5 Mac 2019

GIVEAWAY SNACK KINTRY.CO

GIVEAWAY SNACK KINTRY.CO

Hari ini aku nak join Giveaway Snack Kintry.Co, tarikh tamat giveaway ini adalah pada 7 March 2019. Untung pada yang menang nanti kan, good luck semua..


Read More

4 Mac 2019

Segmen Bloglist SiHIJO| 2019

Segmen Bloglist SiHIJO| 2019

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist SiHIJO| 2019, tarikh tamat segmen ini aku tak pasti bila, apa pun jangan lupa join ramai - ramai okey..


Read More

3 Mac 2019

Telemovie Resort Berhantu - Cerekarama TV3




Resort Berhantu,Telemovie, Telefilem, Telemovie Resort Berhantu, Telefilem Resort Berhantu, Cerekarama Resort Berhantu, Telefilem TV3 2019, Cerekarama 2019, Sinopsis Telemovie Resort Berhantu, Cast, Pelakon Telemovie Resort Berhantu, Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario, Masrenny Masri,
Cerekarama Resort Berhantu TV3

Telefilem Resort Berhantu akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 2 March 2019 ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telemovie Resort Berhantu ini adalah Ain Edruce, Izzue Islam, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario, Masrenny Masri dan ramai lagi. Telemovie Resort Berhantu ini disiarkan istimewa sempena DFKL 2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019) yang akan berlangsung tak lama lagi. Selain itu telefilem Resort Berhantu ini diarahkan oleh Isqandar Jebat dan diterbitkan oleh Hujan Lebat Sdn Bhd. Tengok dari iklan kat TV, memang nampak menarik telemovie ini, siap mengetengahkan isu buli lagi. Paling best telemovie ini memang kelakar dan tak seram pun hehe. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.




Sinopsis Telemovie Resort Berhantu Lakonan Ain Edruce dan Izzue Islam (Cerekarama TV3)

Kejadian buli zaman sekolah dahulu menyebabkan Rosalinda dan Amira ingin mengadakan "Reunion Dinner" untuk menyatukan kembali semua 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu. Kisah ini bermula apabila Rosalinda (Ain Edruce) selalu dibuli dan diejek oleh kawan sekelasnya Kay, Syam dan Suzi. Cerita ini bermula apabila Rosalinda dan Amira berbincang tentang majlis reunion diner yang akan diadakan di sebuah resort. Mereka menjemput semua pelajar didalam kelas mereka. Disebabkan bilangan bekas pelajar yang tidak begitu ramai akhirnya mereka mendapat sebuah resort yang terpencil sesuai dengan bajet yang mereka ada. Tiba hari yang dinantikan, selepas 10 tahun mereka tidak berjumpa suasana riuh dan masing-masing melepaskan rindu antara satu dengan yang lain. Muncul Key Ell (Izzue Islam), Syam (Shah Sulaiman), Suzi (Jaja Ilyas) dan Langkawi (Din Che Pak) dengan lagak masing-masing dan perangai mereka bertiga masih tidak berubah kerana masih cuba mencari peluang untuk membuli Rosalinda.

Mereka berempat mula membuat rancangan untuk membuli Rosalinda buat kali terakhir sebelum mereka pulang dari Resort itu. Namun rancangan mereka mula bertukar tragedi apabila mereka melihat mayat Rosalinda terapung di kolam renang. Selepas itu mereka berempat mula ketakutan kerana diganggu oleh hantu Rosalinda. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

2 Mac 2019

Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com




                                        
Hari ni aku nak join Segmen bloglist March to June 2019 by zzzyy.blogspot.com, tarikh tamat segmen ini adalah pada 15 March 2019. Boleh klik Banner di atas kalau nak join ye, semua penyertaan akan dapat masuk bloglist gitu, meh join ramai - ramai okey.
Read More

1 Mac 2019

Drama Jodoh - Jodoh Annisa Lakonan Izara Aishah




Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah New Drama, Cast, Pelakon Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,

Drama 100 episod Jodoh - Jodoh Annisa sudah pun bersiaran di Slot Tiara, Astro Prima sejak 19 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang dan ulangannya pada pukul 12 tengah malam. Drama Jodoh - Jodoh Annisa ini dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin yang telah tamat episodnya. Lagu tema / OST Jodoh - Jodoh Annisa ini bertajuk Sambil dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Haris. Aku suka bila diorang sentuh isu - isu gender dalam drama ini contohnya ketika Annisa bekerja di pelabuhan tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon dalam drama Jodoh - Jodoh Annisa di bawah ini ye..




