12 Mac 2017

Worst Actor / Character (Korean Drama Challenge Part 21)

Worst Actor / Character (Korean Drama Challenge Part 21), watak jahat yang paling berjaya dan dibenci oleh penonton

Worst Actor / Character (Korean Drama Challenge Part 21)

Akhirnya masuk juga cabaran ke 21 Korean Drama Challenge ini, lama juga terhenti ni, ada lagi 10 soalan yang kena jawab sebab semuanya ada 30 soalan. Soalan ke 21 adalah Your Worst Actor? seriously soalan ini agak sukar untuk dijawab sebab aku tak dapat nak bagi jawapan. Bagi aku semua pelakon lelaki dalam Drama Korea ni memang best - best, susah nak tentukan siapa yang paling teruk berlakon tu hehe. Kalau ikut dari karakter watak paling teruk dalam Korean Drama pun susah nak pilih hehehe. Jadi memandangkan aku memang tengah marathon drama Korea yang bertajuk Voice lakonan Jang Hyuk dan Lee Haa Na tu maka aku pilih watak Kim Jae Wook sebagai pembunuh bersiri yang paling psiko sekali dalam K-Drama History hehehe. 

Watak dalam drama yang paling teruk no 2 adalah watak psiko Namgoong Min dalam Drama Sensory Couple dan Remember : War Of The Son. Walaubagaimanapun korang jangan salah faham pula ye, sebab aku tak maksudkan lakonan mereka berdua teruk tapi sebaliknya, yang mana lakonan Kim Jae Wook dan Namgoong Min sebagai watak jahat yang psiko dalam drama memang sangat berjaya, menyakinkan dan berjaya buat penonton benci dengan watak mereka. Ini bermakna soalan untuk cabaran ke 21 ini aku tukar sikit dari worst actor kepada watak jahat yang paling berjaya dan dibenci penonton hehe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post