15 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Syahadah Terakhir (Cerekarama TV3)

Syahadah Terakhir, Telemovie, Telefilem, Telemovie Syahadah Terakhir, Cerekarama, TV3, Sinopsis Syahadah Terakhir, Cerekarama Syahadah Terakhir, Pelakon Telemovie Syahadah Terakhir, Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Erry Putra, Harun Hashim, Zalfa Zin, JS Pictures, Ending,
Sinopsis Telefilem Syahadah Terakhir - Cerekarama TV3

Telemovie Syahadah Terakhir ini akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 14 April 2018 ini. Antara Pelakon Telemovie Syahadah Terakhir ini adalah Zahiril Adzim, Nina Iskandar, Erry Putra, Harun Hasim, Zalfa Zin dan ramai lagi. Manakala pengarah telefilem Syahadah Terakhir ini adalah Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis telemovie ini memang nampak menarik jalan ceritanya, penuh pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat membaca okey.



Sinopsis Telemovie Syahadah Terakhir - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga kecil yang bahagia. Pak Yusuf sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Razlan dan Rafidah. Pak Yusuf memanjakan anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Namun selepas pemergian isterinya yang tercinta, kehidupan anak beranak itu mula dilanda masalah. Selepas kematian isterinya, Pak Yusuf menumpang rumah anaknya secara bergilir. Oleh kerana, kerenahnya yang cerewet, ia menguji kesabaran Zaidi, suami kepada Rafidah. Pak Yusuf mula membanding - bandingkan harta Rafidah dengan Zaidi. Dia mula mengatur kehidupan Rafidah dan menyebabkan Rafidah tersepit di antara bapanya dan juga suaminya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Gambar di atas credit to Instagram ninaiskandar_fc

Banner Bisnes Bakeri, Bakery, Ebook, Ilmu, Perniagaan Bakeri, Buat Kek, Biskut,
Read More

13 Apr 2018

Review Jumanji : Welcome To The Jungle

Jumanji 2, Jumanji : Welcome To The Jungle, English Movie, English Film, Movie Review, English Movie Review, Review - Jumanji : Welcome To The Jungle, Sinopsis Jumanji 2, Ending, Adventure, Best Movie, Jumanji Welcome To The Jungle Cast, Pelakon, Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain, Genre, Aksi, Fantasy, Friendship, 2017, Review By Miss Mulan, Blog Dari Hati Miss Mulan,
English Movie Review - Jumanji : Welcome To The Jungle

Aku tertarik untuk menonton filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini disebabkan banyak positif review mengenai filem ini, plus ianya sequel filem Jumanji yang terdahulu kot, so conform mesti best punya hehe. Lama juga masa yang diorang ambil untuk buat sequel filem Jumanji ini sebab filem Jumanji yang pertama release pada tahun 1995 kalau aku tak silaplah, manakala filem sequelnya release pada tahun 2017, malah barisan pelakon filem ini juga memang best dan mantap. Antara Pelakon Filem Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Morgan Turner, Nick Jonas, Alex Wolff, Madison Iseman, Ser Darius Blain dan ramai lagi. Jalan cerita filem Jumanji Welcome To The Jungle ini juga up to date dan disesuaikan dengan zaman kini. Kalau movie Jumanji yang pertama itu, macam - macam binatang dan juga orang yang keluar dari board Jumanji tu tapi untuk yang sequel movie ini, pemain yang disedut masuk dalam game Jumanji itu, siap boleh pilih avatar mana yang disukai lagi. Apa pun filem ini memang kelakar habis, aku yang jenis susah nak gelak ni pun boleh tergelak melihat telatah dan kerenah watak - watak utama filem ini seperti Dr. Smolder Bravestone lakonan Dwayne Johnson, Prof Shelly Oberon lakonan Jack Black, Franklin Mouse lakonan Kevin Hart, Ruby Roundhouse lakonan Karen Gillan.