Watak Pelakon
Izara Aishah sebagai Annisa
Aaron Aziz sebagai Nizam
Amar Baharin sebagai Rizal
Shah Iskandar sebagai Syafiq
Afiq Muiz sebagai Ishak
Raja Afiq sebagai Roy
Fizz Fairuz sebagai Rykarl
Hilal Azman sebagai Tuan Azhar
Rosnah Johari sebagai Hayati
Shiqin Kamal sebagai Rita
Fikhree Bakar seagai Haris
Adam Corrie sebagai Jackie
Daniella Sya sebagai Ballin
Fatin Afeefa sebagai Shiela
Ekin Kamarudin sebagai Liza
Khalis Dean Zaqwan sebagai Adam
Aryanna Alyssa Dezek sebagai Sophia
Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah New Drama, Cast, Pelakon Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,
Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa (Slot Tiara Astro Prima)

Mengisahkan Annisa yang bakal berkahwin dengan calon pilihan ayahnya iaitu Nizam. Namun di hari pernikahan mereka, Annisa tiba - tiba membatalkan perkahwinan mereka setelah mengetahui perkara sebenar. Hal tersebut turut menyebabkan ayah Annisa pengsan dan dimasukkan ke dalam hospital. Mak dan abang Annisa menyalahkan dirinya yang menjadi punca Dato Azhar sakit. Ketika ayah mereka sakit, Rykarl iaitu abang Annisa menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mengambil alih urusan syarikat. Dia juga bertindak mengugut semua ahli lembaga pengarah F3 untuk bekerjasama dengannya dan bersetuju untuk menjadikannya CEO Syarikat F3. Rykarl juga cuba menghalang Annisa dari campur tangan dalam syarikat F3, dia juga turut menghasut ibu mereka untuk membenci Annisa dan akhirnya Rykarl menghalau Annisa dari rumah dan menyekat akaun bank Annisa. Lebih parah lagi Rykarl juga turut menghalang Annisa dari berjumpa ayah mereka di hospital. Mujurlah Doktor Ishak membantunya untuk curi - curi masuk ke bilik VVIP hospital untuk melawat ayahnya yang masih tidak sedarkan diri itu. Annisa kemudiannya menumpang di rumah kawan baiknya Sheila, Annisa kemudiannya cuba untuk mulakan hidup baru dengan mencari kerja.

Annisa memutuskan untuk bermula dari bawah dan bekerja sebagai sales promoter di syarikat jualan perabot. Prestasi kerja Annisa sangat baik dan disukai oleh majikannya, namun ketika Annisa sudah dinaikkan pangkat, dia mula membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan ingin bekerja di pelabuhan pula. Ketika bekerja di pelabuhan, Annisa terpaksa melakukan kerja - kerja berat, malah dia juga sering dibuli dan dipandang rendah oleh pekerja lelaki di situ. Pelbagai kesukaran yang perlu dilalui Annisa di situ, hal ini diburukkan lagi dengan Rykarl yang cuba melakukan sesuatu untuk buat Annisa diberhentikan kerja. Atas usaha keras Annisa dia berjaya naik pangkat dan turut bekerjasama dengan Rizal (Amar Baharin). Annisa kemudian membuat keputusan untuk berkahwin dengan sahabat baiknya iaitu Syafiq (Shah Iskandar). Disebabkan Annisa selalu sibuk dengan urusan kerjanya, Syafiq mula rasa sunyi dan berkenalan dengan perempuan lain. Syafiq juga cemburu melihat hubungan baik Annisa dengan Rizal dan syak mereka saling menyintai. Annisa akhirnya mengetahui yang Syafiq curang dan ada perempuan lain. Namun Annisa menyalahkan dirinya yang menjadi punca Syafiq bertindak demikian. Annisa dan Syafiq akhirnya bercerai. Nizam (Aaron Aziz) sentiasa mencari peluang untuk mendekati Annisa. Nizam juga sentiasa bergaduh dengan Rizal. Manakala Rykarl pula telah berubah menjadi baik setelah dikhianati Haris (Fikhree Bakar). Rykarl berazam untuk melindungi ibunya dan Annisa dari sebarang bahaya. Apa yang berlaku seterusnya? 
Read More

