12 Jun 2018

Resepi Udang Masak Diraja




Resepi Udang Masak Diraja, Resepi, Makanan, Cara - Cara, Bahan - Bahan, Raya, 2018, Juadah Istimewa Hari Raya, Sedap, Prawn, Recipe,
Resepi Udang Masak Diraja

Diam tak diam, dah nak raya dah, so kali ini aku nak share resepi Udang Masak Diraja pula, tengok gambar saja dah yakin mesti masakan ini sedap kan. Mana tahu boleh dijadikan juadah istimewa di hari raya nanti ke kan. Apa pun jom tengok resepinya di bawah ini, selamat mencuba.


Bahan - Bahan untuk dikisar :
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang lada cili
3 sudu lada kering kisar

Bahan - Bahan lain :
Udang galah / udang kulit putih etc
2 batang serai dititik
Daun kunyit dihiris halus
2 keping Asam keping 
Garam dan gula sesedap rasa
1 cawan santan pekat



Cara - Cara Memasak 

Tumiskan barang yg dikisar, bila minyak naik masukkan serai dan asam keping, kemudian masukkan udang yang telah dibasuh dan ditaburkan garam. Gaulkan sehingga sebati. Last sekali masukkan santan pekat, gaulkan dan masukkan daun kunyit, garam sikit dan gula bagi yang gantikan ajinomoto. Masak jangan lama sangat, nanti udang tak fresh.

Gambar dan Resepi di atas credit to Maheran Nor Sabarina Salim
Read More

10 Jun 2018

Drama Nur Episod 9 Hingga 16 (TV3)

Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 9 Hingga 16, Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16 (TV3)

Drama Nur memang tengah fenomena dan trending sekarang serta menjadi kesukaan penonton disebabkan jalan ceritanya yang lain daripada yang lain dan unik. Disamping terdapat pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh diambil dari drama Nur ini. Plus banyak nasihat - nasihat yang berguna ada dalam drama Nur ini. Paling trending adalah scene sub bunjut dalam episod 16 drama Nur ini yang lawak sampai aku pun boleh tergelak sekali hahaha. Dalam scene yang kelakar itu masih ada pengajaran yang terselit disitu kan. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Lagi beberapa episod saja, drama ini akan habis, rindu pula dengan drama Nur ini nanti kan. Apa pun kali ini aku nak share sinopsis drama Nur ini dari episod 9 hingga episod ke - 16Jadi selamat membaca okey. Bagi yang ketinggalan nak baca sinopsis dari episod 1 hingga episod 8 boleh klik link - link di bawah ini okey.

Sinopsis Drama Nur Episod 9 Hingga Episod 16 (Samarinda TV3)

Akhirnya Adam terpaksa mengikut perancangan keluarganya untuk bernikah dengan Qhadeeja walaupun dia mencintai Nur. Ketika majlis akad nikah tersebut, Qhadeeja ternampak Adam terserempak dengan Nur dan Adam sempat meluahkan perasaan cintanya pada Nur tanpa sedar yang Qhadeeja turut berada disitu. Qhadeeja yang terkejut dengan pengakuan Adam yang mencintai perempuan lain, membuatkan Qhadeeja kecewa dan sedih lalu bertindak melarikan diri dari majlis akad nikahnya itu dan membuat semua orang yang lain menjadi keliru. Ayah Adam dan adik Adam turut menjadi saksi ketika Adam meluahkan perasaan cintanya pada Nur. Akhirnya ayah Adam menasihati serta menggalakkan Adam untuk memperisterikan Nur walaupun mereka tahu Aishah dan mak Adam tidak akan bersetuju. Nur yang tidak tahu Adam tidak jadi berkahwin kecewa dan bersedih di rumahnya, manakala ibu Nur menasihati anaknya itu supaya tidak mempercayai janji - janji manis lelaki. Tiba - tiba Adam datang ke rumah Nur di waktu pagi namun Nur tidak mahu berjumpa dengan Adam dan menyuruhnya pulang saja. Adam tidak berputus asa dan kali ini dia pergi berjumpa dengan ibu Nur pula dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Nur. Akhirnya Ibu Nur membawa Adam pergi berjumpa dengan Nur di rumahnya. Nur gembira kerana Adam ingin menjadikannya isteri walaubagaimanapun bapa ayam ibu Nur iaitu Marzuki tiba - tiba datang dan menghalang Adam untuk berkahwin dengan Nur.



Disebabkan tidak mahu Marzuki menjadi penghalang hubungan Nur dan Adam, ibu Nur terpaksa berlakon dan menipu, ibu Nur meminta Adam membayar sejumlah wang sebagai syarat untuk membawa Nur keluar dari tempat tersebut dan Adam bersetuju. Malah Ibu Nur juga terpaksa menghalau Nur keluar dari situ kerana risau kalau Marzuki berubah fikirannya. Adam kemudian membawa Nur ke motel murah dan membiarkan Nur tinggal disitu buat sementara waktu. Nur agak sedih apabila dihalau oleh ibunya sedemikian rupa. Bapa Adam akhirnya menyuruh Adam dan Nur bernikah secepat mungkin dan majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar. Namun ibu Adam dan kakak Adam iaitu Aishah tidak mengetahui pernikahan rahsia Adam dan Nur ini sehingga Haji Mukhsin iaitu ayah Adam memberitahu mereka. Adam turut membawa Nur untuk berjumpa dengan kakak dan ibunya namun ibu Adam serta Aishah tidak mampu menerima kenyataan yang Adam sudah pun berkahwin dengan Nur. Mereka berdua sangat membenci Nur, namun ayah Adam menyuruh Adam dan Nur untuk tinggal di rumah tersebut walaupun mendapat tentangan daripada ibu Adam dan Aishah. Ibu Adam tidak dapat menerima Nur sebagai menantunya dan berasa rimas serta tidak tenang bila Nur berada di rumahnya. Melihat kelakuan ibunya yang tidak tenang membuatkan Aishah menghalau Nur keluar dari rumah itu. Amirul adik Adam turut menyaksikan yang kakak iparnya itu dihalau oleh Aishah. 

