - macam vitamin sampai rasa masakan jadi teruk yang amat. Reaction Moo Hak dan Won Tak paling best bila cuba rasa masakan Kim Dali tu, terbaik ๐Ÿ˜‚. Bila makanan habis diorang makan, boleh pula Kim Dali tu masak lagi dan lagi dan lagi, tu yang sampai pengsan jadinya. Scene lawak yang lain pun not bad juga, nak tahu kenalah layan drama ini. Walaubagaimanapun kadang - kadang kesian juga dengan Kim Dali ni bila dia terpaksa berdepan macam - macam ujian masa jadi director of Cheong-song Art Museum menggantikan bapanya yang mati. Tapi kadang - kadang rasa geram juga dengan Dali ini sebab nampak lemah dan lembik sangat sampai orang sekelilingnya tak percaya dengan kebolehan dirinya. Di episod akhir drama Dali and Cocky Prince ini barulah penonton boleh tengok heroin drama ini tukar style rambut dia, tapi tetap maintain rambut pendek dan nampak ayu and cute gitu.
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Dua episod akhir drama ini barulah penonton tahu apa sebenarnya yang berlaku ayah Kim Dali ni yang mati secara tiba - tiba tu. Manakala Moo Hak pula cedera parah, kiranya dua episod terakhir drama ni ianya jadi sedikit seriuslah. Manakala di episod akhir drama ini, ada sedikit plot twist tentang hubungan Moo Hak dan Kim Dali ni. Ada persoalan timbul sama ada diorang ni berpisah atau sebaliknya terjadi. Kalau nak tahu plot twistnya apa sila tunggu dan tengok sampai episod akhir hehehe. Ending drama Korea Dali and Cocky Prince ini of courselah happy ending gitu dan semua masalah selesai. Bagi aku drama ini ringan dan santai saja, tak heavy pun, kiranya korang tak perlu nak berfikir tentang jalan ceritanya sebab semuanya straight to the point saja, xdak kona sana sini. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

  • Kim Min-jae as Jin Moo-hak, the director of Dondon F&B, 
  • Park Gyu-young as Kim Dali, a visiting researcher at Saint Mรผller Museum and later becomes the director of Cheong-song Art Museum. 
  • Kwon Yul as Jang Tae-jin, Dali's first love who is the head of Century Group's planning and coordination team.
  • Hwang Hee as Joo Won-tak, a detective from the violent crime squad who was supported by Dali's father.
  • Yeonwoo as Ahn Chak-hee




Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince

Mengisahkan Kim Dali yang merupakan anak tunggal pada Kim Nak Cheon yang merupakan director of Cheong-song Art Museum. Secara tak sengaja, Kim Dali bertemu dengan Jin Moo Hak di Netherlands, di sana Kim Dali bekerja sebagai penyelidik di Saint Mรผller Museum manakala Jin Moo Hak datang ke sana atas urusan perniagaan. Atas salah faham Kim Dali dan Jin Moo Hak bertemu dan mereka akhirnya jatuh cinta secara perlahan - lahan. Dunia Kim Dali berubah sepenuhnya bila mendapat berita kematian ayahnya dan kini Kim Dali berazam akan meneruskan legasi ayahnya untuk memajukan lagi Cheong Song Art Museum itu. Namun ianya tak semudah yang disangka, bila Kim Dali terpaksa berdepan dengan hutang yang banyak, malah dia juga perlu berdepan dengan khabar angin yang menjatuhkan reputasi dirinya dan juga galeri tersebut. Malah Kim Dali juga bergelut untuk membayar gaji - gaji pekerja galeri tersebut sehingga terpaksa menjual rumahnya dan segala barang kemasnya. Jin Moo Hak yang datang ke galeri tersebut untuk memungut hutang terkejut bila bertemu dengan Kim Dali disitu. Disebabkan Kim Dali tidak mampu membayar hutang ayahnya itu, maka Jin Moo Hak mengambil kesempatan untuk cempur tangan dalam urusan pentadbiran galeri itu sekaligus dapat mendekatkan diri dengan Kim Dali. 
Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama Dali and Cocky Prince, Poster Drama Korea Dali and Cocky Prince, Info dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince. Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode, Dali and Cocky Prince Cast, Dali and Cocky Prince Synopsis, Drama Korea Dali and Cocky Prince Episod 1 hingga 16, Episod Akhir Drama Korea Dali and Cocky Prince, Ending Drama Korea Dali and Cocky Prince, Korean Drama 2021,
Dalam masa yang sama Jang Tae Jin, pemilik SEGI Group yang merupakan bekas kekasih Kim Dali menawarkan pertolongan dan dia juga ingin kembali pada Kim Dali. Sebelum ini mereka hampir berkahwin, tapi Jang Tae Jin tiba - tiba tarik diri tak nak berkahwin bila dapat tahu status Kim Dali hanya anak angkat bukan anak kandung. Kim Dali dah tawar hati pada Jang Tae Jin sebaliknya mula menyukai Jin Moo Hak. Manakala Ahn Chak Hee pula, seorang gadis cantik yang merupakan anak seorang menteri mencintai Moo Hak namun Moo Hak menganggap Chak Hee seperti adiknya saja. Atas pertolongan Jin Moo Hak dan Jang Tae Jin, Kim Dali berjaya membuat satu pameran besar - besaran di galerinya itu. Namun sepupu Kim Dali iaitu Kim Si Hyung sering mencari pasal dan ingin menjual galeri tersebut. Selepas menjual rumahnya, Kim Dali kini tinggal dengan anak angkat ayahnya bernama Joo Won Tak yang merupakan seorang detektif. Namun Kim Dali terkejut yang Won Tak rupanya menyewa rumah rooftop Jin Moo Hak manakala Jin Moo Hak pula tinggal di apartment bawah mereka saja. Apa yang berlaku seterusnya?