27 Feb 2019

Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo Sweet Di Running Man




Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Sejak awal tahun ini dan di beberapa episod Running Man yang terbaru, member Running Man memang gemar mengusik Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo serta menggalakkan mereka berdua untuk bercinta hehehe. Haha antara orang yang paling rajin mengusik Kim Jong Kook (KJK) dan Song Ji Hyo (SJY) siap panggil SJY kakak ipar lagi hehe. Lebih menarik bila Song Ji Hyo turut memberikan reaksi yang positif ketika diusik manakala KJK di awalnya agak awkward dan hanya tesenyum. Sebelum ini memang dah ada gosip yang mengatakan KJK dan SJY bercinta, tapi masing - masing menafikan. Lagipun diorang dah bertahun dalam Running Man, so hubungan tu mungkin dah jadi macam adik - beradik gitu.




Tapi entah kenapa aku suka bila tengok member Running Man yang lain sakan mengusik diorang ni hehe, lagi pun nampak Spartace ni sepadan gitu hehe. Paling best bila di episod 440 Running Man, Kim Jong Kook membuat kejutan bila dia tiba - tiba memanggil Song Ji Hyo "Honey" sambil meminta wang lebihan SJY yang ada kerana SJY berjaya ke lokasi yang seterusnya. Masa awal - awal tu, Haha dan Song Ji Hyo dah seronok dok bahasakan diri diorang sebagai kakak ipar dan adik ipar di depan Kim Jong Kook. Masa ni KJK senyum je bila tengok gelagat SJY dan Haha tu
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,
Semuanya termasuk member Running Man dan crew RM pasti tak jangka langsung yang Kim Jong Kook tiba - tiba bergurau panggil SJY "Yeobo / Honey". Habis semua tergelak, ketawa sakan hahaha, lepas ni makin sakanlah KJK dan SJY kena usik hahaha. Aku memang tak boleh move on dengan video di bawah ni, asyik nak repeat berulang kali je nak tengok gelagat semua yang terkejut dan tergelak bila KJK panggil SJY honey tu, so sweet. Walaupun tu hanya gurauan tapi berjaya buat aku tersengih dan tergelak sekali hehehe. Reaksi Song Ji Hyo lepas dengar KJK panggil dia dengan panggilan tu pun macam terbaik giler hahaha and muka Kim Jong Kook pun merah lepas cakap gitu muahaahha. Nampak Haha macam seronok giler bila KJK pun dah terbuka untuk bergurau macam tu hehe. Boleh layan video di bawah ni kalau nak tengok aksi KJK dan SJY tu..
Running Man, Episode 440, Episode 440 Running Man, Variety Show, Game Show Running Man, Member Running Man, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook Dan Song Ji Hyo Bercinta, Haha, Lee Kwang Soo, Yang Se Chan, Ji Suk Jin, Yoo Jae Suk, Jung So Min, Running Man 2019, Sweet,

Read More

24 Feb 2019

Telemovie Viral Alam Maya - Cerekarama TV3




Viral Alam Maya, Telemovie, Telefilem, Slot Cerekarama, TV3, Telemovie Viral Alam Maya, Telefilem Viral Alam Maya, Cerekarama Viral Alam Maya, Sinopsis Telefilem Viral Alam Maya, Cerekarama TV3 2019, Cast, Pelakon Telemovie Viral Alam Maya, Hafidz Roshdi, Mimi Lana, Azhan Rani, Roslan Salleh, Raja Hakim,
Cerekarama Viral Alam Maya TV3

Telefilem Viral Alam Maya akan disiarkan pada 23 Februari 2019, jam 9.30 malam di slot Cerekarama TV3. Telemovie Viral Alam Maya ini disiarkan istimewa sempena DFKL 2019 (Drama Festival Kuala Lumpur 2019). Antara pelakon telemovie Viral Alam Maya ini adalah Hafidz Roshdi, Mimi Lana, Azhan Rani, Roslan Salleh, Raja Hakim dan ramai lagi. Selain itu telefilem Viral Alam Maya ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak menarik jalan cerita telemovie ini sebab dekat dengan realiti masyarakat masa kini, selain memberi pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telemovie Viral Alam Maya Lakonan Hafidz Roshdi dan Mimi Lana