Terhibur aku melihat lakonan Kevin Hart dan Jack Black yang kelakar habis tu. Ikutkan kesian juga pada watak Bethany yang originalnya seorang perempuan yang lawa, tapi dah tersalah pilih avatar dan membuatkan dirinya sukar untuk menyesuaikan dirinya. Selain itu aku suka juga dengan Nick Jonas dalam filem ini sebab comel sangat hehe. Selain itu jalan cerita movie Jumanji ini juga senang nak faham dan yang paling penting bersambung dengan Jumanji yang terdahulu, kiranya penonton nampaklah perkaitan dan hubung kait Jumanji sekarang dengan Jumanji yang terdahulu. Pujian juga buat semua pelakon filem ini kerana berjaya melakonkan watak masing - masing dengan berkesan. Jalan ceritanya disusun cantik dan membuatkan penonton juga seolah - olah turut berada dalam dunia Jumanji itu hehehe. Ending Jumanji : Welcome To The Jungle ini adalah happy ending gitu, apa pun aku suka dengan filem ini dan aku bagi 9/10 Bintang untuk filem ini, jom tengok juga sinopsis movie ini di bawah ye.

 Sinopsis Jumanji : Welcome To The Jungle (Jumanji 2)

Four high school kids discover an old video game console and are drawn into the game's jungle setting, literally becoming the adult avatars they chose. What they discover is that you don't just play Jumanji - you must survive it. To beat the game and return to the real world, they'll have to go on the most dangerous adventure of their lives, discover what Alan Parrish left 20 years ago, and change the way they think about themselves - or they'll be stuck in the game forever.

Gambar di atas credit to imdb.com

Read More

12 Apr 2018

SPM Result Giveaway

SPM Result Giveaway By Abam Kie, Peserta, Pemenang, Kuiz, Teka, Aggregat SPM,
Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 15 Mac 2018 lalu, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Result Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Domain DotCom X 1 pemenang
Hadiah Kedua: Kopi Pak Belalang X 2 pemenang
Hadiah Ketiga: Tudung X 1 pemenang
Hadiah Keempat: Novel Baharu X 3 pemenang
Hadiah Kelima: RM20 X 1 pemenang
Hadiah Keenam: RM10 X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: Topup RM10 X 4 pemenang
Hadiah Saguhati: Topup RM5 X 2 pemenang untuk peserta terawal dan terakhir!

Kesemuanya 15 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

2. Follow instagram berikut

3. Like Facebook berikut:

4. Follow Google Plus berikut:

5. Langgan saluran YouTube * Pokucu *

6. Buat entri bertajuk 'SPM Result Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Cuba teka berapa unit/aggregat yang Abam Kie perolehi semasa menduduki SPM tahun 1990 lalu. Sebagai 'clue', Abam Kie dapat Pangkat 1 (6 - 24 unit). Jadi pandai2lah teka, ye? Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat. Sekiranya lebih daripada seorang peserta membuat tekaan yang tepat, maka peserta terawal akan memenangi hadiah berkenaan diikuti oleh peserta seterusnya. Pemenang seterusnya akan dipilih berdasarkan tekaan yang hampir tepat.

9. Terbitkan.

10. Tinggalkan pautan entri giveaway dan tekaan anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Jika nak join GA ini sila klik di SINI atau banner di atas. Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 22 April 2018. SEKIAN. TERIMA KASIH.

Jawapan saya - 11 Unit / aggregat




Read More

11 Apr 2018

Sinopsis Novel Mr Grey

Novel Mr Grey, Novelis Syamnuriezmil, Drama Mr Grey, Astro Ria, MegaDrama, Mr Grey Cast, Pelakon Drama Mr Grey, Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Cover Novel Mr Grey,
Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Novel Mr Grey karya novelis Syamnuriezmil telah diadaptasikan menjadi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria. Drama Mr Grey akan menggantikan drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang telah tamat episodnya pada 5 April 2018 yang lalu. Pelakon Drama Mr Grey ini terdiri daripada Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi dan ramai lagi. Jom tengok sinopsis novel Mr. Grey ini di bawah ye, selamat membaca.