Kalau bosan - bosan bolehlah nak layan drama ni, sebab drama ni ringan dan santai - santai saja, tak banyak konflik pun. Jadi secara keseluruhan aku bagi 7.5/10 bintang untuk drama ini

Korean Drama Dali and Cocky Prince Full Episode

Korang boleh tonton online drama Dali and Cocky Prince Episod 1 Hingga Episod 16 di sini  VIU



Read More

20 Dis 2021

Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)



Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,

Drama Mr Millennium adalah drama terbaru di Slot Diandra TV9 yang mula bersiaran sejak 7 Disember 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Keluarga Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Mr Millennium ini adalah Aqasha, Cristina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman , Zarina Zainuddin, Nu'man Salleh, Fieza Hanafie, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama Mr Millennium ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azmi Hata serta diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, watak dan jalan cerita pun unik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Millennium ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Aqasha sebagai Jamil
Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
Esma Daniel sebagai Dato King
Ady Mohammad sebagai Man Toba
Danial Amri sebagai Badul
Shukry Ramlee sebagai Bujar
Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
Amrel Norman sebagai Malik
Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
Fieza Hanafie sebagai Mak Seha 




Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden! Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Jamil dan Mastora bertemu kembali?..
Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,


Lagu Tema / OST Drama Mr Millennium

๐Ÿ‘„๐Ÿ‘„ Boom Bada Boom nyanyian Erul Omar

Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

⏩⏩ Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode

๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Read More

18 Dis 2021

Telefilem Bayang Lakonan Hazama (Astro Citra)



Telefilem Bayang, Telemovie Bayang, Info dan Sinopsis Telefilem Bayang, Poster Telefilem Bayang, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Bayang, Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar,

Telefilem Bayang akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 18 Disember 2021, jam 9 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bayang ini adalah Hazama, Ayie Elham Floor 88, Cik Manggis, Boy Clifford, Syed Nahar dan ramai lagi. Nampaknya ramai penyanyi yang berlakon dalam telemovie Bayang ini. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Idril Mihat dan Irwan Rauf serta diterbitkan oleh Motion Studio dan SilentKaiju Studio. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Bayang Lakonan Hazama, Ayie Floor 88 dan Cik Manggis (Astro Citra)

Seorang jurugambar jenayah sering terambil gambar penampakan entiti aneh seperti memberi gambaran kepada satu kes lama yang masih tergantung misteri tanpa jawapan. Mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Drama Dukun Diva (Astro Citra)


Read More

13 Dis 2021

Drama Dukun Diva (Astro Citra)



Drama Dukun Diva, Poster Drama Dukun Diva, Info dan Sinopsis Drama Dukun Diva, Sinopsis Penuh Drama Dukun Diva, Dukun Diva Cast, Drama Dukun Diva Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dukun Diva,

Drama Dukun Diva adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan bagi menggantikan Drama I- Tanggang yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dukun Diva ini adalah Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie , Aloy Paradoks, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi. Drama Dukun Diva ini mula bersiaran di Astro Citra sejak 6 Disember 2021 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Idea asal dan lakon layar drama ini adalah daripada Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Drama 8 episod Dukun Diva ini Dukun Diva merupakan drama tempatan pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes' gitu.Memang nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dukun Diva ini beserta sinopsisnya juga di bawah ini okey..

Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim) 
Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus) 
Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah) 
Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim) 
Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim) 
Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal)
Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli)




Sinopsis Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.
Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 
Episod 2 (Happy, Together, Forever)
Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 (Kita Family)
Episod 5 (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 (You, Me and Jeju)
Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Lagu Tema / OST Drama Dukun Diva

๐Ÿ‘„๐Ÿ‘„ Jangan Terlepas Pandang nyanyian Wani Kayrie



Read More

11 Dis 2021

Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)



Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Telemovie Zombie Jarum Vaksin, Poster Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Info dan Sinopsis Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Telefilem Zombie Jarum Vaksin Full Episode, Zombie Jarum Vaksin Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Zombie Jarum Vaksin, Farid Kamil, Jue Aziz, Telemovie Astro Citra,
Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)

Telefilem Zombie Jarum Vaksin akan disiarkan pada hari Sabtu,11 Disember 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Zombie Jarum Vaksin ini adalah Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Ali dan ramai lagi. Selain itu telemovie Zombie Jarum Vaksin diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Wah nampak menarik telefilem ini kan,unik dan up to date gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini okey..




Sinopsis Telefilem Zombie Jarum Vaksin Lakonan Farid Kamil dan Jue Aziz (Astro Citra)

Nisa dan Farid merupakan pasangan tunang dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Mereka mempunyai satu masalah di mana Farid takut untuk menerima vaksin. Hal ini turut membebankan Nisa kerana keluarga Nisa tidak bagi mereka berkahwin selagi farid belum divaksin. Nisa bengang dan pergaduhan berlaku. Nisa tetap berkeras mahu tahu apakah punca Farid tidak mahu divaksin. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Astro Citra)


Read More

Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)




Drama 7 episod yang bertajuk Gila - Gila Cinta akan disiarkan bagi menggantikan Drama Diari Seorang Suami yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 9 Disember yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Gila - Gila Cinta ini adalah Zaki Azeman, Dayang Areeda, Afiera Riana, Aziq Mukhriz, Asyraf Rozami, Hasmira Azmi, Noriza Salleh, Rosnah Idris dan ramai lagi. Selain itu drama Gila - Gila Cinta ini diarahkan oleh Emi Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini beserta watak - watak pelakon dalam drama Gila - Gila Cinta di bawah ini..

Zaki Azeman sebagai Carl
Dayang Areeda sebagai Diya
Aziq Mukhriz sebagai Ben
Afiera Riana sebagai Afira
Asyraf Rozami sebagai Ery
Hasmira Azmi sebagai Fina




Sinopsis Penuh Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)

Mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz). Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami). Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran. Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh. Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya! Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing. Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya? 


Read More

7 Dis 2021

Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)



Drama I Promise Janji Anaqi, Info dan Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi, Poster Drama I Promise Janji Anaqi, I Promise Janji Anaqi Cast, Pelakon - Pelakon Drama I Promise Janji Anaqi, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Talha Harith, Dayana Roza,
Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Drama I Promise Janji Anaqi adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Sihir lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di Astro Ria bermula 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini adalah Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman, Izuan Razali, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Selain itu drama I Promise Janji Anaqi ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel I Promise karya Acik Lana. Nampak menarik kan drama ini jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama I Promise Janji Anaqi di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
Emma Maembong sebagai Hayla
Talha Harith sebagai Zafran
Alicia Amin sebagai Intan
Dayana Roza sebagai Aisyah
Ellyas Abdullah sebagai Luthfi 
Ferqisha sebagai Julia




Sinopsis Penuh Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Sepanjang Hayla berkahwin, dia sering hidup dalam ketakutan apabila menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Percubaannya untuk melarikan diri dari suaminya dan memulakan kehidupan baru telah menemukannya dengan Anaqi, seorang pembunuh upahan yang diburu akibat kisah silam.Hayla dan Anaqi jatuh cinta, namun begitu Anaqi sentiasa mempersoalkan sama-ada dirinya itu layak menerima kasih sayang Hayla. Risau akan Hayla sekiranya hubungan mereka diteruskan, Anaqi berjanji untuk memastikan keselamatan Hayla terjamin. Mampukah dia mengotakan janjinya itu? Adakah nasib Hayla akan berterusan sebagai mangsa keganasan?
Drama I Promise Janji Anaqi, Info dan Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi, Poster Drama I Promise Janji Anaqi, I Promise Janji Anaqi Cast, Pelakon - Pelakon Drama I Promise Janji Anaqi, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Talha Harith, Dayana Roza,
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z. Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah! Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama. "Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi -Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?


