31 Jan 2017

Penyanyi Bergabung Dalam Duo Star

Penyanyi Bergabung Berduet Dalam Rancangan Duo Star

Tak sangka dah masuk minggu akhir dah pertandingan nyanyian Duo Star yang menyaksikan dua penyanyi bergabung jadi duo dan berduet untuk setiap minggu. Penyanyi yang masuk Duo Star ni pun hebat - hebat belaka dan menyahut cabaran untuk menyanyi secara duet dan mencari keserasian antara mereka untuk menjadi pasangan duet yang terbaik dalam Duo Star ni. Apapun Duo Star ni disiarkan secara rakaman bukan secara langsung dan juri yang bertanggungjawab memberi markah dan membuat keputusan tentang siapa yang akan tersingkir, juri - juri Duo Star ni terdiri daripada Dato Hattan, Dato Acis dan Adibah Noor manakala pengacara atau Hos untuk Duo Star ini adalah Dato AC Mizal. Aku suka tagline program ini iaitu Berdua lebih letop dan kelihatan Ernie Zakri dan Syamel berpeluang untuk jadi juara sebab mereka tak pernah berada di kedudukan terbawah. Manakala Kaka dan Awi Rafael pula terpaksa berhempas pulas sebelum sampai ke final Apapun untuk tengok senarai peserta dan juga finalis boleh tengok kat bawah ni k.

Peserta Duo Star 2016

➔ Aweera & Asfan : (Tersingkir Minggu Ketiga)
➜ Ayai & Firman
➜ Erny Zakrie & Syamel
➔ Kaka & Awi Rafael
➔ Yassin & Ila Damia : (Tersingkir Minggu Kedua)
➔ Haiza & Epol Drama Band
➔ Ning Baizura & Harris Baba (Tersingkir Minggu Separuh Akhir)
➔ Ronnie Hussein & Sarah Fazny (Tersingkir Minggu Keempat)

Finalis Duo Star
➽ Ayai & Firman
➽ Erny Zakrie & Syamel
➽ Kaka & Awi Rafael
➽ Haiza & Epol Drama Band

Agak -agak korang kan, pasangan mana yang akan jadi Juara Duo Star tu?

1 ulasan:

  1. Erny Zakrie & Syamel. Sy x minat dorang, tp gabungan dorang meletoos

    BalasPadam

My Random Post