Walaubagaimanapun Aishah, ibu Adam berpura - pura tidak mengetahui sebab Nur lari dari rumah tersebut. Amirul pula hanya mendiamkan diri setelah diugut oleh Aishah. Adam pergi mencari Nur namun tidak berjumpa dan merasakan dirinya dah gagal untuk menjadi suami yang baik untuk Nur. Tak lama kemudian Nur pengsan di tepi jalan kerana kelaparan dan dibawa ke hospital. Kebetulan Nur dirawat oleh doktor Mukhriz, malah Qhadeeja juga sempat berborak dengan Nur. Nur menghalang Qhadeeja dari memberitahu Adam mengenai keadaannya. Amirul kemudian pecah rahsia tentang Nur yang dihalau oleh kakak sulung mereka Aishah dan ibu mereka. Adam marah dan kecewa dengan tindakan kakak dan ibunya itu. Tak lama kemudian Adam mendapat berita yang Nur berada di hospital dan bergegas ke hospital tersebut. Akhirnya Adam berjumpa dengan Nur dan membawa Nur untuk tinggal di motel buat sementara waktu. Adam turut memberi kata dua pada ibunya untuk menyedarkan kesalahan ibunya, Adam tidak akan pulang ke rumah selagi ibunya tidak dapat menerima Nur sebagai menantunya. Disebabkan ibu Adam tidak sanggup kehilangan anaknya itu, maka dia pergi berjumpa dengan Adam untuk memujuk Adam pulang ke rumah, ibu Adam juga meminta Adam untuk memberikannya masa untuk menerima Nur dengan hati yang ikhlas. Akhirnya Adam dan Nur pulang semula ke rumah tersebut.

Selain itu Aishah turut mengetahui yang suaminya dah berzina di dalam rumahnya itu dan bergaduh besar dengan suaminya iaitu Syed Hamadi. Aishah terus pergi ke rumah ibunya namun dia berasa geram melihat Nur telah masuk ke rumah itu semula lalu berlalu pergi. Tak lama kemudian Aishah memberitahu suaminya yang dia mengizinkan suaminya itu untuk bernikah lagi bagi mengelakkan suaminya dari terus melakukan maksiat. Syed Hamadi berasa seronok dan gembira apabila Aishah dah beri kebenaran untuk dia berkahwin lain. Nur cuba mengambil hati ibu mertuanya namun tidak begitu berjaya, tapi disebabkan satu kejadian, ibu Adam mula lembut hati dan boleh berbual mesra dengan Nur. Malah ibu Adam juga berasa menyesal dengan kelakuannya sebelum ini selepas mendengar cerita sebenar mengenai kisah anaknya dengan Nur itu. Aishah masih marah dan benci pada Nur walaupun telah dinasihati oleh ayahnya, Aishah yakin Nur telah membomohkan mereka sekeluarga. Kelihatan Amirul juga tidak begitu menyukai Nur, dia merasakan Nur ada penyakit Aids yang merbahaya. malah Amirul juga yakin yang Nur telah membomohkan mereka sekeluarga melalui masakannya lalu melaporkan pada kakaknya Aishah. Ketika mereka sekeluarga makan malam, Aishah datang menyerang dan mengatakan dia ada bukti yang Nur telah membomohkan mereka sekeluarga, namun insiden tersebut telah membuatkan mereka tertawa kerana Aishah menyangka sub bunjut yang ada dalam sup tersebut adalah sihir yang sengaja diletakkan oleh Nur untuk membomohkan mereka sekeluarga.



Aishah benggang dengan Amirul yang telah salah memberi info, manakala Syed Hamadi masih berhutang sana sini dan kini diburu oleh ceti haram. Selepas itu Adam cuba menasihati Amirul mengenai Nur dan kemudian ayah mereka mengajak Adam dan Amirul untuk pergi berdakwah ke lorong tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?.
Read More

9 Jun 2018

Resepi Biskut Raya Chocolate Chip




Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip, Bahan - Bahan untuk membuat Biskut Chip Coklat,
Cara - Cara Membuat Biskut Chocolate Chip

Resepi diatas ini credit untuk owner resepinya. Kena tengok betul - betul untuk part bahan - bahan tu sebab tulisan tak berapa nampak, boleh klik untuk besarkan ye. Apa pun biskut Chocolate Chip ini memang sedap pun, sekali makan memang tak boleh berhenti kan hehe. Selamat Mencuba.



Read More

8 Jun 2018

Resepi Kek Batik Lembut

Kek Batik, Resepi Kek Batik Lembut, Cara - Cara Membuat Kek Batik, Bahan - Bahan, Cara Penyediaan Kek Batik Lembut, Resepi, Resipi, Raya, 2018,
Resepi Kek Batik Lembut

Kali ini aku nak share satu resipi yang merupakan kegemaran aku iaitu resepi Kek Batik Lembut. Kek Batik ini memang popular dan mudah untuk disediakan, tak payah nak bakar atau kena guna oven sebaliknya hanya perlu sejukkan dalam peti ais saja. Sangat mudah bukan, bahan - bahan yang digunakan untuk membuat Kek Batik ini juga senang didapati dan boleh disediakan pada bila - bila masa, sama ada di bulan Ramadan, musim perayaan mahu pun di hari - hari biasa. Jadi jom tengok resepi tersebut di bawah ini ye, gambar dan resepi ini credit pada ownernya, selamat mencuba.

