13 Apr 2017

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3

Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie), Filem Korea, Korean Movie, Korean Film, Filem Seram, Pelakon Filem Horror Stories 1, 2 & 3, Hantu, Go Kyung Pyo,
Horror Stories 2 VS Horror Stories 3 (Korean Movie)

Akhirnya aku dah menonton ketiga - tiga siri filem Horror Stories ini bermula dengan filem Horror Stories yang release pada tahun 2012, diikuti filem Horror Stories 2 pada tahun 2013 dan Horror Stories 3 yang release pada tahun 2016. Jadi bila dah tengok ketiga - tiga siri filem ini, barulah boleh buat perbandingan, filem mana yang paling best, betul tak?. Pada pendapat aku, kalau disuruh pilih filem mana yang paling best, aku akan pilih filem yang pertama iaitu Horror Stories (2012) sebab filem yang pertama mengandungi himpunan kisah seram yang menarik dan best berbanding yang kedua mahupun yang ketiga. Manakala Filem yang paling kurang best sekali adalah Horror Stories yang kedua kerana himpunan jalan ceritanya kurang seram, tak logik dan merapu. Untuk yang ketiga pula jalan cerita kesemua kisah seramnya boleh tahan tapi masih tak boleh lawan yang pertamanya.
Kalau tengok pada tempoh masa kesemua filem ini release, kita dapat melihat jarak masa yang dekat antara Horror Stories pertama dan kedua manakala yang ketiga mengambil masa agak lama dalam 3 tahun, barulah release yang ketiganya.

Dalam entry ini aku tak akan sentuh banyak pasal Filem yang pertamanya sebaliknya aku fokus untuk filem yang kedua dan ketiga. Filem Horror Stories 2 dibarisi oleh pelakon best dan popular iaitu Sung Joon, Lee Soo Hyuk, Park Sung Woong, Baek Jin Hee, Kim Seul Gi, Go Kyung Pyo, Kim Ji Won dan ramai lagi. Filem Horror Stories 2 ini mengandungi 4 kisah seram bermula dengan kisah di antara Se Young dan Manager Park yang bekerja di Syarikat Insurans, kedua - dua mereka berdua berbual - bual tentang kes - kes pelik tuntutan insurans yang mencurigakan. Kisah kedua adalah kisah 2 kawan baik yang jatuh dari tebing namun terselamat, walaubagaimanapun kedua - dua mereka terperangkap disitu dan hanya mampu menunggu bantuan tiba. Persahabatan mereka diuji apabila kedua - dua mereka berebut satu coklat dan menyebabkan salah seorang dari mereka mati. Kisah ketiga pula menceritakan tentang tiga wanita muda yang gagal dalam exam lalu mereka bertiga cuba untuk bergembira dengan bersiar - siar dan bermalam di sebuah Villa di yang berdekatan dengan gunung. Walaubagaimanapun mereka mengalami kemalangan dan cedera, lalu mereka bertiga memutuskan untuk berjalan dan terjumpa sebuah rumah. Kisah seram yang keempat adalah mengenai Byeong Shin yang merupakan seorang guru pelatih. Dirinya telah dimalukan oleh pelajarnya ketika hari pertama dia mengajar.

Akibat terlalu malu, Byeong Shin cuba untuk bunuh diri tapi gagal kerana dia takut dan kemudian dia berjumpa dengan Tan Hee yang merupakan salah seorang pelajar disitu yang obses dengan ilmu hitam. Byeong Shin cuba mengikut nasihat Tan Hee untuk cuba ke dunia lain dengan melakukan satu ritual di dalam lif dan akhirnya dirinya terperangkap di dalam dunia lain dan sukar untuk kembali. Dalam keempat - empat kisah seram yang ada dalam Horror Stories 2 ini, satu pun tidak seram, Kisah pertama langsung tak seram, kisah kedua sangat tak seram, kisah ketiga biasa saja dan kisah keempat paling mengarut, gila dan tak masuk akal hehehe. Kesian dekat pelakon Go Kyung Pyo yang berlakon dalam kisah ke-4 yang sangat merapu itu. Pendek kata, Horror Stories 2 memang tak best dan aku bagi 4 Bintang dari 10 Bintang. Manakala Horror Stories 3 juga turut mempunyai 4 kisah seram dan kesemua kisah tersebut dimulakan dengan zaman dahulu diikuti dengan zaman kini dan juga zaman akan datang. Pelakon - pelakon untuk siri ketiga ini boleh tahan juga cuma tidaklah sepopular seperti pelakon - pelakon lain di dalam siri pertama dan kedua itu. Antara pelakonnya terdiri daripada Im Seul Ong, Kyung Soo Jin, Park Jung Min, Hong Eun Hee, Lee Jae In dan ramai lagi. 

Kisah seram pertama mengisahkan seorang kanak - kanak perempuan yang bukan manusia yang berada di suatu planet. Dirinya seorang yang terselamat dan meminta pertolongan dari robot untuk mengizinkan dirinya tinggal disitu. Kisah kedua pula berlatarbelakangkan zaman dulu yang mengisahkan tentang Yi Sang dan Yoon Sung yang tersesat lalu bermalam di sebuah rumah yang didiami oleh seorang tua dan menantunya. Yi Sang yang cedera di kakinya mendapati kawannya Yoon Sung telah hilang, walaubagaimanapun dirinya telah dipaksa untuk bekerja bagi membayar kos bermalam disitu. Semakin lama disitu, Yi Sang mendapati pelbagai pelik yang berlaku disitu dan membuatkan dirinya cuba untuk melarikan diri. Kisah seram yang ketiga berlaku di jalan raya, dimana Soo Jin dan Dong Geun berada di highway ketika itu, kemudian mereka diganggu dengan seorang pemandu trak yang gila. Pemandu Trak tersebut cuba mengganggu mereka, memukul, mencederakan dan juga menculik mereka. Pemandu trak berkenaan terus - terusan cuba mengganggu mereka dengan pelbagai cara yang ekstrim. Kisah yang ke-4 bertajuk Hantu Mesin yang mengisahkan Ye Sun yang merupakan seorang ibu dan menggunakan robot khas yang bernama Dunko untuk menjaga dan menjadi teman pada anak lelakinya. Dunko dan anak Ye Sun sangat rapat, walaubagaimanapun suatu hari Dunko telah mengalami kerosakan yang teruk dan sukar dibaiki dan membuatkan Ye Sun terpaksa mematikan Dunko.

Ye Sun akhirnya mengambil robot baru untuk menggantikan Dunko, walaubagaimanapun hantu Dunko kembali dan cuba menuntut janji Ye Sun dan anaknya pada dirinya. Pada pendapat aku kisah robot - robot ini serta kisah budak yang berada di planet lain tu agak boring bagi aku, manakala kisah seram yang kedua di zaman dulu kala itu juga tidak seram pada aku. Tetapi kisah seram di jalan raya itu agak menarik bagi aku sebab terdapat plot twistnya, dimana pemandu trak tersebut mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya tu. Walaubagaimanapun Horror Stories 3 ini lebih okey sedikit berbanding Horror Stories 2 yang tak best dan merapu itu. Apa pun aku bagi 5.7 Bintang dari 10 bintang untuk siri yang ketiga ini.

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post