8 Mei 2016

Drama Duda Terlajak Laris

Aku memang mengikuti jugak laa drama Duda Terlajak Laris ni dari episod awal lagi. Tambahan lagi Zara Zya pun ada berlakon sekali gak plus ada Wawa Zainal yg comel tu. Hero drama ni iaitu Idris Khan tu not bad gak laa lakonan die. Drama Duda Terlajak Laris ni bermula dengan baik, setiap episodnya buat org tertunggu-tunggu. Namun bila masuk part Zack yang nak bertunang n kahwin dengan Idayu tu dah buatkan drama ni jadi boring dan meleret-leret. Dok pusing2 tang situ lagi n tak kahwin2 lagi. Tambahan lagi aku sendiri pun agak meluat dengan sikap Zack yang mengada-ngada dan layann perempuan macam sampah jer contohnya macam Pehah ngan Idayu tu. Aku terfikir gak kenapa Pehah tu tukar nama panggilan die kepada Inas, habis semua family die pun panggil Inas, xde tersasul-sasul pun terpanggil Pehah ker ape ker hehehe. Aku tak baca novel duda terlajak laris tu so x tahulah camne endingnya semua.

Lepas watak Idayu tu mati, barulah drama ni jadi lebih menarik sebab watak Inas dah comeback n watak Anis juga dikembangkan sedikit. Paling lawak boleh plak si Zack tu tak perasan or tak cam langsung muka Inas tu adalah muka bekas isterinya Pehah, suara pun x cam plak tu, nampak benar bencinyer tu hehehe. Pastu sekarang ni Zack boleh dok suka dengan Inas, agaknyer camnelah reaksi Zack bila tahu perkara sebenar, begitu gak dengan Anis. Hope pasni dah xdelah episod2 yang meleret-leret dah hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post