4 Feb 2017

Drama Korea Yang Aku Tengok Lebih Dari Sekali

Drama Korea Yang Aku Tengok Lebih Dari Sekali

Korean Drama Challenge Part 17, diam tak diam dah masuk part 17 pun, so kalau korang nak tengok part 1 sampai 16 tu, bolehla klik page kat atas sekali bawah header, yang tertulis All About Korean Drama. Kat page tu ada semua senarai dan kalau korang rajin boleh juga join sekali hehe. Soalan ke 17 berbunyi begini :- 17. A Kdrama That You've Watched More Than Once?.

Ikutkan aku jarang betul tengok drama korea lebih dari sekali sebabnya aku tengok online jer dan tak download pun drama - drama korea ni semua, so memang malas nak tengok kali kedua secara online kecuali kalau drama tersebut disiarkan di TV baru la aku layann, tapi tu pun tengok mood aku juga lah, selalunya memang aku malas juga nak tengok kat TV tu hehe. Lagipun kalau disiarkan di TV biasanya diorang akan potong drama tu jadi lebih pendek untuk dimasukkan iklan semua, tak pasal - pasal drama 16 episod boleh berubah jadi 28 episod hahaha contohnya macam kat TV9 tu.

Senarai Korean Drama kat bawah ni memang aku tengok lebih dari sekali mungkin berpuluh kali juga hehe

1) My Girl
-Aku memang angau betul dengan drama ni masa dulu2 tu sampai sanggup beli DVD Original Drama My Girl ni, bila dah ada DVD My Girl ni memang puas hati betul lah, sebab boleh tengok berulang kali, plus OST My Girl ni memang best sangat. Sekarang ni entah ke mana DVD tu pergi, hilang tak dapat dikesan pula kat rumah ni, malas pula aku nak selongkar satu rumah sebab drama tu dah lama kan, tapi seronok juga kalau sekali sekala layann kan.

2)My Girlfriend Is a Gumiho
- Okey sama juga macam My Girl tu, drama ni pun aku ada DVD nyer, so memang banyak kali juga laa aku ulang tengok drama korea ni, tak jemu pula tu, sweet betul miho dan dae wong tu. Jalan cerita juga best, lagu lagila syok dengar. Adegan sedih dalam drama ni memang buat aku menangis juga laa terutamanya masa episod 15 dan 16 tu. Walaupun happy ending tapi alangkah bestnya kalau diorang buat sequel kan.

3) Kill Me Heal Me
- Drama ni ada disiarkan kat TV, so aku layann lah kan, tapi boleh pula diorang pendekkan dari satu jam ke 40 minit jer.

4) The Master's Sun
- Ada tengok kat Tv juga, iaitu dekat channel ONE, tapi sekejap jerla sebab aku takde Astro Beyond yang boleh tengok HD punya channel. Sedih pula, sekarang semua main HD tau, takde duit nak langgan HD bagai ni.

5) I Hear Your Voice
- Tengok di TV juga

Teringin nak tengok Drama Goblin sekali lagi hehe, baru lepas tengok Goblin Special Part 1 & 2 : The Summoning.

Nampak tak, sikit jer drama yang aku ulang tengok, dalam 5 drama kat atas tu cuma 2 jer yang betul - betul aku tengok berulang kali.



1 ulasan:

  1. Hehehe...nak cerita jg lah kdrama yg cik ila tengok lebih dari sekali
    1. My girl - beli dvd
    2. Coffee prince - download
    3. Goblin - download.

    BalasPadam

My Random Post