26 Mei 2016

Episod Akhir Duda Terlajak Laris

Tamat sudah drama Duda Terlajak Laris untuk Slot Akasia Tv3. Pasni tentu rindu dengan Zack, Inas dan Anis hehehe. Bagi aku drama ni bermula dengan baik, jalan cerita di permulaan memang sangat best. Namun bila masuk watak Idayu dah jadi sangat boring. Kemudian muncul Anis dan juga Inas / Pehah buatkan drama ni jadi lebih best sikit. Aku rasa kawan2 Zack dan juga pekerja2 Zack tu macam mengacau jalan cerita jer hahaha, bukan best or lawak sgt part diorang tu, better takde dari ada. Sangat terkejut tengok reaksi mak ayah Anis dan Inas yang langsung tak berapa nak marah dengan sikap Zack kat Pehah dulu. Maybe sebab tu salah Pehah gak kan. 
Episod drama Duda Terlajak Laris memang dramaaaa habiss hahaha, x leh blah dengan plan Anis yang mengarut tu. Dah pakai baju lawa, makeup bagai boleh plak buat drama tak nak nikah dengan Zack last minit. Nasiblah si Bob tu sampai tepat pada waktu, kalau die lambat, rasanya dah kahwin dah Anis dengan Zack tu..Aku nak tergelak gak dengan part Inas yang beriya-iya tak nak nikah dengan Zack dah, x nak terima Zack semua siap dah keluar rumah dah. Tapi tup2 kahwin gak hahaha. At least tunjuklah majlis nikah diorang, nak tahu gak camne diorang kahwin tu, nikah terus or sempat lagi si Inas tu gi makeup n salin baju dan pakai baju nikah anis tu hehehe. 
Last2 tunjuk dah gi honeymoon dah si Zack n Inas tu. Anis pun boleh ikut sekali hehehe. Kesian gak kt Anis bila die sorang2 jer. Apapun ada gak scene2 yang best dalam drama ni dan ada juga yg mengarut. Ada gak tengok drama baru ganti cite ni iaitu Drama Seindah Takdir Cinta tu, episod pertama agak boring plus lagu tema die macam x best.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post