31 Mei 2016

Prophecy - Japanese Movie Review

Hari tu ada layannn Movie / Filem Jepun, actually aku sebenarnya lebih layann drama / movie Korea, tapi ntah camne sebab boring aku try layann cite Prophecy (Yokokuhan) ni. Movie ni release tahun 2015 dan dilakonkan oleh Toma Ikuta, Erika Toda, Ryohei Suzuki, Gaku Hamada dan ramai lagi. Aku memang kurang kenal sikit pelakon2 Jepun ni hehe tapi dulu2 ada tersuka dengan pelakon Mizobata Junpei lepas tengok Movie High School Live Action Debut, Tajuk tu macam salah sikit jer aku rase hehehe. Berbalik pada Movie Prophecy ni, aku tertarik nak tengok movie ni sebab jalan cerita die macam menarik n unik sikit. Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda yang mengelarkan kumpulan mereka sebagai Shinbunshi mengupload video di Yourtube dengan memakai topeng yang diperbuat daripada surat khabar dan memberitahu / membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi, dimana mereka akan menghukum sesiapa yang berbuat jahat dalam masyarakat.
Tak silap aku diorang ni takdelah sampai membunuh cuma mencederakan jer hahaha. Ada beberapa perkara yang aku kurang faham dalam cite ni, dan ada gak beberapa perkara yang aku rasa tak logik dalam movie ni. Mungkin masa tengok movie ni aku tak berapa fokus tu sebab yang jadi tak faham tu hehehe. Tujuan diorang buat semua benda ni adalah untuk dapat perhatian demi menunaikan impian salah sorang sahabat mereka yang telah meninggal iaitu mencari ayahnya. Tapi cara diorang mencari perhatian tu memang sangat extreme lah. Sampai sanggup buat cubaan membunuh diri di akhir cerita, dan ending movie ni memang sedih bila Geitsu (ketua kumpulan Shinbunshi) mati. Geitsu ni awalnya bekerja sebagai pekerja pelatih di Syarikat IT tapi akhirnya diberhentikan dengan cara yang kejam sekali. Lepas dari itu Geitsu ni sukar nak cari kerja, semua tak nak ambik die kerja sampai die kena kerja kuli, iaitu buat kerja2 berat. Geitsu ni hensem orangnya tapi kenapa die tak gi mintak kerja jadi model ker kan mesti dapat hehehe. 
Di situ Geitsu berkenalan dengan ahli kumpulannya yang lain dan jadi kawan baik. Antara mereka, Geitsu soranglah yang paling bijak. Disitu juga majikan mereka melayan dengan teruk sehingga salah sorang dari mereka mati akibat sakit. Disebabkan geram dengan majikan mereka yang tidak berhati perut tu, diorang semua berpakat untuk membunuh majikan mereka dan seterusnya terbentuklah kumpulan mereka Shinbunshi. Aku tak faham gak kenapa Geitsu tak membalas dendam atau memberi pengajaran kepada majikan lamanya yang juga busuk hati tu, patutnya majikan lamanya dan seluruh pekerja disitu harus diberi pengajaran. Tapi niat sebenar Geitsu dan kawan2nya murni, diorang hanya nak benda simple jer, tapi terpaksa melakukan sesuatu yang ekstrem untuk dapat perhatian masyarakat. Agak meluat juga tengok sikap polis wanita yang bernama Erika tu, die nampak ego dan sombong. Tak leh blah bila die berlari-lari mengejar Geitsu namun bila Geitsu masuk dalam satu lorong / lubang yang didepannya ada air, boleh plak si Erika tu berhenti mengejar dan just menjerit jer untuk bercakap dgn Geitsu. Lepas tu Erika dah ada di balai polis dan Geitsu terlepas. Terpikir gak camnelah Geitsu tu boleh terlepas plak.

Masa part last tu baru nampak Erika sedih dan berasa kasihan pada Geitsu bila die dapat tahu motif sebenar kumpulan Geitsu ni. Tambahan lagi Geitsu sanggup mengorbankan nyawanya demi mencapai matlamat mereka. Malahan memberi peluang kepada kawan2 nya untuk memulakan kehidupan baru selepas kematiannya. Erika sedih bila Geitsu sanggup buat semua benda ni atas sebab2 yang tidak begitu penting. Apapun bagi aku, movie ni boleh tahan gak laa n aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk Filem Prophecy ni.
Read More

28 Mei 2016

Sinopsis Telemovie Mimi Amah Diva

Telemovie Mimi Amah Diva lakonan Eira Syazira, Norman Hakim, Wan Sharmila, Nik Adam Mika dll akan disiarkan di Astro Ria pada 28 Mei ini. Dah lama tak nampak Eira Syazira dan Norman Hakim ni berlakon kan, Apapun jom baca sinopsis ringkas telemovie Mimi Amah Diva kat bawah ni yer.

