15 Nov 2019

Review Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices




Voice 3, Voice 3 : City of Accomplices, Korean Drama, Drama Korea 2019, Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Sinopsis Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Voice 3, Poster Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, My Favorite Korean Drama 2019, Quote From Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Ending Voice 3 : City of Accomplices, My Opinion, Ulasan Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Senarai Pelakon Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo, Korean Drama Review,
Aku baru habis menonton drama Korea Voice 3 ini, agak susah nak move on dari drama ni lepas tengok episode akhirnya. Tak pasti sama ada diorang akan buat drama Voice season 4 pula. Korean Drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ini semuanya best, setiap season ada tarikannya dan aku makin suka dengan hero drama ini iaitu Lee Jin Wook lepas dia berlakon dalam Voice 2 hingga Voice 3, wataknya sebagai Do Kang Woo yang paling kesian sekali dan menyayat hati.  Berbanding season kedua yang hanya mempunyai  12 episod, Korean drama Voice 3 mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di channel OCN pada 11 Mei 2019 dan tamat episodnya pada 30 Jun 2019 yang lalu. Voice 3 ini masih mengekalkan semua pelakon asal dari season kedua, lagi pun jalan cerita dari musim lalu disambung ke musim ketiga ini, plus orang jahat atau mastermind utama pula masih belum dapat ditangkap lagi. Antara pelakon drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini adalah Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Kill It dan kemudian akan digantikan dengan drama Watcher.
Voice 3, Voice 3 : City of Accomplices, Korean Drama, Drama Korea 2019, Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Sinopsis Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Voice 3, Poster Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, My Favorite Korean Drama 2019, Quote From Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Ending Voice 3 : City of Accomplices, My Opinion, Ulasan Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Senarai Pelakon Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo, Korean Drama Review,
Dari segi penampilan, Lee Ha Na yang memegang watak sebagai Kang Kwon Joo yang merupakan ketua pada Golden Time Team masih mengekalkan imej berambut pendek untuk ketiga - ketiga musim. Manakala Lee Jin Wook pula yang membawa watak sebagai Do Kang Woo kelihatan agak messy dan tidak terurus dalam Voice 3 ini, maybe untuk menunjukkan yang wataknya lebih complicated dan berdepan dugaan berat dalam hidupnya kerana perlu berperang dengan diri sendiri. Kebiasaannya aku memang tak suka kalau diselitkan scene - scene percintaan dalam drama - drama yang bergenre crime, suspen thriller ni. Namun disebabkan keserasian Lee Ha Na dan Lee Jin Wook yang luar biasa dari drama Voice 2 hingga ke Voice 3 ini membuatkan aku berharap yang watak mereka iaitu Kang Kwon Joo dan Do Kang Woo akan bercinta hehehe. Malangnya diorang tak bercinta juga, walaupun nampak diorang sweet je bila together. Tapi korang akan faham kenapa agak mustahil untuk diorang bercinta kerana untuk musim ketiga ini, Do Kang Woo lebih dingin, lebih suka sendirian dan ingin menjauhkan diri dari semua orang kerana bimbang dirinya akan hilang pertimbangan dan mencederakan mereka yang dekat dengannya.




Rasanya scene paling sweet antara Do Kang Woo dan Kang Kwon Joo ini adalah ketika Do Kang Woo perasan yang tangan Kang Kwon Joo terluka dan dia meletakkan bandage pada tangan Kang Kwon Joo tu. Dalam scene lain nampak Kang Kwon Joo yang selalu ambil berat, prihatin dan memberikan kata - kata semangat pada Do Kang Woo. Selain Kang Kwon Joo yang kelihatan care dan ambil berat pada Do Kang Woo, Chief Na Hong Soo (Yoo Seung Mok) yang merupakan musuh ketat Do Kang Woo pada musim kedua telah sedar yang dia salah faham pada Do Kang Woo selama ini dan mula melayan Do Kang Woo seperti adiknya sendiri dan berusaha untuk protect dan melindungi Do Kang Woo itu. Aku suka betul tengok layanan semua golden time team member terhadap Do Kang Woo tu, diorang happy betul bila dapat tahu yang Do Kang Woo akan berkhidmat semula dalam Golden Time Team tu. Sayangnya Do Kang Woo melayan diorang semua dengan dingin sekali, tapi nasib diorang faham yang perangai Do Kang Woo memang macam tu. Namun kalau korang tengok drama ini, korang akan faham kenapa Do Kang Woo cuba menjauhkan diri dari semua orang tu kerana ianya disebabkan situasi dan penyakit yang dialaminya itu.