Bahan - Bahan untuk Resepi Kek Batik Lembut

250gm Buttercup
1 cawan susu pekat
2 cawan air kosong
2 biji telur- di pukul 
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan milo
3/4 cawan nestum original
2 sudu besar serbuk coklat
600gm Biskut Marrie



Cara - Cara Untuk Membuat Kek Batik Lembut

1. Cairkan Butter dalam periuk dengan api sederhana. 
2. Masukkan susu pekat & kacau guna whisk. 
3. Masukkan air, Milo dan serbuk koko dalam periuk.
Gaul hingga sebati, pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
4. Masukkan telur & esen vanilla dalam periuk, gaul sebati. 
5. Masukkan nestum, gaul sekata sehingga adunan jadi likat. Padamkan api. 
6. Alas loyang dengan aluminium foil @ plastik. Saya guna loyang 8x8'.
7. Masukkan lebih kurang 1 senduk adunan coklat tadi ke dalam loyang. Susun biskut marrie selapis demi selapis berselang- selikan dgn coklat tadi. Setelah selesai layerkan coklat & biskut tadi, tekan2 dengan senduk untuk padatkan kek. Tabur nestum. 
8. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga keras. Dah sejuk, telengkupkan loyang untuk keluarkan kek dan potong.
Selamat mencuba

Kredit Resepi: Rodziah Ghazali



Read More

2 Jun 2018

Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri, Drama Bila Aidil Ada Fitri, Novel, Drama Adaptasi Novel, Astro Oasis, Drama Bulan Ramadan, Sweet, Romantik Komedi, Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri, Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh, Poster, 2018,
Sinopsis Episod 7 Hingga 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri

Diam tak diam dah nak masuk episod 10 dah drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jalan ceritanya makin sweet dan comel gitu. Aku suka tengok scene Aidil (Ungku Ismail Aziz) dan Amar (Fikhree Bakar) yang bergaduh macam budak - budak tu, comel giler hehehe. Watak Qarizh (Talha Harith) tu memang misteri sikit, nampak dia macam mental dan obses dengan Fitri Syafia (Siti Saleha) ni. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Apa pun hari ini aku nak share Sinopsis Episod 7 Hingga Episod 9 Drama Bila Aidil Ada Fitri ini, jadi selamat membaca okey.



Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 7 Hingga 9


Seperti biasa Fitri Syafia (Siti Saleha) akan singgah ke rumah Datin Mariam (Aida Khalida) untuk membantu Datin Mariam membuat kerja - kerja amal di bulan Ramadan ini. Ketika sampai di rumah Datin Mariam, Fitri ternampak kelibat Aidil (Ungku Ismail) dan terus pergi berjumpa dengannya untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian bunga itu. Aidil keliru sebab bukan dia yang menghantar bunga pada Fitri tapi kemudian Aidil hanya mendiamkan dirinya dan membiarkan Fitri berfikir yang bunga itu dihantar olehnya. Aidil, Datin Mariam dan Fitri keluar bersama dan kemudian Amar (Fikhree Bakar) dan ibunya juga turut ada, Aidil kemudian bersembang dengan Amar dan memberi Amar amaran supaya jangan dekat dengan Fitri atau cuba mengorat Fitri. Amar hanya tersenyum melihat gelagat Aidil yang cemburu dengannya, Aidil kemudiannya terpaksa bergegas pergi berjumpa dengan kawan baiknya Ayman (Halim Radzi) yang kini tengah menghadapi masalah rumahtangga. Ayman selalu meluahkan masalahnya pada Aidil dan Aidil menjadi pendengar setia pada setiap masalah Ayman. Ketika Aidil tiada disitu, Amar menggunakan peluang itu untuk mengajak Fitri menemaninya untuk pergi beli kasut yang telah Fitri jumpa sebelum ini. Amar sengaja mengajak Fitri supaya Aidil akan cemburu nanti manakala Fitri pula stress dengan perangai Amar yang sengaja post gambar mereka berdua di media sosial dan Fitri risau jika gambar tersebut akan membuat Aidil salah faham dan marah.

Ketika Fitri berjalan ke keretanya, dia terkejut apabila Qarizh (Talha Harith) menyapanya dan Fitri yakin Qarizh telah mengekorinya. Qarizh obses dengan Fitri dan dia ingin menjadikan Fitri isterinya walau apa pun yang terjadi. Ibu Qarizh tak mampu nak mengawal Qarizh yang kali ini sudah nekad untuk dengan rancangannya. Fikri (Zaki Azeman) adik Fitri juga terserempak dengan Qarizh di suatu tempat dan sempat berborak seketika. Fikri turut risau dengan kemunculan Qarizh secara tiba - tiba dan yakin Qarizh akan menggangu kakaknya nanti. Qarizh turut menelefon Fitri namun Fitri tidak suka Qarizh menghubunginya lagi. Aidil yang dulunya selalu jual mahal dan buat muka serius dengan Fitri kini mula berubah, Aidil dah mula mengusik Fitri dengan kata - kata cinta dan membuatkan Fitri keliru dan gelabah. Manakala Fikri pula sangsi dengan sikap bossnya Amar yang gemar berahsia dalam bekerja. Fitri masih terserempak dengan Qarizh, kali ini Qarizh tiba - tiba muncul di pasaraya dan hal ini membuatkan Fitri makin yakin yang Qarizh sedang memerhatikannya. Namun Qarizh menafikan yang dia mengekori Fitri. Tak lama kemudian, ketika Fitri keluar dengan Aidil, mereka terserempak pula dengan mak Qarizh. Fitri sempat beramah mesra dengan mak Qarizh walaupun dirinya kurang selesa, mak Qarizh sempat meminta maaf pada Fitri atas kelakuan Qarizh dan Fitri hanya tersenyum. Aidil mula keliru mengenai mak Qarizh dan hairan kenapa mak Qarizh meminta maaf pada Fitri. Namun Fitri cepat - cepat mengubah topik dan pergi dari situ. 