Lagu Tema / OST Drama I Promise Janji Anaqi
๐Ÿ‘„๐Ÿ‘„ Janji Sampai Mati nyanyian Hasif



Read More

6 Dis 2021

Drama Jangan Ganggu Jodohku Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Di Astro Ria



Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Adaptasi Novel, Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah, Poster Drama Jangan Ganggu Jodohku, Info dan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode, Jangan Ganggu Jodohku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Ganggu Jodohku,

Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2. Drama ini mula bersiaran pada 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah. Antara pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini adalah Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam, Syafi Tee dan ramai lagi. Selain itu drama Jangan Ganggu Jodohku ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Jamal Khan serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama yang bergenre komedi seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Ganggu Jodohku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran
Shaza Bae sebagai Aliza 
Aloy Paradoks sebagai Abu
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 
Azizah Mahzan sebagai Mak Nah
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Farid sebagai Hantu Keding
Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek




Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu. Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh! Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran. Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental! Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran.

Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu. Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran. Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Ganggu Jodohku
๐Ÿ‘„๐Ÿ‘„ Hendaklah Cari Pengganti nyanyian Arief


Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Episod Akhir dan Ending Drama I - Tanggang (Astro Citra)


Read More

4 Dis 2021

Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam (Astro Citra)



Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam Astro Citra, Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam, Telemovie Tanah Kubur Hati Hitam, Poster Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam, Info dan Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam, Tanah Kubur Hati Hitam Cast, Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam Full Episode, Tanah Kubur Hati Hitam Sinopsis,
Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam Lakonan Nasir Bilal Khan dan Yana Samsudin (Astro Citra)

Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam akan disiarkan pada 4 Disember 2021 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Tanah Kubur Hati Hitam ini adalah Nasir Bilal Khan, Yana Samsudin, Liza Abdullah, Zarul Husin, Sofi Jikan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tanah Kubur Hati Hitam ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem Tanah Kubur Hati Hitam Lakonan Nasir Bilal Khan, Yana Samsudin dan Liza Abdullah ini kan. Jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Tanah Kubur Hati Hitam Lakonan Nasir Bilal Khan dan Yana Samsudin (Astro Citra)

Khatijah (Liza Abdullah) yang menghantar anaknya ke rumah jagaan Norma (Yana Samsudin) mendapati badan Teja luka-luka seperti didera. Dia mengadu pada Tok Adi (Nasir Bilal Khan). Namun Norma menafikan dan seorang pekerjanya Kak Nur mengaku dia yang melakukannya. Tapi Tok Adi tak mempercayainya. Apa yang berlaku seterusnya? Siapa punya angkara ? Dan kenapa Teja didera?

Read More

Episod Akhir Drama I- Tanggang



Drama I- Tanggang : Mother Of All Lies, Drama I - Tanggang (Astro Citra), isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy, Drama I - Tanggang Cast, Pelakon Drama I - Tanggang, Sinopsis Penuh Drama I - Tanggang, Ending Drama I - Tanggang,

Tamat sudah drama 12 episod yang bertajuk I- Tanggang : Mother Of All Lies, aku suka tengok drama ini sebab jalan ceritanya lain dari yang lain dan unik kerana mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Memang ternanti - nanti setiap episod sebab drama ini disiarkan seminggu sekali saja. Selepas ini drama Dukun Diva lakonan Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim dan ramai lagi akan menggantikan drama I- Tanggang ini. Berbalik pada drama ini, episod akhir drama ini memang happy endinglah kan, bila akhirnya kebenaran terbukti juga dan yang bersalah menerima hukuman. Episod akhir drama I- Tanggang ini bermula dengan perbicaraan Khay, Syafiq dan Esra di mahkamah kerana kesemua mereka mengaku tidak bersalah dalam percubaan membunuh puan Erma yang merupakan ibu pada Khay. 




Puan Erma semakin sembuh dan dapat ke mahkamah untuk menjadi saksi dan memberitahu perkara sebenarnya. Puan Erma menuduh Esra menikamnya di belakang sekali manakala anaknya Khay menikamnya sebanyak 7 kali di bahagian depannya. Manakala Syafiq terlepas daripada sebarang hukuman dan didapati tidak bersalah. Namun berjanji akan menjadi saksi untuk kes Khay. Khay terkejut dengan pengakuan ibunya sendiri yang menuduh dirinya sedangkan dia tidak bersalah. Doktor Nini dan Private Investigator yang diupahnya tampil bertemu bapa Khay iaitu Rahmat dan peguam Khay untuk memberitahu hal sebenar mengenai Erma dan Khay. Manakala ibu Syafiq dah nampak berani dan akhirnya dia pergi juga ke mahkamah bertemu Syafiq. Walaubagaimanapun ramai yang tak puas hati bila bapa Syafiq tu tak dapat balasan yang sewajarnya. Apa pun akhirnya kebenaran terbukti juga. Lepas ni layann Dukun Diva pula, hope drama tu bestlah juga seperti drama - drama lain sebelum ini.



Read More


My Random Post