Watak Kwon Yool sebagai Bang Je Soo tak begitu banyak dalam musim ini, dia ada muncul di awal cerita dan di penghujung cerita (di bahagian epilog) membuatkan penonton berteka - teki yang kemungkinan besar dia ada kena mengena dengan tragedi yang berlaku di kemuncak cerita. Dalam 3 episod terakhir drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini akan menjawab semua persoalan penonton mengenai masa silam Do Kang Woo ketika dia dan keluarganya tinggal di Jepun. Persoalan mengenai siapa kanak- kanak perempuan bernama Miho yang sering muncul dalam mimpi Do Kang Woo dan siapa pembunuh sebenar Miho turut terjawab di penghujung cerita. Memang sedih giler tengok Do Kang Woo berjuang dalam melawan penyakitnya itu. Apa pun jom tengok serba sedikit sinopsis drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini di bawah ye -
Mengisahkan Golden Time Team yang masih cuba menyelesaikan kes yang berkaitan internet's dark web iaitu Auction Fabre dan Doctor Fabre serta mencari mastermind utama yang bertanggungjawab mewujudkan satu kumpulan untuk membunuh dengan kejam dan kemudian anggota badan mangsa dikerat dan kemudian dijual secara online.
Voice 3, Voice 3 : City of Accomplices, Korean Drama, Drama Korea 2019, Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Sinopsis Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Voice 3, Poster Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, My Favorite Korean Drama 2019, Quote From Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Ending Voice 3 : City of Accomplices, My Opinion, Ulasan Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Senarai Pelakon Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo, Korean Drama Review,
Selepas Insiden yang berlaku di penghujung cerita Voice 2 itu, Do Kang Woo tiba- tiba hilang manakala Kang Kwon Joo pula menghadapi masalah pendengaran. Golden Time Team member syak yang Do Kang Woo telah diculik dan mereka cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Rupa - rupanya Do Kang Woo tidak diculik, dia sendiri yang menghilangkan diri dan cuba masuk secara haram ke negara Jepun untuk menyiasat sendiri siapa mastermind sebenar dan mencari jawapan tentang kenapa orang jahat tersebut sangat obses dengannya. Selepas dapat tahu yang Do Kang Woo telah ditangkap oleh polis Jepun, Kang Kwon Joo dan teamnya bergegas ke Jepun untuk menyelamatkan Do Kang Woo. Setelah semuanya selesai Do Kang Woo bersetuju untuk terus bertugas dalam Golden Time Team untuk tempoh masa sebulan saja. Do Kang Woo sebenarnya merahsiakan tentang penyakitnya yang semakin serius dari pengetahuan Kang Kwon Joo, Do Kang Woo sebenarnya di diagnosis mempunyai Anti Social Personality Disorder dan boleh dikatakan sebagai psychopath. Do Kang Woo berusaha keras untuk menghalang dirinya dari menjadi pembunuh.
Voice 3, Voice 3 : City of Accomplices, Korean Drama, Drama Korea 2019, Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Sinopsis Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Watak Pelakon Dalam Drama Korea Voice 3, Poster Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, My Favorite Korean Drama 2019, Quote From Korean Drama Voice 3 : City of Accomplices, Ending Voice 3 : City of Accomplices, My Opinion, Ulasan Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Senarai Pelakon Drama Korea Voice 3 : City of Accomplices, Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo, Korean Drama Review,
Chief Na Hong Soo menjadi orang pertama yang mengetahui mengenai penyakit mentalnya itu dan Na Hong Soo cuba untuk membantu dan melindungi Do Kang Woo. Keadaan makin tidak terkawal bila Do Kang Woo hampir - hampir membunuh Kang Kwon Joo, tapi nasib baik chief Na Hong Soo berjaya menghentikannya. Selepas itu Kang Kwon Joo mahukan Do Kang Woo letak jawatan dan pergi berubat, namun Do Kang Woo tak mahu berbuat demikian kerana dia mahukan orang jahat tersebut ditangkap terlebih dahulu. Akhirnya Do Kang Woo meletak jawatan juga bila dia hampir - hampir membunuh orang yang tidak bersalah dan dia kemudian membuat keputusan untuk meneruskan siasatannya dengan caranya sendiri. Do Kang Woo cuba menyiasat secara bersendirian walaupun kini dia bukan lagi polis, akhirnya Do Kang Woo dapat tahu yang orang jahat tersebut sebenarnya berhubung rapat dengan masa silamnya. Apa yang berlaku seterusnya?
Dalam Korean Drama Voice 3 ini banyak kali juga Kang Kwon Joo keluar bersama - sama detektif lain untuk menangkap orang jahat berbanding hanya berada di pusat kawalan (Call Center) sahaja. Manakala ending drama Korea Voice 3 ini memang sad ending, tragic ending gitu yang buat ramai penonton tak puas hati. Secara keseluruhannya Voice 3 memang best kecuali endingnya saja yang tak best dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.