Apa yang bakal berlaku seterusnya? klik link di bawah ini untuk baca sinopsis drama ini episod 1 hingga 6 yang lalu ➔ Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6
Read More

1 Jun 2018

Sinopsis Drama Korea - My Mister

My Mister, Sinopsis My Mister, Sinopsis Drama Korea My Mister, 2018, Korean Drama, Drama Korea, TVN, Korean Drama My Mister, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon,
Sinopsis Drama Korea - My Mister

Korean Drama My Mister ini adalah drama yang paling latest yang aku tengok, drama Korea My Mister ini disiarkan di TVN dan dilakonkan oleh Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon dan ramai lagi. Drama Korea My Mister ini mempunyai 16 episod dan merupakan drama terbaru IU selepas drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini ye.




Sinopsis Drama Korea - My Mister

Mengisahkan 2 Insan iaitu Park Dong Hoon (40-an) dan Lee Ji An (20-an) yang tertekan dan berdepan saat sukar dalam hidup mereka. Park Dong Hoon (Lee Sun Kyun) sudah berkahwin dengan Kang Yoon Hee dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil, isterinya seorang peguam dan Park Dong Hoon juga mempunyai 2 adik beradik lelaki iaitu Park Sang Hoon dan Park Ki Hoon. Abang sulungnya menganggur kerana perniagaannya telah bankrup manakala adik lelakinya pula tidak menentu kerjanya. Ibu dan adik - beradik Park Dong Hoon mengharapkan Dong Hoon akan terus bekerja di syarikat pembinaan yang terkemuka itu dan memujuknya supaya bertahan lama di syarikat berkenaan. Manakala Park Dong Hoon tidak gembira bekerja sebagai pengurus di syarikat berkenaan kerana merasakan dirinya seolah - olah tidak dihargai walaupun telah bekerja disitu hampir 20 tahun. Dirinya juga tidak dinaikkan pangkat walaupun berkelayakan, hal ini kerana Park Dong Hoon tidak suka membodek orang atasannya dan buat halnya sendiri saja, malah dirinya juga terkenal dengan sikapnya yang baik hati, jujur dan amanah. Tanpa dia sangka isterinya telah curang dengannya dan ada affair dengan Do Joon Young yang merupakan CEO di syarikat tempat dia bekerja.

Do Joon Young sengaja mencari jalan supaya Park Dong Hoon dapat dipecat dari syarikat tersebut. Manakala Lee Ji An (IU) pula berdepan dengan situasi yang sukar apabila sering diganggu dengan ceti haram / along yang bernama Kwang Il (Chang Ki Yong). Malah Lee Ji An juga harus menyara dan menjaga neneknya yang sakit dan tidak boleh berjalan, Lee Ji An juga mempunyai sejarah silam yang gelap apabila dia pernah membunuh ayah Kwang Il kerana telah menggangu keluarganya, namun dia didapati tidak bersalah dan dilepaskan. Disebabkan itulah Kwang Il sering menggangunya serta memukulnya sesuka hatinya kerana Lee Ji An telah membunuh ayahnya, namun dalam masa yang sama dia juga menyukai Lee Ji An. Lee Ji An terpaksa mencari wang yang banyak untuk membayar hutang Along itu jika tidak dia akan terus diganggu oleh mereka. Lee Ji An bekerja di syarikat yang sama dengan Park Dong Hoon namun dia tidak mempunyai kawan disitu dan hanya buat halnya sendiri saja. Sesuatu telah terjadi dan menyebabkan Lee Ji An terpaksa melibatkan dirinya dalam urusan Park Dong Hoon, malah Lee Ji An juga telah membuat tawaran pada Do Joon Young untuk membuat Park Dong Hoon dipecat, selepas dia mengetahui rahsia Do Joon Young yang ada affair dengan isteri Park Dong Hoon.
My Mister, Sinopsis My Mister, Sinopsis Drama Korea My Mister, 2018, Korean Drama, Drama Korea, TVN, Korean Drama My Mister, Pelakon Drama Korea My Mister, Lee Sun Kyun, IU, Park Ho San, Song Sae Byeok, Lee Ji Ah, Kim Young Min, Chang Ki Yong, Ahn Seung Kyoon,
Lee Ji An meminta sejumlah wang yang banyak dari Do Joon Young sebagai upahnya dan mula menjalankan tugasnya untuk rapat dengan Park Dong Hoon. Lee Ji An meminta Park Dong Hoon  belanjanya makan malam untuk satu bulan atas bantuannya sebelum ini, namun Park Dong Hoon tidak selesa untuk keluar berdua dengan Lee Ji An. Selain itu Lee Ji An juga telah wiretapping handphone Park Dong Hoon dan membolehkan dia mendengar segala perbualan Park Dong Hoon secara langsung serta dapat merakamnya. Lee Ji An selalu menghabiskan masanya mendengar segala perbualan Park Dong Hoon, sekaligus mengetahui semua perkara yang terjadi dalam hidup Park Dong Hoon. Semakin lama Lee Ji An mendengar segala perbualan tersebut semakin dia sedar yang Park Dong Hoon seorang lelaki yang amat baik. Malah Lee Ji An mula berasa simpati pada Park Dong Hoon. Malah Park Dong Hoon juga turut membantu Lee Ji An dalam menguruskan hal ehwal neneknya itu. Tanpa Lee Ji An sedar, dia secara tidak sengaja mula jatuh hati pada Park Dong Hoon dan dari ingin menjatuhkan Park Dong Hoon, dia mula berpihak pada Park Dong Hoon dan membantu Park Dong Hoon untuk terus kekal di syarikat tersebut.