Sinopsis Novel Mr Grey Karya Syamnuriezmil

Setia itu mahal yang tak mampu dipertahankan oleh orang murahan.
Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”

“Saya...”

“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”

“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”

Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.

“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA

“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY



Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.

Saat diulit bahagia...

Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.
“Abang nak minta maaf. It’s not you, it’s me.” – MR. GREY
Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?
“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM
“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA
Ya, hidup itu memang kelabu. Tapi, kita selalu ada pilihan...

Gambar di atas credit to goodreads
Banner Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan, Ebook, Tips, Cara, Panduan,
Read More

10 Apr 2018

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai

Zara Zya Dan Hafreez Adam Saling Mencintai, Biodata Zara Zya, Biodata Hafreez Adam, Profil, Details, Pelakon, Drama Monalisa, Drama Puteri Malam,
Pelakon Drama Monalisa Zara Zya dan Hafreez Adam Bercinta

Drama Monalisa yang menggandingkan Zara Zya dan Hafreez Adam membuatkan mereka rapat dan akhirnya bercinta. Baguslah moga - moga kekal hingga ke jinjang pelamin gitu. Aku dah pernah melihat drama lakonan mereka berdua yang dulu sebelum drama Monalisa ini, iaitu drama Puteri Malam yang turut membabitkan pelakon Ungku Hariz dan Puteri Chichi. Tak sangka pula Drama Monalisa ini yang akhirnya membuat diorang bercinta hehe. Baguslah mereka berdua ini tak sorok kisah percintaan mereka ini dari wartawan mahu pun peminat, cool je mengaku bercinta. Berbanding artis lain yang cuba coverline dan tak mengaku tapi bila berpisah barulah kecoh dan heboh hehe. Alang - alang tengah bercerita pasal Zara Zya dan Hafreez Adam ini, jom tengok biodata diorang di bawah ini okey.



Biodata Zara Zya

Nama Penuh: Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin
Nama Komersial: Zara Zya
Tarikh Lahir: 22 Oktober 1985
Umur: 33 Tahun (2018)
Asal: Lenggong, Perak
Kerjaya: Pelakon, Usahawan, Pengacara dan Penyanyi
Pendidikan: ASWARA (Akademi Seni Warisan Negara)
Keluarga: Anak Bongsu daripada 4 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Love You Mr Arrogant (2013)
Senarai Drama Lakonan Zara Zya: Puteri Malam, Tanah Merah, Zahira, Delina, HidayahMu Ramadan, Kasih Malisa, Tuan Anas Mikael, Cinta Hati Abah, Duda Terlajak Laris, Kerana Anisa, My Sweet Lavender, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Zara Zya: Love You Mr Arrogant Raya, Isteriku Bukan Tukang Masak, Minah Gangster, Hujan Malam Itu, Takdir Yang Terhenti, Trauma, Cupid dan banyak lagi.
Filem : Filem pertama Zara Zya bertajuk Rembat
Penyanyi: Single Pertama Zara Zya bertajuk Tiada Dendam
Program TV: Pengacara Diari Kilauan Emas Otai (Astro Prima) 2016
Anugerah dan Pencapaian 
- Artis Top Top MeleTOP (Wanita) & Artis Baru MeleTOP Dalam Anugerah MeleTOP Era 2014
- Hero-Heroin Pilihan (bersama Azlee Khairi) Dalam DFKL2014
- Artis Baru Wanita Popular & Gandingan Serasi di Layar (bersama Azlee Khairi) Dalam ABPBH27
- Pelakon Wanita Terbaik Menerusi Drama Tuan Anas Mikael Dalam Anugerah Telenovela 2016