Quote From Voice 3 (Korean Drama)
"He's fighting with all his might not to turn into a monster. Let's not be the ones to give up on him"

I saw the well inside of me, i remember father’s words about how clear or dirty water may come out, depending on how you take care of it. I rather die as a human, than live as a monster like you. – Do Kang Woo

Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Motif Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

13 Nov 2019

Sinopsis Filem Motif Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani




Motif, Filem,Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Motif, Motif The Movie, Sinopsis Filem Motif, Watak, Filem Baru Rosyam Nor, Filem Baru Sharifah Amani, Poster Filem Motif, Senarai Pelakon Filem Motif, Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh, Filem Melayu 2019,
Sinopsis Filem Motif (2019)

Filem Motif sudah pun ditayangkan di pawagam pada 26 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Motif ini adalah Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh dan ramai lagi. Filem Motif ini diarahkan oleh Nadiah Hamzah dan diterbitkan oleh Wayang Works & Ore Struck Media. Kalau tengok dari trailer dan sinopsis filem ini, memang nampak menarik filem Motif ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem Motif (2019) Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna (Khayrani Kemal) di Tanah Merah, sebuah pekan terpencil.  Kehadirannya tidak disenangi penduduk pekan, termasuklah rakan setugasnya Inspektor Rizal (Taqim Zaki), dan menerima tentangan hebat dari bapa remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah, yang benar-benar tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya. Ramai orang disyaki menjadi dalang sebalik kehilangan Anna - semua dengan motif mereka yang tersendiri.  Adakah ianya Kamal (Azhan Rani) seorang ah long, atau bekas teman lelaki Anna, Azlan (Fadhli Masoot)? Ataupun, adakah ibu Anna (Sherie Merlis) yang sanggup merancang menggadai nyawa anaknya sendiri? Dapatkah Dewi merungkai misteri kehilangan Anna apabila dia mula dihimpit dengan konflik dalaman yang semakin menghantui dirinya?
 Sharifah Amani Dalam Filem Motif
Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

12 Nov 2019

Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019)




Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Melayu, Filem Melayu 2019, Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem Suatu Ketika (2019), Poster Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Suatu Ketika The Movie, Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019), Senarai Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan,

Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu telah pun mula ditayangkan di pawagam pada 12 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Suatu Ketika ini adalah Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan dan ramai lagi. Filem Suatu Ketika yang bergenre sejarah, drama dan sukan ini diarahkan oleh Prakash Murugiah dan diterbitkan oleh Kash Pictures Network. Aku ada tengok trailer filem ni hari tu, memang best. Ini ditambah lagi dengan review - review positif yang diberikan oleh penonton filem ini selepas menontonnya di pawagam. Apa pun jom tengok sinopsis filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu dibawah ini ye..




Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019) Lakonan NamRon dan Pekin Ibrahim

Sebuah cerita berlatarkan era sebelum merdeka tahun 1952, kisah tentang persahabatan, perpaduan dan mengejar impian. Pada tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka, filem ini menceritakan kisah budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang membentuk satu pasukan bola sepak, supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam. Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka melatih dan belajar semangat setia kawan. Sekarang skuad ini perlu melawan dengan juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. Mampukah mereka menerus dalam kejohanan ini?
Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Melayu, Filem Melayu 2019, Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem Suatu Ketika (2019), Poster Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Suatu Ketika The Movie, Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019), Senarai Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan,
Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika

  • Namron sebagai Pak Sa'ad
  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Sulaiman
  • Armand sebagai Usop
  • Danial Akmal Fariz sebagai Syukri
  • Farez Iqmal sebagai Atan
  • Kuhan Divagaran sebagai Guna
  • Dheva Naish sebagai Suresh
  • Daniel Syahidan sebagai Husin
  • Putera Syazwan sebagai Bakri
  • Lim Xuan sebagai Lee Meng
  • Azlan Raihan sebagai Dol
  • Danial Iman sebagai Tuah
  • Ahmas sebagai Panjang
  • Adeq Jiey sebagai Kudin
  • Farah Ahmad sebagai Latipah
  • Syafnida Suhaimi sebagai Cikgu Rokiah
  • Dintamam sebagai Selamat

Jom Baca Ini juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

10 Nov 2019

Telefilem 7 Netizen (Astro Citra)




7 Netizen, Telefilem, Telemovie, Telefilem 7 Netizen, Telemovie 7 Netizen, Sinopsis Telefilem 7 Netizen, Poster Telefilem 7 Netizen, Senarai Pelakon Telefilem 7 Netizen, Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam, Telefilem Lakonan Mimi Lana, Biodata Mimi Lana,

Telefilem 7 Netizen akan disiarkan di slot Citra Exclusive Astro Citra pada 9 November 2019, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem 7 Netizen ini adalah Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam dan ramai lagi. Selain itu telemovie 7 Netizen ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Cinema Stage Production Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik kan telefilem ni, baru tengok trailer pun dah nampak best gitu. So jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem 7 Netizen Lakonan Nafiz Muaz dan Mimi Lana

Tujuh orang yang diburu oleh pembunuh bersiri mempunyai satu persamaan - mereka semua merupakan pembuli siber. Khai Adli seorang selebriti popular tertekan dengan fitnah yang dibuat oleh 7 Netizen ini dan sempat menjejaki 7 Netizen ini, walaubagaimanapun tak lama kemudian Khai Adli mati. Adik Khai Adli iaitu Alif (Nafiz Muaz) menyalahkan 7 Netizen ini yang menjadi punca kematian abangnya itu. Tak lama kemudian satu persatu dari 7 Netizen ini mati dibunuh dengan kejam. Nadia (Mimi Lana) yang merupakan salah seorang dari 7 Netizen ini mula hidup dalam ketakutan selepas satu persatu kawannya mati dibunuh. Nadia mula berkenalan dengan Alif dan mereka akhirnya jatuh cinta, namun Nadia tak tahu yang Alif adalah adik pada Khai Adli. Apa yang berlaku seterusnya?, siapa pembunuh itu sebenarnya?..

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

9 Nov 2019

Sinopsis Drama Suri Katriana - Slot Tiara Astro Prima




Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,

Drama Suri Katriana adalah drama terbaru di slot Tiara, Astro Prima yang mula bersiaran sejak 30 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 Petang. Drama Suri Katriana ini mempunyai 49 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Puteri Yang Ditukar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Suri Katriana ini adalah Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Suri Katriana ini. 
Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Aishah Azman sebagai Yasmin
Ezzaty Abdullah sebagai Edora 
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)




Sinopsis Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera - Slot Tiara Astro Prima


Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy). Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.nApakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?
Suri Katriana, Drama Suri Katriana, Slot Tiara, Astro Prima, Sinopsis Drama Suri Katriana, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Prima 2019, Penyanyi, Drama Pertama Ernie Zakri, Drama Baru Ummi Nazeera, Drama Baru Zul Huzaimy, Drama Baru Nazim Othman, OST Suri Katriana, Lagu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri, Watak - Watak Pelakon Drama Suri Katriana, Poster Drama Suri Katriana, Senarai Pelakon Drama Suri Katriana, Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Ending Drama Suri Katriana,
Lagu Tema / OST Suri Katriana
⏩ Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri

Jom Baca ini juga ➔ Drama Satukan Rasa Lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

7 Nov 2019

Drama Satukan Rasa Lakonan Siti Nordiana dan Khai Bahar




Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,
Drama Satukan Rasa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula disiarkan sejak 4 November yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Satukan Rasa ini mempunyai 20 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Demi Rindumu lakonan Janna Nick dan Sean Lee yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Satukan Rasa ini adalah Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi dan ramai lagi. Lebih menarik bila drama ini merupakan drama pertama yang Khai Bahar benar - benar berlakon gitu. Sebelum ni dia pernah muncul juga dalam drama lain tapi dia jadi diri sendiri gitu. Selain itu drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan Suhan Movies & Trading. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye dan jom tengok juga watak - watak pelakon drama Satukan Rasa ini.
Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,
Siti Nordiana sebagai Indah Suhaila
Khai Bahar sebagai Jai Bakri
Nine sebagai Ben
Shasha Abedul sebagai Dede
Yusuf Bahrin asebagai Shah Bakri
Isyariana sebagai Saerah
Che Kem sebagai Bakri
Nina Juren sebagai Datin Amelia
Nadya Syahera sebagai Yatt
Ainin Batrisya sebagai Aira
Raja Azmi sebagai Kalthom




Sinopsis Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana

Mengisahkan Indah, seorang balu dan penyanyi yang pernah popular namun mengambil keputusan untuk menyepi dari bidang seni tanahair berikutan sudah jemu dengan dunia hiburan dan mahu menumpukan perhatian kepada satu-satunya anaknya. Indah meneruskan kehidupannya dengan tenang dan selesa menjalani kehidupannya sebagai pekerja servis party. Dengan pekerjaan itu, Indah merasa puas setiap kali berjaya menjalankan parti yang dikehendaki oleh pelanggan. Namun Indah akhirnya terpaksa akur untuk memasuki semula dunia hiburan apabila kehadiran penyanyi baru yang viral di media sosial, Jai memerlukan khidmatnya sebagai seorang penyanyi senior dan lebih-lebih lagi mereka akan digandingkan bersama. Jai mempunyai satu masalah yang dihidapi sejak dari kecil lagi iaitu perasaan gemuruh apabila berdepan dengan penonton. Indah terpaksa memikirkan cara bagi membantu Jai untuk menghilangkan rasa gemuruhnya di pentas.

Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa, Lagu Satukan Rasa, Drama Satukan Rasa Lakonan Khai Bahar dan Siti Nordiana, Lagu Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar, Drama Melayu Astro 2019, Drama Bersiri Astro Ria 2019, Slot MegaDrama, Astro Ria, Sinopsis Drama Satukan Rasa, Watak - Watak Pelakon Drama Satukan Rasa, Poster Drama Satukan Rasa, Senarai Lagu - Lagu OST Drama Satukan Rasa, Senarai Pelakon Drama Satukan Rasa, Siti Nordiana, Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya, Raja Azmi,

Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Satukan Rasa

➤ Satukan Rasa nyanyian Siti Nordiana dan Khai Bahar

➤ Ruang Mimpi nyanyian Neeta
➤ Bayang nyanyian Khai Bahar
➤ Dari Jauh Saja nyanyian Khai Bahar
➤ Luluh nyanyian Khai Bahar
➤ #123 nyanyian Khai Bahar
➤ Rahsia Kita nyanyian Khai Bahar dan Fatin Husna
➤ Dia nyanyian Khai Bahar
➤ Keranamu nyanyian Khai Bahar
➤ Menyesal nyanyian Khai Bahar
➤ Sumpah nyanyian Naim Daniel
➤ Terus Mencintaimu nyanyian Siti Nordiana
➤ Semakin Jelas nyanyian Siti Nordiana
➤ Aku Pun Rela nyanyian Siti Nordiana 
➤ Cinta Yang Bersinar nyanyian Siti Nordiana 
➤ Perlukanmu nyanyian Siti Nordiana
➤ Seribu Janji nyanyian Siti Nordiana
➤ Resepi Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin
➤ Memori Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin
➤ Kasihmu Seakan Berubah nyanyian Siti Nordiana
➤ Gurauan Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan Achik Spin