Do Joon Young mahukan Lee Ji An terus rapat dengan Park Dong Hoon supaya skandal antara mereka boleh membuatkan Park Dong Hoon dipecat. Namun disebabkan Lee Ji An yang telah berpaling tadah, semua rancangan Do Joon Young tidak menjadi. Keadaan makin rumit apabila Park Dong Hoon mengetahui mengenai kecurangan isterinya itu, namun berpura - pura di depan isterinya, seolah - olah dia tidak tahu apa - apa. Dalam masa yang sama Lee Ji An tahu Park Dong Hoon tengah mengalami saat yang sukar dan cuba memberikan kata - kata semangat padanya untuk teruskan hidup. Lee Ji An turut meluahkan rasa cintanya pada Park Dong Hoon namun cintanya itu tidak berbalas kerana Park Dong Hoon seorang lelaki yang setia dan jujur, tidak mungkin Park Dong Hoon dapat membalas cintanya itu, tambahan lagi jarak usia mereka yang terlalu jauh dan Park Dong Hoon masih lagi suami orang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? bolehkah mereka bersatu? akan bahagiakah mereka nanti?.



Read More

29 Mei 2018

Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)




Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 5 Hingga 8, Sinopsis Drama Nur Episod 5 Hingga Episod 8, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)

Drama Nur ini dah nak masuk episod ke 9 dah minggu ini dan jalan ceritanya makin best pula tu, aku sukakan jalan cerita drama Nur ini sebab dekat dengan realiti masyarakat masa kini. Lagi pun aku dah muak tengok kisah cinta 2 darjat, kisah kahwin paksa, kisah anak - anak orang kaya, tengku - tengku bagai ni dan lain - lain lagi. Plus para pelakonnya juga best - best belaka dan berjaya membawakan watak masing - masing dengan baik sekali. Antara pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Jadi kali ini aku nak share sinopsis drama Nur dari episod 5 hingga episod 8 di bawah ini. Jadi selamat membaca okey. Bagi yang ketinggalan nak baca sinopsis dari episod 1 hingga 4 boleh klik sini okey ➔ Drama Nur Episod 1 Hingga 4

Sinopsis Episod 5 Hingga 8 Drama Nur (Samarinda TV3)

Haji Mukhsin berada dalam dilema sama ada ingin menyambung kontrak dengan stesen tv itu atau pun tidak, ikut hatinya dia ingin berhenti dari memberi ceramah di kaca tv. Tapi memandangkan itu adalah punca pendapatan utamanya, dia terpaksa meneruskannya. Manakala Adam pula asyik teringatkan perempuan misteri yang bernama Nur itu, susah betul untuk Adam lupakan perempuan tersebut dan Adam menjadi makin keliru bila fikirkan tentang hal tersebut. Haji Mukshin menasihati Adam supaya tidak cepat menilai dan menghukum orang dan menyuruh Adam untuk menyelesaikan segala persoalan mengenai perempuan misteri tersebut. Adam kemudian pergi ke lorong tersebut untuk mencari perempuan tersebut dan dia berjumpa dengannya. Adam menyuruh Nur untuk menghabiskan menulis soalan yang dia hendak tanya ketika di masjid tempoh hari dan mengajak Nur untuk berjumpa lagi keesokan harinya. Namun Nur berasa risau untuk berjumpa dengan Adam lagi dan membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan Adam. Walaubagaimanapun dia akhirnya terserempak juga dengan Adam dan akhirnya mereka berdua keluar minum dan berborak.



Syed Hamadi pula berasa marah dan benggang bila Nur tiada di rumahnya dan melarikan diri darinya, hal tersebut membuatkan Syed Hamadi berazam akan mencari Nur walau apa pun yang terjadi. Adam berjumpa dengan Nur lagi dan memberi jawapan pada persoalan Nur mengenai keadilan tuhan. Adam juga mengajak Nur untuk menunaikan solat subuh di masjid, walaupun awalnya Nur takut kerana pernah dihalau dengan teruk ketika ingin masuk masjid di waktu dulu.Tapi disebabkan Adam ada, orang lain tak berani nak melarang Nur untuk masuk ke masjid tersebut. Sejak dari itu Nur dan Adams sering berjumpa, malah Adam turut mengajar Nur mengenai Islam di masjid tersebut. Qhadeeja merasakan Adam makin jauh dengannya, panggilannya tidak dijawab, bila dia datang ke rumah Adam membawa makanan untuk sarapan pagi, Adam pula tiada di rumah. Selain itu, ada seseorang telah mengambil gambar Adam dan Nur ketika Adam berada di lorong tersebut, dan berita serta gambar tersebut menjadi viral dan membuatkan semua orang marah dengan Adam. Kecuali Haji Mukhsin, ayah Adam yang tahu alasan Adam ke lorong tersebut.  