Biodata Hafreez Adam

Nama Penuh: Hafreez Adam Aizat bin Zahalan
Nama Komersial: Hafreez Adam
Tarikh Lahir: 10 Jun 1990
Umur: 28 Tahun (2018)
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon & Peragawan 
Keluarga: anak kedua daripada 3 orang adik beradik
Populariti: Mula popular menerusi Drama Bila Hati Berbicara (2014)
Senarai Drama Lakonan Hafreez Adam: Puteri Malam, Tanah Merah, Bila Hati Berbicara, Hati Perempuan, Tersuka Tanpa Sengaja, Pengantinku Jatuh Dari Langit, Shh I Love You, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Gantung, Monalisa dan banyak lagi.
Telemovie Lakonan Hafreez AdamSeteguh Kasih Ibunda, Kakak, Talak, Ini Jalan Kita, Abang Haji, Isteriku Ms Sally, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan banyak lagi.
Filem: Qadr, Juvana 2, Juvana 3, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi
Anugerah & Pencapaian
Finalis Hero Remaja 2012 (seangkatan dengan Fattah AminSyafiq KyleHafidz RoshdiNazrief NazriBen Amir, Ben Ali serta Saharul Ridzwan)
Winner of Projek X by Annas Edykey
Pemenang Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 28 (2015)
Percalonan Telenovela Pelakon lelaki Popular 10 Teratas-Pengantinku Jatuh Dari langit(2017)

Gambar di atas credit to Sinar Harian
Read More

8 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Telemovie, Telefilem, Sayang Suria, Telemovie Sayang Suria, Sinopsis Sayang Suria, Cerekarama, TV3, Sayang Suria Cast, Pelakon Telemovie Sayang Suria, Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim,
Sinopsis Telefilem Sayang Suria Slot Cerekarama TV3

Telemovie Sayang Suria akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 7 April 2018 ini, walaubagaimanapun telemovie Sayang Suria ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan pada Ogos 2015 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Sayang Suria ini adalah Janna Nick, Hafeez Mikail, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Marisa Yasmin, Eizlan Yusof, Nabila Huda, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Jesse Lim dan ramai lagi. Telemovie Sayang Suria ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini dibawah ye. Selamat membaca..



Sinopsis Telemovie Sayang Suria - Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Suria (lakonan Janna Nick), yang merupakan pelajar baru di semester pertama tapi Suria tidak mempunyai kawan kerana kawan - kawannya menganggap dirinya pelik. Suria sebenarnya mengidap SLE sejenis lupus - penyakit kronik di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Suria kemudiannya berkenalan dan bersahabat dengan Rykal (lakonan Hafeez Mikail) yang juga pelajar baru tapi berlainan fakulti. Persahabatan mereka membibitkan cinta namun ditentang oleh Sufi (lakonan Marisa Yasmin) yang merupakan mama Rykal kerana menganggap mereka masih muda. Rykal memberontak dan mengajak Suria untuk berkahwin. Kemudian kedua pasangan ini lari dan bernikah pada Semester 2. 

Dengan kehilangan mereka berdua, ibu bapa mereka berusaha untuk menjejaki mereka. Masalah kesihatan Suria semakin melarat hingga dia terpaksa dibawa ke hospital. Pihak keluarga mereka akhirnya dapat mengesan Suria dan membawanya pulang. Rykal kemudian dipaksa untuk menceraikan Suria, perkahwinan mereka dibubarkan dan keduanya terpisah. Rykal kemudiannya membawa diri ke luar negara. Selepas 7 tahun, mereka berdua akhirnya bertemu secara tidak sengaja, tetapi Rykal sudah pun ada bakal isteri yang bernama Nur Izara (lakonan Faye Kusairi). Manakala Suria pula masih hidup bergantung dengan ubatnya dan dia menjadi jurucakap untuk "hidup positif" dan Suria juga diminati Rash (lakonan Hafreez Adam). Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kebahagiaan akan menjadi milik Suria dan Rykal?. 