Kisah Hazmin yang suka memviralkan (fitnah) isu yang tidak betul untuk mendapatkan ribuan "likes". Akibat perbuatannya, Hazmin ditimpa kifarah. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

22 Feb 2019

Sinopsis Filem Misteri Dilaila




Misteri Dilaila, Filem Misteri Dilaila, Misteri Dilaila Movie, Malay Movie, Filem Melayu 2019, Filem Malaysia, Sinopsis Filem Misteri Dilaila, Arahan Syafiq Yusof, Plot Twist, Misteri Dilaila Cast, Pelakon Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi, Poster Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin Movie,
Sinopsis Filem Misteri Dilaila

Filem Misteri Dilaila sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Misteri Dilaila ini adalah Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi dan ramai lagi. Selain itu filem Misteri Dilaila ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Ramai yang memberi komen positif terhadap filem ini serta dikatakan ada plot twist dalam filem ini, memang nampak menarik movie Misteri Dilaila ini kan. Lebih menarik bila dikatakan dalam filem ini ada 2 ending gitu, setengah pawagam tayang ending lain, setengah lagi tayang ending lain. Strategi bijak ni sebab buatkan penonton nak tengok dua -dua ending dan tengok lagi sekali di pawagam hehe. Apa pun jom tengok sinopsis Misteri Dilaila di bawah ini okey.




Sinopsis Filem Misteri Dilaila Lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahuri

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila. Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini? 
Misteri Dilaila, Filem Misteri Dilaila, Misteri Dilaila Movie, Malay Movie, Filem Melayu 2019, Filem Malaysia, Sinopsis Filem Misteri Dilaila, Arahan Syafiq Yusof, Plot Twist, Misteri Dilaila Cast, Pelakon Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, Namron, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi, Poster Filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin Movie,
Read More

21 Feb 2019

Doodle Planner 2019 Giveaway

                       Doodle Planner 2019 Giveaway, Blogger Giveaway, Blog, Hadiah,

Hari ini aku nak join Doodle Planner 2019 Giveaway, tarikh tamat giveaway ini adalah pada 28 Februari 2019. Hadiahnya best, rugi kalau tak join kan, Good Luck semua..

Tag


Read More

20 Feb 2019

Sinopsis Drama Hola Hermosa (TV1)




Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Sinopsis Drama Hola Hermosa Slot Kejora TV1 (RTM)

Drama Hola Hermosa lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya sudah pun mula bersiaran di slot Kejora TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi bermula 23 Januari 2019 yang lalu. Hola Hermosa bermaksud "Hello, Si Cantik" dalam bahasa Sepanyol dan drama ini mempunyai 26 episod. Antara pelakon drama Hola Hermosa ini adalah Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba dan ramai lagi. Selain itu drama Hola Hermosa ini diarahkan oleh Muralikrishnan Munian dan diterbitkan oleh Smart Global Media Sdn Bhd. Bagi yang tidak sempat untuk menonton drama ini di TV, korang juga menonton drama Hola Hermosa ini menerusi portal online iaitu di Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, selamat membaca okey hehe.