Keluarga Qhadeeja juga turut marah dengan Adam dan malu dengan semua orang kerana semuanya bertanyakan pasal bakal menantu mereka Adam. Qhadeeja percaya dengan Adam cuma dia sedih dengan sikap Adam yang sering menjauhinya. Adam kemudiannya datang ke rumah Qhadeeja bersama kakaknya Aishah untuk menerangkan perkara sebenar pada keluarga Qhadeeja. Aishah juga mencadangkan supaya Adam dan Qhadeeja membuat satu video dan memberi penjelasan mengenai sebab Adam ke lorong tersebut. Setelah video dibuat, isu tersebut mula selesai, namun Adam tidak dapat berjumpa dengan Nur dalam waktu terdekat kerana dihalang oleh keluarganya untuk ke lorong berkenaan. Adam cuba mencari Nur di masjid tapi tidak berjumpa dengan Nur. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

27 Mei 2018

Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6




Drama Bila Aidil Ada Fitri, Drama Melayu, Drama Bersiri, Sinopsis Episod 1 Hingga 6 Drama Bila Aidil Ada Fitri, My Favorite Drama, Astro, 2018, Drama Bulan Ramadan, Pelakon, Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh,
Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6

Ada banyak drama menarik yang disiarkan di bulan Ramadan ini, antara salah satu drama yang aku layan adalah drama Bila Aidil Ada Fitri. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi Hyra dan disiarkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD. Seronok layan drama ini sebab kelakar, sweet dan juga islamik gitu, aku suka setiap kali Ungku Ismail berlakon drama - drama yang bergenre romantik komedi ini memang menyerlah watak dan lakonannya itu. Gandingannya dengan Siti Saleha pun comel dan sweet. Pelakon - Pelakon Drama Bila Aidil Ada Fitri ini adalah Ungku Ismail Aziz, Siti Saleha, Fikhree Bakar, Talha Harith, Zaki Azeman, Aida Khalida, Hilal Azman, Hairie Othman, Kuza, Zul Helmi, Putri Qaseh dan ramai lagi. Jadi dalam entry ini, aku nak share sinopsis drama Bila Aidil Ada Fitri dari episod 1 hingga episod 6, silakan baca ramai - ramai ye hehe.



Sinopsis Drama Bila Aidil Ada Fitri Episod 1 Hingga 6

Mengisahkan Fitri Syafia yang berasa gembira dan selesa dengan kerjayanya sebagai Personal Shopper. Fitri mula mengenali Datin Mariam selepas menyelamatkannya dari diragut oleh peragut. Datin Mariam terhutang budi pada Fitri dan mula mengupah Fitri menjadi personal assistantnya dan juga personal shopper untuk anak lelakinya Aidil yang bekerja sebagai Juruterbang. Datin Mariam juga tertarik dengan personaliti Fitri yang baik hati dan sentiasa ceria, malah dirinya juga berharap Fitri akan menjadi bakal menantunya nanti. Fitri ditugaskan untuk membeli barang - barang dapur untuk anak lelaki Datin Mariam sepanjang bulan Ramadan. Datin Mariam menyangka Aidil tiada di rumah dan menyuruh Fitri menghantar barang - barang dapur tersebut ke rumah Aidil. Ketika Fitri meletakkan barang - barang dapur tersebut di rumah Aidil, Aidil baru saja lepas mandi dan terkejut melihat Fitri berada di rumahnya. 

Begitu juga dengan Fitri yang menyangka Aidil adalah perompak dan cepat - cepat mengacukan pisau pada Aidil dan menghalau Aidil keluar dari rumahnya sendiri. Aidil berasa benggang dan marah dengan situasi tersebut, mujurlah datin Mariam datang tepat pada masanya dan menyelesaikan segala salah faham antara Aidil dan Fitri. Sejak dari itu Aidil mula berasa tidak puas hati dengan Fitri namun segalanya berubah bila Fitri dengan seikhlas hatinya meminta maaf pada Aidil dan Aidil memaafkannya. Sejak dari itu Aidil gemar bergaduh dengan Fitri dan dalam masa yang sama mereka sama - sama jatuh hati antara satu sama lain. Namun Aidil sengaja jual mahal dengan Fitri tapi cepat berasa cemburu jika ada lelaki lain yang cuba rapat dengan Fitri, terutamanya Amar yang merupakan sepupunya. Amar yang suka bersaing dengan Aidil sengaja melayan Fitri dengan mesra supaya Aidil berasa cemburu. 

Datin Mariam sengaja cuba merapatkan Aidil dan Fitri dan kelihatan Aidil sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Fitri. Suatu malam ketika Fitri berbuka puasa dengan Datin Mariam, Aidil dan Amar, seorang lelaki yang bernama Qarizh datang menegur Fitri. Fitri yang terkejut dengan kemunculan Qarizh mengajak Qarizh untuk berbual di luar restoran. Qarizh mengingatkan Fitri tentang janji mereka dan Fitri menyuruh Qarizh pergi dari situ. Qarizh berasa tidak senang hati melihat Fitri rapat dengan lelaki lain dan menggesa ibunya untuk cepat - cepat pergi meminang Fitri. Namun ibunya menyuruh Qarizh bersabar dan menunggu sehingga 1 Syawal nanti. Qarizh kemudiannya cuba menelefon Fitri beberapa kali, tapi bila Fitri menjawab panggilannya, Qarizh hanya mendiamkan diri. Qarizh juga membelikan bunga buat Fitri dan meletakkan bunga tersebut di pintu pagar rumah Fitri. Manakala Fitri pula menyangka bunga tersebut diberi oleh Aidil dan berasa gembira melihat bunga tersebut.

