3 Jul 2017

Telemovie Menarik Di Bulan Syawal (2017)

Telemovie, Best, Sinopsis, Hari Raya, Raya, Aidilfitri, Telefilem, Review, My Review, Drama, Dodol Untuk Menantu, Pergilah Cinta, Pesan Dari Tuhan, RTM, TV2, TV3, TV9, Pelakon, Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Remy Ishak, Azhan Rani, Ellie Suriati, Izreen Azminda, Erma Fatima, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Bulan Syawal, 2017,
Telemovie Menarik Di Bulan Syawal

Bila masuk bulan Ramadan memang banyak drama dan telemovie yang disiarkan di kaca tv, bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, lagilah banyak telemovie menarik yang disiarkan di semua stesen TV. Kadang - kadang sampai tak tahu nak tengok yang mana satu sebab semua telemovie pun best. Dalam banyak - banyak telemovie yang disiarkan di TV itu, aku sempatlah tengok beberapa telemovie antaranya adalah telemovie Dodol Untuk Menantu di Tv9, Telemovie Pesan Dari Tuhan di TV2 dan Telemovie Pergilah Cinta di Tv3. Ikutkan ada lagi telemovie yang aku tonton, tapi masa itu, aku tak berapa fokus sangat menonton TV, jadi tengok pun macam - macam tu sajalah. Jadi dalam entry ini aku akan buat review ringkas tentang 3 telefilem yang aku tengok masa hari raya hari itu. Ketiga - tiga telemovie ini mempunyai genre yang berbeza, ada yang bergenre komedi, ada juga yang bergenre serius dan juga bergenre cinta. Telemovie pertama yang aku tonton adalah Dodol Untuk Menantu yang disiarkan pada Hari Raya kedua di TV9. Antara pelakon yang membintangi drama ini terdiri daripada Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Hairi Safwan, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin dan ramai lagi.

Saim Ali yang merupakan hero telemovie ini memang benar - benar berasal dari Pakistan dan sememangnya merupakan seorang pelakon dan berasal dari keluarga yang ternama dan kaya di sana. Tak sangka juga dia dah berjinak - jinak berlakon di Malaysia, kalau tak silap aku, Saim Ali ini juga pernah berlakon dalam Teater Mak Cun di Istana Budaya. Dalam telemovie ini, dia melakonkan watak Basyir yang bekerja sebagai pelayan restoran. Dia kemudiannya berkahwin dengan Noni yang merupakan warga Malaysia. Ayah Noni awalnya tidak bersetuju dengan permintaan Noni untuk berkahwin dengan Basyir yang merupakan warga asing. Disebabkan Noni berkeras nak berkahwin juga, maka Pak Dolah memberi keizinannya. Selepas itu Pak Dolah melayan Basyir dengan dingin sekali dan sentiasa memarahinya. Walaubagaimanapun aku suka dengan personaliti Basyir yang penyabar dan rajin melayan kerenah bapa mertuanya itu. Malah dia juga sanggup menjaga Pak Dolah yang sakit dengan baik sekali. Akhirnya siapa sangka bila Basyir terpaksa pulang ke negaranya buat seketika, Pak Dolahlah yang paling rindu sekali dengan Basyir itu. Sweet betul Pak Dolah dengan Basyir ni kan. Ending telemovie ini mestilah happy ending kan.

Seterusnya aku sempat juga menonton telefilem Pesan Dari Tuhan yang diarahkan oleh Erma Fatima yang disiarkan pada hari raya kedua di RTM TV2. Telefilem Pesan Dari Tuhan ini pernah mencetuskan sedikit kontroversi apabila sebuah stesen TV Swasta membatalkan tayangan telefilem ini. Selepas 2 tahun barulah penonton dapat menonton telemovie ini di TV2, dan aku suka jalan ceritanya, malah kualiti gambar juga sangat cantik serta dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Remy Ishak, Izreen Azminda, Azhan Rani, Ellie Suriati dan ramai lagi. Telemovie Pesan Dari Tuhan ini mengisahkan tentang perebutan kuasa dan harta pusaka dalam sebuah keluarga sehingga kampung mereka dilanda musibah seperti banjir, kehilangan harta dan tempat tinggal serta kehilangan anak mereka sendiri. Ending telefilem ini berakhir dengan penyesalan dan keinsafan serta penduduk kampung mula bersatu padu, tolong menolong antara satu sama lain selepas dilanda musibah itu. Telemovie seterusnya yang aku tonton adalah Telemovie Pergilah Cinta yang disiarkan pada hari raya ketiga di TV3. Telemovie Pergilah Cinta ini dilakonkan oleh Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq, Sasqia Dahuri, Marissa Yasmin dan ramai lagi.

Diana Danielle memegang watak jahat dalam telemovie ini, aku suka tengok betapa cintanya Reza pada isterinya Liyana, malah lepas bercerai, Reza betul - betul terganggu dan tak dapat nak melupakan bekas isterinya Liyana. Reza mula mengabaikan dirinya serta syarikatnya dan menyebabkan pekerjanya menjadi bimbang. Tak sangka juga Liyana ini sanggup curang pada Reza dan akhirnya berkahwin dengan Fazley yang juga merupakan kawan baik Reza. Part yang paling geram sekali bila Fazley mula sakit dan kewangan mereka juga makin teruk menyebabkan Liyana ingin kembali semula pada Reza. Walaubagaimanapun ending telemovie Pergilah Cinta ini memang happy ending bila Reza membuat keputusan tepat dengan memilih orang yang paling sayangkannya sebagai teman hidupnya dan bukannya bekas isterinya itu yang materialistik dan curang. Scene yang paling aku suka masa Reza marah Liyana cukup - cukup, memang puas hati tengok Reza marah Liyana itu. 3 Telemovie inilah yang aku tonton masa hari raya hari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post