Sinopsis Drama Hola Hermosa Lakonan Zahiril Adzim dan Zara Zya

Rizuan (lakonan Zahiril Adzim) melanjutkan pengajian seni bina di Mexico City dan meninggalkan Myza (lakonan Zara Zya), isteri yang dinikahinya secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaikan Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico. Myza gembira dapat bersama dengan suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan. Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruskan projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dengan Sheerin (lakonan Miera Leyana), anak Dato’ Nasir (Arash Mohd), pemilik syarikat tersebut. Pada masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico. Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikasi cuba didekati Aliyah (Maya Elzahra), model terkenal namun dia tidak menunjukkan minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatinya sia-sia. Muncul Rafiah, model yang berminat membantunya mendapatkan penaja bagi projek penggambaran di Mexico. Sementara itu, Aaron (lakonan Azrel Ismail) kawan serumah Syameel terjebak dalam permasalahan bapa kekasihnya, Sarina (lakonan Ramona Zam Zam) yang berhutang dengan Along. 
Hola Hermosa, Hello Si Cantik, Drama Hola Hermosa, Slot Kejora, RTM, TV1, Drama Melayu 2019, Drama Best, Sinopsis Drama Hola Hermosa, Hola Hermosa Cast, Pelakon Drama Hola Hermosa, Zara Zya, Zahiril Adzim, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail, Maya Elzahra, Zila Bakarin, Arash Mohd, Rashdan Baba, Sinopsis Penuh Hola Hermosa, Drama Terbaru Zara Zya,
Ibu Sarina kecewa dengan suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatkan kerja untuk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dengan skim pelaburan pula. Sarina merancang menerbitkan novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri daripada ayahnya. Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohkan Rizuan dengan Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwinkan anak mereka dengan Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dengan desakan Rosmaria (Zila Bakarin), pekerjanya yang merasakan dia lebih layak menguruskan projek di Mexico berbanding Sheerin. Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dengan rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dengan wanita itu dengan alasan keluarga Sheerin banyak membantunya selama ini. Di Mexico, Myza terserempak dengan Sheerin yang memberitahunya dia akan berkahwin dengan Rizuan dalam masa terdekat. Myza cuba mendapatkan kepastian Rizuan. 

Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraikan Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya. Myza kecewa dengan Rizuan dan menghilangkan diri. Situasi itu membuatkan Rizuan tidak keruan. Puas dia mencari isterinya itu namun gagal. Aaron menasihati Syameel agar tidak menuduh Rafiah mempunyai teman lelaki tanpa usul periksa dan berterus-terang meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis itu. Rizuan pulang ke Malaysia atas arahan Dato’ Nasir. Sheerin pula diarahkan ayahnya terus tinggal di Mexico. Rizuan dengan berat hati berterus-terang kepada keluarganya tentang ‘kehilangan’ Myza. Rizuan juga membuka rahsia perkahwinannya dengan Myza kepada Syameel dan Aaron. Mereka terkejut. Myza memutuskan untuk terus tinggal dan bekerja di Mexico. Rizuan pula serba salah bila didesak berkahwin dengan Sheerin. Datin Sally pula cuba meneka siapakah bapa kepada anak yang dikandung oleh Rosmaria. Namun adakah jodoh Myza dan Rizuan bersatu semula atau kehadiran Sheerin mengubah segalanya? Bagaimana kesudahan cinta Syameel yang keliru memilih Rafiah atau Aliyah? Begitu juga dengan Aaron dan Sarina yang berterusan cuba menyelesaikan konflik keluarga Sarina.
Read More

17 Feb 2019

Telemovie Suluhkan Aku Cahaya - Cerekarama TV3




Suluhkan Aku Cahaya, Telemovie, Telefilem, Slot Cerekarama, TV3, Telemovie Suluhkan Aku Cahaya, Telefilem Suluhkan Aku Cahaya, Cerekarama Suluhkan Aku Cahaya, Pengajaran, Islamik, Solat, Cerekarama TV3 2019, Sinopsis Telemovie Suluhkan Aku Cahaya, Cast, Pelakon Telemovie Suluhkan Aku Cahaya,

Telefilem Suluhkan Aku Cahaya akan bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada 16 Februari 2019, jam 9.30 malam. Antara pelakon telemovie Suluhkan Aku Cahaya ini adalah Redza Rosli, Ain Edruce, Jalil Hamid, Idris Md Diah dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Ismail Yaacob dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn Bhd. Nampak menarik jalan cerita telemovie ini kan, plus ada pengajaran berguna gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas cerekarama Suluhkan Aku Cahaya di bawah ini ye..




Sinopsis Telemovie Suluhkan Aku Cahaya - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Syarif yang lalai dan suka meninggalkan solat. Setiap kali ditegur oleh orang sekelilingnya mengenai sikapnya yang suka meninggalkan solat itu pasti dia akan mengamuk dan marah. Tak lama kemudian Syarif ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara, ketika di dalam penjara, dia mula insaf. Apa sebenarnya yang berlaku? kenapa Syarif masuk penjara? apa yang membuatkan Syarif insaf?. Nak tahu kenalah tengok cerekarama ini nanti okey. 
Read More


My Random Post