Qarizh yang melihat Fitri dari jauh berasa senang hati bila melihat Fitri gembira menerima bunga pemberiannya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More

22 Mei 2018

Klik! Pengantin Musim Salju Episod 1 Hingga 8




Sinopsis Episod 1 Hingga 4 Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Rangkuman Sinopsis, Drama Klik! Pengantin Musim Salju, Novel Klik! Pengantin Musim Salju, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Astro, 2018, Pelakon, Siti Nordiana, Alif Satar, Adam Lee, Atikah Suhaime, Nina Juren, Aleza Shadan,
Sinopsis Drama Klik! Pengantin Musim Salju Episod 1 Hingga 8

Drama Klik! Pengantin Musim Salju adalah drama terbaru yang tengah hangat bersiaran di bulan ramadan ini lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana. Merupakan adaptasi daripada Novel Klik! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana. Barisan pelakon drama Drama Klik! Pengantin Musim Salju ini terdiri daripada Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan dan ramai lagi. Jadi hari ini aku nak kongsikan rangkuman sinopsis drama Klik! Pengantin Musim Salju dari Episod 1 Hingga Episod 8. Selamat membaca okey..

Sinopsis Episod 1 Hingga Episod 8 Drama Klik! Pengantin Musim Salju

Mengisahkan tentang Adam Putra (Alif Satar) dan tunangnya Karlisya Zandra (Atikah Suhaime) yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Sikap Karlisya Zandra yang cerewet dan tidak mahu mengalah membuat Adam Putra bertambah pening untuk melayan kerenah tunangnya itu.  Kaseh Lateefa / Kay mempunyai studio fotografinya sendiri yang dinamakan “Klik , dirinya serta rakan – rakannya mengharapkan agar Adam Putra dan tunangnya itu akan memilih khidmat studio Klik untuk majlis perkahwinan mereka nanti.  Keadaan makin rumit apabila berlakunya insiden tertukar baju pengantin antara baju pengantin Karlisya Zandra dan juga baju pengantin arwah ibu Kay. Karlisya tersuka dengan baju pengantin milik Kay itu dan memutuskan untuk memakai baju tersebut untuk majlis kahwinnya nanti. Namun Kay tidak mahu menjual mahu pun menyewakan baju tersebut pada Karlisya. Tanpa baju pengantin tersebut, Karlisya tidak mahu berkahwin dan menginginkan juga baju tersebut.  Adam Putra yang tersepit di tengah – tengah terpaksa memujuk Kay untuk meminjamkan baju tersebut dan akan memberikan ganjaran yang sewajarnya pada Kay dan juga studionya. Awalnya Kay enggan melayan permintaan Adam, namun akhirnya mengalah dan bersetuju dengan permintaan Adam itu.




Selain itu keluarga Kay terutamanya ibu tirinya ingin menjodohkan Kay dengan Irham (Lan Solo), namun Kay tidak menyukai irham dan sentiasa mengelak dari memikirkan soal jodoh. Ketika tiba majlis akad nikah, Karlisya Zandra tidak muncul dan menyebabkan majlis pernikahan terbatal. Manakala Kay pula melarikan diri dari rumah setelah keluarga Irham datang merisik dirinya. Kemudian Kay terserempak dengan Adam yang tak jadi kahwin itu, lalu mereka berdua keluar minum bersama – sama.  Kelihatan Adam Putra senang dengan sikap Kay yang selamba, cool dan tomboy itu, tak lama kemudian, Adam memberikan satu tawaran yang tak masuk akal pada Kay iaitu menjadi pengantin olok – oloknya dan tugas Kay hanya perlu berlakon dan bercakap dalam telefon dengan nenek Adam yang berada di Jepun itu. Awalnya Kay menolak tawaran Adam itu, namun Adam tidak berputus asa untuk memujuk Kay dengan menawarkan perbagai ganjaran yang mnenarik dan akhirnya Kay bersetuju. Karlisha Zandra cuba memujuk Adam untuk bernikah sekali lagi namun kelihatan Adam sudah tawar hati dengan Karlisha Zandra.

Keadaan bertambah rumit apabila nenek Adam Putra ingin bertemu dengan Kay dan menyebabkan Adam terpaksa memujuk Kay untuk mengikutnya ke Jepun dan bertemu dengan neneknya. Walaupun berat hati, Kay akhirnya bersetuju untuk mengikut Adam ke Jepun. Ketika berada di Jepun, semuanya berjalan lancar buat Kay dan Adam Putra, walaupun awalnya Kay berasa kekok berlakon sebagai isteri Adam di depan nenek Adam iaitu Tengku Maryam (Norlia Ghani). Namun lama - kelamaan Kay makin sayang pula dengan nenek Adam itu. Hubungan Adam dan Kay juga makin rapat manakala sepupu Adam iaitu Hud Mikael (Adam Lee) turut tinggal bersama dengan nenek Adam dan turut mengetahui rahsia tentang status Kay yang masih single dan hanya berlakon sebagai isteri Adam sahaja. Hud Mikael tertarik dengan Kay dan ingin menjadikan Kay sebagai teman wanitanya namun Kay menolak dengan alasan dia tidak ada perasaan pada Hud Mikael. Namun penolakan Kay itu tidak mematahkan semangat Hud Mikael untuk terus memikat Kay dan berazam untuk membuatkan Kay jatuh cinta padanya.