Jom Baca Ini juga ➔ Review Drama Korea Spring Turns To Spring

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

6 Nov 2019

SNM Bloglist Batch 1

SNM Bloglist Batch 1, Blogger Segmen, Blog, Bloglist,

Hari ni nak join segmen SNM Bloglist Batch 1, tarikh tamat segmen ni adalah pada 17 November 2019. Jadi jangan lupa join nanti okey, berita baik bila Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist ni bermula 1 November - 31 Disember 2019. Manakala pada 31 Disember 2019, seorang blogger yang bertuah (pilihan random) bakal dapat something yer. Wish me luck okey hehehe and happy birthday juga pada Yana yang akan sambut birthdaynya pada 17 november ini.


Read More

5 Nov 2019

Sinopsis Penuh Novel Cemburu Seorang Perempuan (Drama Adaptasi Novel)




Cemburu Seorang Perempuan, Drama Adaptasi Novel, Novel Cemburu Seorang Perempuan, Karya Siti Hazneza, Drama Cemburu Seorang Perempuan, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan, Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan, Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin, Cover Novel Cemburu Seorang Perempuan,

Novel Cemburu Seorang Perempuan Karya Siti Hazneza Abdul Hamid telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod dan disiarkan di slot Drama Vaganza, Astro Ria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Pelakon Emma Maembong, Amar Baharin dan Amyra Rosli menjadi teraju utama drama Cemburu Seorang Perempuan ini. Amar Baharin akan memegang watak sebagai Zikri, manakala Emma Maembong pula akan melakonkan watak sebagai Emilia dan Amyra Rosli akan memegang watak sebagai Dhia. Pelakon lain yang turut membintangi drama Cemburu Seorang Perempuan ini adalah Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin. Aku tak jumpa mana - mana link untuk baca online novel Cemburu Seorang Perempuan ni, yang ada hanya sinopsis jer, so jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca okey..




Sinopsis Penuh Novel Cemburu Seorang Perempuan (Drama Adaptasi Novel)

Zikrillah atau Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka di darjah 4 lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka. Walaupun rapat, hubungan Zikri dan Dhiya hanya sebagai sahabat saja dan tidak lebih dari itu. Zikri kemudiannya berkahwin dengan Emilia dan mereka saling menyintai antara satu sama lain. Walaubagaimanapun dari hari pertama perkahwinan, Emilia telah menunjukkan rasa tidak suka akan keakraban suaminya bersama Dhiya. Kerana keakraban ini juga yang sering menjadi perbalahan di antara mereka. Emilia kemudiannya telah disahkan mengandung, namun atas sesuatu sebab kandungannya tidak dapat diselamatkan dan seterusnya Emilia juga disahkan tidak boleh mengandung lagi. Bagi membuktikan persahabatan mereka yang ikhlas Emilia telah meminta Dhiya untuk berkahwin dengan suaminya Zikri serta mengandungkan anak dari benih Emilia dan Zikri. Akhirnya Zikri dan Dhia menikah. Atas naluri ingin menolong dan juga kerana sayangkan Zikri, Dhiya sanggup menjadi ibu tumpang bagi anak - anak Emilia dan Zikri. 4 orang anak yang dikandung dalam rahim Dhiya.
Cemburu Seorang Perempuan, Drama Adaptasi Novel, Novel Cemburu Seorang Perempuan, Karya Siti Hazneza, Drama Cemburu Seorang Perempuan, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Sinopsis Cemburu Seorang Perempuan, Senarai Pelakon Drama Cemburu Seorang Perempuan, Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sabrina Ali, Amir Nafis, Mior Darwish, Nazrief Nazri, Rashidah Jaafar, Elmy Moin, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Amyra Rosli, Drama Baru Amar Baharin, Poster Drama Cemburu Seorang Perempuan,
Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja dan mereka sebenarnya tidak pernah sekali pun mengadakan hubungan suami isteri. Keikhlasan Dhiya dan Zikri masih tetap menjadi pergaduhan antara Emilia dan Zikri. Emilia risau jika Zikri meninggalkan dirinya, malah dia juga cemburu melihat hubungan baik Dhia dan Zikri. Disebabkan terlalu cemburu Emilia sanggup bertindak memusnahkan hidup Dhiya dengan menyebabkan Dhia lumpuh di kedua belah kakinya. Tangannya juga kudung dan mukanya cacat. Kerana insiden itu juga menyebabkan Emilia meninggal kerana dia turut terkorban semasa insiden ingin menghapuskan Dhia dari hidup Zikri. Atas kepakaran masakini, tangan Dhiya dapat disambung semula. Pembedahan mukanya juga dibuat namun Dhiya tetap perlu berkerusi roda.  Anak -anak  Zikri bersama Emilia sangat menyayangi Dhiya kerana Dhiya pandai mengambil hati mereka. Dhiya akhirnya melahirkan 2 orang anak dari darah dagingnya sendiri bersama Zikri selepas kematian Emilia. Walaupun Dhia cacat namun pengorbanan Dhiya yang begitu besar terhadap keluarga Zikri, memang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. Biarlah orang lain memandang rupanya buruk dan cacat namun kemuliaan hati Dhiya amat membanggakan Zikri.

