7 Jun 2017

Done Watching Season 7 The Walking Dead

Season 7, English Series, The Walking Dead, Sinopsis, Review, Ending, Season 8, Pelakon,  Andrew Lincoln, Norman Reedus, Steven Yeun, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Michael Cudlitz, Lennie James, Sonequa Martin Green, Jeffrey Dean Morgan, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Austin Amelio, Tom Payne, The Saviors, Negan, Rick, Abraham, Glenn, Maggie, Hilltop Colony, Oceanside, The Kingdom, The Scavengers,
Done Watching Season 7 The Walking Dead

Akhirnya habis juga aku menonton kesemua episode terbaru Drama Bersiri The Walking Dead ini. Bulan Oktober nanti barulah ada season 8 The Walking Dead ini. English Siri ini diadaptasikan daripada komik The Walking Dead karya Robert Kirkman. Antara pelakon yang membintangi drama ini untuk musim ketujuh adalah Andrew Lincoln, Norman Reedus, Steven Yeun, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Michael Cudlitz, Lennie James, Sonequa Martin Green, Jeffrey Dean Morgan, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Austin Amelio, Tom Payne dan ramai lagi.  Aku start menonton English siri ini bermula pada tahun 2016. Dari situ aku menonton dari musim ke musim, sekali dah menonton siri The Walking Dead ini memang tak boleh nak berhenti.  Aku awalnya menonton season pertama diikuti season kedua dan ketiga. Kemudian aku berehat sebentar sebelum menyambungnya kembali ke season 4 dan kelima. Kemudian aku berhenti lagi dan kali ini aku berehat lebih lama dan aku focus untuk tengok drama lain dulu. Baru – Baru ini iaitu pada bulan Mei dan Jun aku start menonton season ke-6 dan terus aku sambung ke season 7. Tanggal 6/6 aku selesai menonton kesemua episod drama bersiri The Walking Dead ini. Episod pertama dan kedua  untuk musim ketujuh ini saja dan berjaya buat aku stress, sedih dan geram dengan jalan ceritanya yang dramatik.

Episod pertama dan kedua musim ketujuh ini sangat sedih apabila team Rick telah ditangkap oleh orang – orang jahat iaitu Team Negan. Negan telah membunuh Glenn dan Abraham dengan amat kejam sekali.  Aku macam tak sanggup nak tengok scene Negan membunuh Abraham dan Glenn itu, aku macam tak sangka juga yang Glenn juga akan mati, aku ingatkan Abraham saja. Rick dan rakan – rakan lain tak mampu nak buat apa – apa kerana mereka semua telah dikepung oleh orang – orang suruhan Negan.  Manakala Morgan dan Carol pula menghadapi dilema, dimana mereka mempunyai prinsip sendiri dan tidak sanggup nak membunuh orang lain, walaupun orang itu orang jahat kerana orang jahat juga boleh berubah jadi baik. Carol akhirnya telah keluar dari Alexandria dan membawa haluannya sendiri. Seperti biasa dalam season 7 The Walking Dead ini mempunyai 16 episod dan dalam musim ini juga, penonton diperkenalkan dengan beberapa komuniti atau kumpulan baru selain kumpulan Rick iaitu Kumpulan Saviors yang diketuai oleh Negan yang terdiri daripada orang – orang jahat yang berkuasa dan suka membunuh jika kemahuan mereka tidak dituruti. Kumpulan seterusnya adalah The Hilltop Colony, The KingdomOceanside dan  The Scavengers. Team Rick memang baik dengan orang – orang dari Hilltop, cuma ketua mereka iaitu Gregory saja yang agak angkuh dan sombong.

Paul Rovia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Rick dengan komuniti Hilltop dan juga komuniti The Kingdom. Tara pula telah secara tidak sengaja bertemu dengan komuniti Oceanside yang dianggotai oleh kaum wanita. Kemudian team Rick telah bertemu dengan komuniti The Scavengers yang telah menculik Paderi Gabriel. Sebenarnya aku agak annoying juga dengan ahli kumpulan Rick yang rata – ratanya agak emosional dan bertindak terburu – buru seperti Rosita, Sasha dan juga Carl. Mereka terlampau marah sampai berani pergi ke markas Saviors dan bertemu Negan, Carl terselamat, apabila Negan bertindak menghantar Carl kembali ke Alexandria, manakala Sasha pula terpaksa membunuh dirinya sendiri apabila rancangannya untuk membunuh Negan tidak berjaya. Paling teruk sekali ada Rosita, dialah yang paling sukar dikawal, cepat marah dan bertindak terburu – buru. Dia juga yang mengajak Sasha untuk pergi membunuh Negan. Aku juga keliru dengan Eugene yang macam seronok pula berada di pihak Saviors. Paling geram sekali mestilah pada komuniti Scavengers yang mengkhianati kumpulan Rick pada episod akhir season 7 The Walking Dead ini. Tak sangka pula yang Scavengers ini bekerjasama dengan Saviors dan episod akhir musim ketujuh ini memang sangat suspen apabila Team Rick hampir – hampir kalah dengan Saviors apabila Scavengers berpaling tadah di saat – saat akhir. 

Negan juga hampir – hampir nak membunuh anak Rick iaitu Carl. Nasiblah team / komuniti The Kingdom datang tepat pada masanya untuk membantu. Kelihatan Negan begitu terkejut dengan harimau Bengal yang tiba – tiba muncul yang merupakan haiwan belaan ketua kumpulan The Kingdom iaitu King Ezekiel. Morgan dan Carol juga turut datang bersama team The Kingdom dan membantu team Rick untuk menewaskan The Saviors, malah Dwight yang merupakan orang kuat Negan turut berpakat dengan team Rick, walaubagaimanapun selepas kedatangan team The Kingdom secara tiba – tiba, The Saviors dan Scavengers melarikan diri dan team Rick masih gagal membunuh Negan.  Musim ke 8 The Walking Dead ini akan disiarkan pada bulan Oktober nanti, dan jalan ceritanya akan bermula dengan peperangan Antara The Saviors+ Scavengers menentang Team Rick (Alexandria)+Hilltop+The Kingdom. Aku tak pasti sama ada Team Oceanside akan join berperang sekali atau tidak kerana setakat ini mereka lebih gemar untuk menyembunyikan diri dari berperang dengan Team The Saviors kerana mereka yakin yang Team The Saviors akan menang kerana mereka mempunyai jumlah ahli yang ramai dan mempunyai segala kelengkapan senjata yang cukup. Ikutkan kalau Rosita dan Sasha lebih bersabar, mereka mungkin ada harapan untuk menembak Negan dari jauh, cuma mereka terpaksa menunggu masa sesuai untuk bertindak. 

Walaubagaimanapun Rosita dan Sasha tidak sabar dan terburu – buru, sekaligus membuatkan Sasha berlari masuk ke dalam Markas The Saviors. Apa pun tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi di musim ke-8 The Walking Dead ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post