Setelah pulang ke Malaysia, Kay tidak perlu berlakon lagi sebagai isteri Adam dan mereka membawa haluan masing namun masih berkawan baik. Dalam hati mereka berdua telah timbul perasaan sayang dan mereka berdua makin gembira bila balik ke Malaysia. Tak lama kemudian Kay bekerjasama dengan kakak Adam untuk satu projek. Namun sesuatu telah terjadi dan menyebabkan Kay berasa bersalah pada kakak Adam. Rupa - rupanya hasil kerja Kay telah disabotaj dan semua ini angkara Karlisha Zandra. Selain itu Kay juga sering keluar bersama Adam dan keluarga Kay berasa teruja dan ingin berkenalan dengan Adam kerana mereka merasakan Kay ada hati pada Adam Putra itu. Keadaan mula menjdi rumit apabila nenek Adam Putra tiba - tiba pulang ke Malaysia secara mengejut dan menyebabkan Adam terpaksa menyuruh Kay berlakon sekali lagi sebagai isterinya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Adakah Kay sanggup berlakon dan menipu nenek Adam sekali lagi? atau rahsia mereka terbongkar?.

Read More

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan, PRU14, Perdana Menteri Malaysia Ke -7, Tun Dr Mahathir Mohamad, Kerajaan Malaysia 2018, List, Politik Malaysia, Terkini, Info Berguna,
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 - Pakatan Harapan

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018 telah diumumkan, moga semuanya dipermudahkan dan Malaysia bertambah maju, aman dan damai. Amin..Boleh klik gambar diatas untuk besarkan dan lihat lebih jelas.



Read More

20 Mei 2018

Drama Nur Episod 1 Hingga 4 - Samarinda TV3




Nur, Drama Nur, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Nur, Episod 1 Hingga 4, Sinopsis Drama Nur Episod 1 Hingga Episod 4, Pelakon Drama Nur, Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah, 2018,
Sinopsis Drama Nur Episod 1 Hingga 4 (Samarinda TV3)

Sempena bulan Ramadan ini, stesen TV berlumba - lumba menyiarkan drama terbaik, salah satu drama yang aku layan adalah drama Nur yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakon drama Nur ini adalah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Raja Muhd Atiqullah dan ramai lagi. Aku suka drama Nur ini sebab jalan ceritanya menarik, islamik gitu dan banyak memberi pengajaran, kiranya drama ini memang sesuai sangat disiarkan pada bulan ramadan yang mulia ini. Apa pun jom baca rangkuman sinopsis drama Nur dari episod 1 hingga episod 4 di bawah ini okey.

Sinopsis Drama Nur Episod 1 Hingga 4 (Samarinda TV3)

Mengisahkan Adam yang merupakan ustaz muda yang baru pulang dari Jordan, kepulangannya disambut meriah oleh ahli keluarganya. Adam sememangnya popular dan dikenali ramai kerana ilmunya dan juga rupa parasnya yang kacak serta merupakan anak kepada penceramah bebas yang cukup terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam agak tertekan dengan sikap kakaknya Aishah yang cuba mengatur kehidupannya, malah kakak dan ibunya juga beria - ria menginginkan Adam berkahwin dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Qhadeeja sudah lama ada hati dengan Adam sejak mereka masih bersekolah lagi dan kini sangat gembira apabila bakal menjadi isteri Adam tak lama lagi. Berbeza dengan Adam yang terpaksa bersetuju dengan permintaan ibu dan kakaknya untuk berkahwin dengan Qhadeeja. Malah Adam juga terkilan apabila keluarganya pergi merisik Qhadeeja tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Qhadeeja cuba mengambil hati Adam supaya Adam tidak berasa kekok dengannya, namun kadangkala Qhadeeja keliru dengan sikap Adam yang kadangkala melayannya dengan baik namun adakalanya Adam bersikap dingin dengannya. Selain itu rakan sekerja Dr Qhadeeja iaitu Dr Mukhriz kelihatan menaruh hati pada Dr Qhadeeja.



Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Nur ingin berubah menjadi lebih baik serta berhenti dari menjadi pelacur namun dihalang oleh ibunya yang juga pelacur, Adam telah ternampak Nur ketika Nur berada di kawasan masjid, namun Nur cepat - cepat melarikan diri. Adam berasa keliru dengan tindakan Nur dan akhirnya memutuskan untuk pergi mencari Nur. Adam kemudian terkejut apabila terserempak dengan Nur di satu kawasan yang menjadi sarang maksiat. Nur yang ternampak Adam terus melarikan diri buat kali kedua, Adam makin keliru dengan tindakan dan identiti Nur jadi Adam cuba lagi mencari Nur dan kali ini Adam ternampak Nur namun Nur tidak perasan akan Adam. Selepas itu Adam cuba mengekori Nur dan terkejut melihat Nur solat subuh di satu sudut dekat sebuah lorong yang sunyi. Hal tersebut membuat Adam makin keliru dan tidak dapat melupakan Nur dari fikirannya itu. Dalam hal yang lain, suami Aishah yang merupakan abang ipar pada Adam iaitu 
Ustaz Syed Hamadi telah menyalahgunakan duit untuk rumah anak yatim demi kepentingan dirinya sendiri. Malah Syed Hamadi ini hanya berpura - pura baik dan merupakan pelanggan tetap ibu Nur dan kemudian beralih pada Nur pula.

Namun Nur bernasib baik apabila Syed Hamadi terpaksa bergegas pulang setelah mendapat panggilan telefon isterinya Aishah. Aishah telah mempersoalkan dan bertanyakan tentang kebenaran mengenai duit yang tidak dibayar pada pekerja di Darul Mukhsin yang merupakan rumah anak yatim. Namun Syed Hamadi menafikannya dan mula marah - marah. Dia kemudiannya bergegas ke rumah Nur semula, namun Nur tiada di rumahnya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Read More


My Random Post