Gambar di atas credit to Instagram sarimahsarif
Read More

7 Apr 2018

Ending Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Sinopsis Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Ending Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Trending, Final Episod Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Episod 16, Minggu Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Fadlan Hazim, Ruhainies, Haleeda, Watak Dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Athea, Hazran, Bella, Azam, Qayyum, Qaleef, Poster Drama, 2018,
Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Akhirnya tamat sudah drama kegemaran ramai ini iaitu drama Tak Ada Cinta Sepertimu lakonan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson. Ending drama ini memang dah dijangka dan ianya happy ending hehehe. Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu trending di Twitter dan ramai yang suka dengan ending drama ini, plus ada banyak sweet moment antara Hazran dan Athea gitu. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama ini di bawah ye.



Sinopsis Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Hazran kemalangan dan Athea datang ke hospital bersama mak dan ayah Hazran, Hazran kemudiannya hilang ingatan. Mak Hazran kemudiannya membawa Hazran pulang ke kampung dan membuatkan Athea keliru dan salah sangka. Athea menyangka mak Hazran menyalahkan dirinya yang menjadi penyebab Hazran kemalangan. Athea sedih, menangis dan meluahkan rasa hatinya pada sahabat baiknya. Tak lama kemudian adik Hazran iaitu Yus datang ke rumah Athea dan memberitahu perkara sebenarnya supaya Athea tidak salah faham. Mak Hazran tidak menyalahkan Athea sebaliknya ingin Hazran pulih dan berehat sepenuhnya di kampung. Athea meneruskan hidupnya seperti biasa dan dalam masa yang sama asyik tertanya - tanya dengan keadaan Hazran di kampung. Azam masih datang mengganggu Athea dan meminta Athea menerimanya semula, suatu hari Athea terkejut melihat mak dan ayah Hazran ada di rumahnya. Athea turut terkejut melihat Hazran dah sembuh sepenuhnya, mak Hazran turut bertindak menerangkan segalanya pada Athea supaya Athea faham dan memaafkan Hazran. 
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Sinopsis Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Ending Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Episod Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Trending, Final Episod Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Episod 16, Minggu Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Fadlan Hazim, Ruhainies, Haleeda, Watak Dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Athea, Hazran, Bella, Azam, Qayyum, Qaleef, Poster Drama, 2018, Hazran Dan Athea Kahwin,
Qayyum turut memberi warning pada Hazran supaya tidak membuat ibunya menangis lagi dan memberi satu peluang pada Hazran untuk membawa ibunya keluar makan malam dan memujuknya ibunya itu. Kemudian Athea dan Hazran keluar makan malam dan tanpa membuang masa Hazran terus melamar Athea untuk menjadi isterinya. Azam kemudiannya menelefon Athea dan Hazran yang menjawab panggilan tersebut dan akhirnya Azam tahu Athea dan berbaik semula dengan Hazran dan peluangnya sudah tertutup. Tak lama kemudian Athea dan Hazran kahwin, yeay happy ending. Athea kelihatan jelita dengan baju nikahnya itu begitu juga Hazran yang handsome hehe. Apa pun drama ini memang best dan gandingan Syafiq Kyle dan Zahirah Macwilson juga serasi dan sweet.

Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah Klik link di bawah ye..
Gambar - gambar di atas credit to Instagram Team Rehal Nuharis
Read More

6 Apr 2018

Tak Ada Cinta Sepertimu Episod 13 Hingga 15

Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Minggu Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Fadlan Hazim, Ruhainies, Haleeda, Watak Dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Athea, Hazran, Bella, Azam, Qayyum, Qaleef, Poster Drama, 2018,
Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Diam tak diam dah nak masuk episod akhir dah Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle sebagai Hazran, Zahirah Macwilson sebagai Athea, Fadlan Hazim sebagai Azam. Dalam episod 13 hingga episod ke 15 drama ini, agak seronok juga bila mak Hazran campur tangan dalam hubungan Athea dan Hazran ini. Athea masih jual mahal lagi dengan Hazran, hope bila Hazran dah kemalangan ini, Athea akan sedar tentang perasaannya yang sebenar pada Hazran dan seterusnya menerima Hazran dan happy ending hehehe. Apa pun jom tengok Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu ini di bawah ye.



Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu

Athea sedikit terkejut bila mendengar suara Hazran di telefon, dia yakin kawan baiknya yang memberikan nombor telefonnya pada Hazran. Seterusnya Hazran pergi ke sekolah Qayyum dan Qaleef dan kemudian mengekori kereta Athea dari belakang dan akhirnya Hazran dapat tahu dimana Athea dan anak - anaknya tinggal. Athea sedar Hazran pasti akan muncul di depannya tak lama lagi dan dirinya mula resah. Tak lama kemudian, Hazran memberanikan diri pergi ke rumah Athea, namun Athea tidak ada di rumah, tapi jiran Athea membenarkan Hazran masuk ke rumah untuk berjumpa dengan bapa Athea. Kemudian Athea nampak kereta Hazran dan yakin Hazran berada di rumahnya sekarang dan Athea kemudiannya menyuruh Hazran supaya jangan menganggunya lagi dan jangan datang ke rumahnya juga. Namun Hazran tidak mempedulikan amaran Athea, malah terus - menerus datang ke rumah Athea untuk menjaga ayah Athea serta berjumpa dengan Qaleef dan Qayyum. Kelihatan Qaleef dan Qayyum sangat gembira apabila Hazran sering datang ke rumah mereka. Malah bapa Athea juga suka dengan Hazran cuma Athea saja yang masih berdegil dan berkeras untuk menerima cinta Hazran. Dalam masa yang sama, Azam masih gagal mencari Athea, malah kawan baik Athea juga enggan menolong Azam.

Mak dan ayah Hazran sedar yang Hazran sangat menyayangi Athea, cuma kelihatan Athea yang enggan menerima Hazran. Hal tersebut membuatkan mak Hazran tidak begitu sukakan Athea kerana memperlakukan anaknya sedemikian rupa. Yus adik Hazran akhirnya mendapat satu idea dan berpakat dengan ibu dan ayahnya untuk menolong Hazran supaya dapat berkahwin dengan Athea, sekaligus membolehkan mak mereka mengenali Athea dengan lebih dekat lagi. Mak dan ayah Hazran kemudiannya menyamar sebagai jiran baru Athea dan cuba berbaik - baik dengan Athea. Hazran terpaksa berpura - pura tidak mengenali mak dan ayahnya itu bila datang ke rumah Athea. Kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya oleh mak Hazran untuk memerhatikan gerak geri dan perangai Athea yang sebenarnya. Hari demi hari kelihatan mak dan ayah Hazran makin menyukai Athea, malah Hazran tetap cuba untuk meminta Athea menerimanya, namun Athea tetap berkeras kerana dia tidak mahu dilukakan lagi buat kali ketiga. Malah Athea juga yakin yang mak Hazran tak akan dapat menerimanya sebagai menantu. Tak lama kemudian, Azam tiba - tiba muncul di depan rumah Athea dan Athea membenarkan Azam masuk ke rumahnya. Azam menginginkan Athea kembali dalam hidupnya.
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Drama Adaptasi Novel, Astro Ria, Sinopsis Episod 13 Hingga Episod 15 Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Minggu Akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Novel Tak Ada Cinta Sepertimu, Pelakon Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Fadlan Hazim, Ruhainies, Haleeda, Watak Dalam Drama Tak Ada Cinta Sepertimu, Athea, Hazran, Bella, Azam, Qayyum, Qaleef, Poster Drama, 2018,
Athea tidak mahu ada kaitan lagi dengan Azam dan menyuruh Azam pulang saja, Azam berkeras dan cuba memaksa Athea untuk menerimanya semula. Mak Hazran muncul tepat pada masanya dan menghalau Azam pergi. Qayyum berasa marah bila dapat tahu yang Azam datang ke rumah mereka, dia juga turut marahkan Athea kerana melayan Azam itu dengan baik. Qayyum kemudian keluar dari rumah untuk ke rumah Hazran dan akhirnya terserempak dengan Hazran di tepi jalan. Hazran berjaya memujuk Qayyum untuk pulang ke rumah dan menasihati Athea untuk cuba lebih memahami Qayyum. Dalam masa yang sama Hazran berasa risau dengan penerimaan Athea mengenai penyamaran mak dan ayahnya itu, Hazran risau Athea marahkannya kerana dirinya dan keluarga telah menipu Athea. Mak Hazran ingin mengetahui perasaan sebenar Athea pada anaknya itu, dan cuba mengaturkan satu rancangan dengan berpura - pura ingin menjodohkan Athea dengan anak saudaranya. Athea akhirnya mengaku yang dirinya menyukai Hazran dan ingin meminta kebenaran Hazran untuk pergi berjumpa dengan anak saudara mak Hazran itu. Hazran berpura - pura tidak kisah dan membenarkan Athea pergi. Ketika Athea menunggu anak saudara mak Hazran itu di sebuah restoran, Hazran yang muncul dan Hazran ingin berterus - terang apa sebenarnya yang terjadi pada Athea.