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem Pusaka (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

4 Nov 2019

Sinopsis Filem Pusaka (2019)




Pusaka, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Pusaka, Pusaka The Movie, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Sinopsis Filem Pusaka, Filem Baru Syafiq Kyle, Filem Baru Mimi Lana, Kisah Seram, OST Filem Pusaka Nyanyian Siti Nordiana, Poster Filem Pusaka, Watak Pelakon Dalam Filem Pusaka, Senarai Pelakon Filem Pusaka (2019), Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim,

Filem Pusaka sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 31 Oktober 2019 yang lalu dan mendapat sambutan daripada penonton. Dibarisi dengan ramai pelakon popular dan terkenal serta jalan ceritanya yang seram dan misteri membuatkan filem Pusaka ini mendapat perhatian penonton. Antara pelakon filem Pusaka ini adalah Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim dan ramai lagi. Selain itu filem Pusaka ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan diterbitkan oleh Astro Shaw, Alpha47 Films dan Director’s Think Tank. Nampak menarik filem seram Pusaka ini kan sebab ianya menggabungkan elemen penyiasatan dan juga mistik. Apa pun jom tengok sinopsis movie Pusaka ini di bawah ye.




Sinopsis Filem Pusaka

Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, hidup Inspektor Nuar Ishak asyik diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.  Disamping permasalahan dengan adik kembarnya Nur (Mimi Lana) dan semakin hilang pertimbangan diri, Nuar harus selesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang.
Pusaka, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Pusaka, Pusaka The Movie, Filem Melayu 2019, Malay Movie 2019, Sinopsis Filem Pusaka, Filem Baru Syafiq Kyle, Filem Baru Mimi Lana, Kisah Seram, OST Filem Pusaka Nyanyian Siti Nordiana, Poster Filem Pusaka, Watak Pelakon Dalam Filem Pusaka, Senarai Pelakon Filem Pusaka (2019), Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim,
Lagu Tema / OST Pusaka
➤ Kejam nyanyian Siti Nordiana

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Mimi Lana

~ Blog Dari Hati Miss Mulan~
Read More

3 Nov 2019

Sinopsis Telefilem Hijab Rejab (Astro Citra)




Hijab Rejab, Telefilem, Telemovie, Telefilem Hijab Rejab, Telemovie Hijab Rejab, Sinopsis Telefilem Hijab Rejab, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri dan Harris Annuar adalah Finalis Hero Remaja 2017, Seram Komedi, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Telefilem Hijab Rejab, Safwan Nazri, Harris Annuar, Tajuddin Bakar, Norlia Ghani, Hasmira Azmi, Aida Salleh, Telefilem Astro Citra 2019, Poster Telefilem Hijab Rejab
Telefilem Hijab Rejab Lakonan Safwan Nazri dan Harris Annuar

