29 Nov 2016

The Legend of the Blue Sea - Drama Korea Popular


Hot Korean Drama - The Legend Of The Blue Sea 
Baru 4 episod tapi drama korea The Legend Of The Blue Sea ni dah dapat Rating yang tinggi gitu, mana tidaknya apabila dibintangi pelakon terkenal dan handsome seperti Lee Min Ho dan juga pelakon cantik Jun Ji Hyun haruslah rating tinggi kan. Drama ni pasal duyung gitu yang hidup kat zaman moden ni. Walaupun penonton ada yang tidak suka dengan drama ni tapi ada gak yang suka layann cite ni. Bagi aku not bad gak laa drama ni, menghiburkan gitu dengan sweet scene dan juga aksi kelakar yang banyak datang dari heroin cite ni. Bila tengok episod2 awal ni mengingatkan aku tentang drama My GF Is A Gumiho, walaupun jalan cerita berbeza tapi dari segi perwatakkan semua ada sikit persamaan laa, tu yang buatkan aku makin seronok layann drama ni. 
Ikutkan nak tunggu drama ni ada semua episod n then baru maraton tengok kan, tapi tak boleh sabar plak hahaha rasa nak tengok cepat hihi. Di episod awal ni dah ada beberapa pelakon yg jadi cameo yang best antaranya Krystal dan Cha Tae Hyun. Pada pendapat aku, diorang patut amik pelakon lain pegang watak jahat dalam cite ni sebabnya aku dah biasa sangat tengok pelakon tersebut berlakon dalam cite lain jadi baik semua hahaha, rasa mcm tak berapa okey bila tengok muka die lagi hahaha pastu pegang watak jahat plak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post