12 Feb 2017

Resepi Putu Kacang

Cara Nak Buat Kuih Putu Kacang
Resepi Kuih Raya - Putu Kacang

Putu Kacang sememangnya jadi kegemaran aku sekeluarga, memang sedap terutamanya kalau Putu Kacang tu jenis yang lembut dan rapuh bukannya keras. Kalau Hari Raya, aku akan pastikan untuk membuat tempahan Putu Kacang ini. Sebenarnya setiap kali hari raya aku memang akan beli saja kuih raya sebab senang dan mudah berbanding nak buat sendiri. Apapun aku ada jumpa resepi Putu Kacang ni kat Facebook, credit to Page Jom Buat Biskut. Kat bawah ni aku kongsikan resepinya, jadi pada yang rajin nak mencuba membuatnya bolehlah rujuk resepi Putu Kacang yang aku share ni ye. Selamat Mencuba :)

Resepi Kuih Raya - Putu Kacang

Bahan asas kuih ini ialah kacang hijau dan gula sebagai perasa manis. Sangat ringkas tetapi agak susah untuk mendapat kuih yang tahan lama terutama jika kadar kelembapan kuih masih tinggi. Maka kuih ini perlu dijemur (zaman dulu) tapi zaman sekarang saya tak tahu sama ada ianya tetap masih dijemur atau ada kaedah lain untuk mengeringkannya. Kalau zaman dulu kuih ni akan dijemur sangat lama untuk memastikan kesegarannya terjamin.

Resepi putu kacang

Bahan - Bahan untuk membuat Putu Kacang
500g tepung kacang hijau
500g gula di mesin halus
sedikit air untuk lembabkan tepung supaya senang di terap

cara - cara membuat Putu Kacang
1. Gaul tepung dan gula.
2. Percikkan sedikit air hingga tepung dapt di terap. Jgn terlapau lembab, nanti putu akan jadi liat.
3. Perap adunan dlm 1/2 jam
4. Tekan dlm acuan putu kacang. Ketuk sedikit tapi perlahan saja, untuk keluarkan putu kacang.
5. Bila dah siap, jemur sekejap atau panaskan oven pada 100 darjah selama 10 minit. offkan oven. masukkan putu kacang ke dalam oven dan tutup pintu oven. Biarkan hingga oven sejuk dalam 1/2 jam.
6. Susun dalam bekas kedap udara.

2 ulasan:

  1. Dah mula buat kuih raya dah ke sekarang? hehehe. Boleh buat kuih ni time raya nanti sebab dah ada resipi yeayy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe tak buat pun, sebab nanti akan beli jer kuih raya tu semua hihi

      Padam

My Random Post