Telefilem Hijab Rejab akan disiarkan di slot Citra Exclusive, Astro Citra pada 2 November 2019, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Hijab Rejab ini adalah Safwan Nazri, Harris Annuar, Tajuddin Bakar, Norlia Ghani, Hasmira Azmi, Aida Salleh dan ramai lagi. Bagi yang tak tahu Safwan Nazri dan Harris Annuar tu adalah finalis Hero Remaja 2017 gitu. Telemovie Hijab Rejab ini bergenre komedi seram dan diarahkan oleh Ashraf Jurey serta diterbitkan oleh World Evolution Brain. Kalau tengok dari trailer, memang nampak menarik telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem Hijab Rejab di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Hijab Rejab - Astro Citra

Rejab seorang pemuda nakal yang teringin untuk melihat hantu telah nekad untuk membuka hijab. Eddy sehabat setianya membawa Rejab berjumpa dengan Wak untuk membuka hijab bertujuan untuk melihat benda ghaib. Namun selepas beberapa hari, Rejab tak mampu bertahan lagi melihat mahkluk di sekelilingnya dan mahu menutup semula hijabnya. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah hijab rejab ditutup semula?.

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya (Drama Adaptasi Novel)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

2 Nov 2019

Baca Online Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya




Dia Pengantinku, Novel Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Drama Adptasi Novel, Karya Novelis Nurfaza Alisya, Drama Melayu RTM TV1 2019, Drama Bersiri, Slot Widuri, TV1, Novel Online, Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5, Watak Pelakon Dalam Drama Dia Pengantinku, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Mawar Rashid, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, Cover Depan Novel Dia Pengantinku,

Selepas novel Isteri Untuk Diiktiraf karya Nurfaza Alisya, kini giliran novelnya yang bertajuk Dia Pengantinku pula akan diadaptasikan menjadi drama bersiri 26 episod, yang sekarang ini tengah hangat bersiaran di slot Widuri TV1 (RTM), setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Saharul Ridzwan, Mawar Rashid dan Azrel Ismail menjadi pelakon utama drama Dia Pengantinku ini. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada. Saharul Ridzwan akan memegang watak sebagai Syed Ashraf manakala Mawar Rashid pula akan memegang watak sebagai Aimi Najwa, Azrel Ismail sebagai Kamil, Tisha Shamsir sebagai Maya, Esma Daniel sebagai Dato Syed Alwi, Elya Miera sebagai Juhana. Korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Tapi tak semua bab ada, aku cuma jumpa sikit je, kalau korang nak baca novel penuh, sila beli novel ini di pasaran ye. Selamat membaca semua..

➔ Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5 ⟵




Sinopsis Novel Dia Pengantinku Karya Nurfaza Alisya


Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak! “Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?”
Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya. Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya.

Dia Pengantinku, Novel Dia Pengantinku, Drama Dia Pengantinku, Drama Adptasi Novel, Karya Novelis Nurfaza Alisya, Drama Melayu RTM TV1 2019, Drama Bersiri, Slot Widuri, TV1, Novel Online, Baca Online Novel Dia Pengantinku Bab 1 Hingga Bab 5, Watak Pelakon Dalam Drama Dia Pengantinku, Drama Baru Saharul Ridzwan, Drama Baru Mawar Rashid, Senarai Pelakon Drama Dia Pengantinku, Saharul Ridzwan, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Tisha Shamsir Alam, Esma Daniel, Aleza Shadan, Catriona Ross, Azhar Amir, Azar Azmi, Elya Miera Ismail, Meor Mohd, Nynaa Harizal, Izzy Reef, Nada Nursyuhada, Poster Drama Dia Pengantinku,
Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang. Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya. Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?
 


Jom Baca Ini juga ➔ Drama Pesan Pada Hati Lakonan Shukri Yahaya dan Nabila Razali (TV3)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post