Namun belum sempat dirinya memberitahu kebenaran, Azam telah menelefon Athea dan membocorkan segala rahsianya. Athea sedih dan berasa tertipu lalu pulang ke rumahnya, kemudian Athea mendapat panggilan telefon yang mengatakan Hazran kemalangan. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Malam ini adalah episod ke 16 drama ini dan merupakan episod akhir Drama Tak Ada Cinta Sepertimu.

Bagi yang nak baca sinopsis episod - episod awal drama ini, bolehlah Klik link di bawah ye..
Gambar - gambar di atas credit to Instagram Team Rehal Nuharis
Read More

4 Apr 2018

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends, Blogger Giveaway, 2018, Hadiah, Peserta, Blog,

Seperti biasa, hari ini aku nak join Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends. Tarikh tamat giveaway ini adalah pada 9 April 2018. Kalau korang nak join giveaway ini, silalah klik Banner di atas okey. Banyak hadiah menarik yang menanti pemenang bertuah, wish me luck okey hehe.




Read More

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa

Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa, Segmen Bloglist,

Today aku nak join Segmen: Making A Blog List by Blog Siqahiqa, tarikh tamat segmen ini adalah 3 Mei 2018. Kalau korang nak join segmen ini juga bolehlah klik Banner di atas tu ye. Rugi kalau tak join segmen ini sebab semua peserta akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Siqahiqa, malah ada hadiah misteri gitu untuk seorang pemenang bertuah.





Read More

1 Apr 2018

Sinopsis Telemovie Aku Nazmi (Cerekarama TV3)

Aku Nazmi, Telefilem, Telemovie, Telefilem Aku Nazmi, Cerekarama, TV3, DFKL2018, OKU, Watak, Nazmi, Ilya, Pelakon Telemovie Aku Nazmi, Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah, 2018, Sinopsis Aku Nazmi,
Sinopsis Telefilem Aku Nazmi - Cerekarama TV3

Telefilem Aku Nazmi akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 31 March 2018 ini sempena DFKL (Drama Festival Kuala Lumpur) 2018 nanti. Antara Pelakon Telemovie Aku Nazmi ini adalah Jay Iswazir, Ayda Jebat, Sheila Rusly, Dayana Roza, Fathi Shafie, Noralbaniah dan ramai lagi. Telemovie Aku Nazmi ini diarahkan oleh Azman Hj Yahya dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Kalau tengok dari jalan cerita telemovie ini, memang nampak best gitu, plus pelakonnya juga best - best belaka. Dah lama juga tak tengok Sheila Rusly ni berlakon kan, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat membaca okey



Sinopsis Telemovie Aku Nazmi - Cerekarama TV3

Mengisahkan Nazmi (lakonan Jay Iswazir) yang juga orang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan online dengan bantuan sepupunya yang bernama Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya yang bernama Ilya (lakonan Ayda Jebat). Ilya merupakan seorang gadis yang pekak dan bisu. Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya dan ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi, tetapi puan Juha (lakonan Sheila Rusly), ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka berdua. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya menjadi isterinya?.

Gambar diatas credit to Instagram Jay Iswazir
Read More


My Random Post