Sinopsis Telemovie Mimi Amah Diva

Mengisahkan tentang Mimi Mia yang merupakan seorang pelakon yang tidak popular yang terdesak untuk mencipta nama. Mimi sanggup berbuat apa saja untuk dirinya dikenali dan popular, malah dia sanggup menyamar untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah produser terkenal, Taufik bagi mencapai hasratnya itu. Mimi agak sukar untuk menyesuaikan diri sebagai orang gaji dan sering dimarahi oleh Taufik. Apa yang bakal berlaku seterusnya, mampukah Mimi mencapai impiannya tu? adakah dia dan taufik akan saling jatuh cinta? nantikan kesudahannya.

Read More

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.
Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...
Read More

26 Mei 2016

Episod Akhir Duda Terlajak Laris

Tamat sudah drama Duda Terlajak Laris untuk Slot Akasia Tv3. Pasni tentu rindu dengan Zack, Inas dan Anis hehehe. Bagi aku drama ni bermula dengan baik, jalan cerita di permulaan memang sangat best. Namun bila masuk watak Idayu dah jadi sangat boring. Kemudian muncul Anis dan juga Inas / Pehah buatkan drama ni jadi lebih best sikit. Aku rasa kawan2 Zack dan juga pekerja2 Zack tu macam mengacau jalan cerita jer hahaha, bukan best or lawak sgt part diorang tu, better takde dari ada. Sangat terkejut tengok reaksi mak ayah Anis dan Inas yang langsung tak berapa nak marah dengan sikap Zack kat Pehah dulu. Maybe sebab tu salah Pehah gak kan. 
Episod drama Duda Terlajak Laris memang dramaaaa habiss hahaha, x leh blah dengan plan Anis yang mengarut tu. Dah pakai baju lawa, makeup bagai boleh plak buat drama tak nak nikah dengan Zack last minit. Nasiblah si Bob tu sampai tepat pada waktu, kalau die lambat, rasanya dah kahwin dah Anis dengan Zack tu..Aku nak tergelak gak dengan part Inas yang beriya-iya tak nak nikah dengan Zack dah, x nak terima Zack semua siap dah keluar rumah dah. Tapi tup2 kahwin gak hahaha. At least tunjuklah majlis nikah diorang, nak tahu gak camne diorang kahwin tu, nikah terus or sempat lagi si Inas tu gi makeup n salin baju dan pakai baju nikah anis tu hehehe. 
Last2 tunjuk dah gi honeymoon dah si Zack n Inas tu. Anis pun boleh ikut sekali hehehe. Kesian gak kt Anis bila die sorang2 jer. Apapun ada gak scene2 yang best dalam drama ni dan ada juga yg mengarut. Ada gak tengok drama baru ganti cite ni iaitu Drama Seindah Takdir Cinta tu, episod pertama agak boring plus lagu tema die macam x best.

Read More

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG


Tarikh Tamat - 1/6/2016
Nak Join boleh Klik Banner diatas yer..

Read More

22 Mei 2016

Denmark Menang Piala Thomas 2016 Buat Kali Pertama

Denmark muncul juara Piala Thomas buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir petang ini, sekali gus menamatkan kemarau dalam lapan penampilan di peringkat akhir kejohanan itu. Dalam pada itu, ia harus menjadi sedikit penawar buat Malaysia untuk mengetahui pasukan kebangsaan sebenarnya tewas dalam separuh akhir kelmarin kepada pasukan yang bakal bergelar juara. Apapun rasa sedih masih terasa kerana Msia tewas dan gagal ke final. Tak sangka juga Denmark akan menang sebab ingatkan Indonesia boleh jadi juara. Tapi kalau imbas balik perlawanan antara Msia dan Denmark tu memang nampak laa diorang ni ada peningkatan. Tahniah Denmark.

Denmark jadi juara baru Piala Thomas 2016 mengikut jejak langkah Jepun yang jadi juara piala Thomas pada edisi 2014. Denmark menang kesemua perlawanan perseorangan tapi kalah dalam kedua-dua acara beregu. Ternyata beregu indonesia sangat kuat, aku tengok beregu indonesia lebih kuat dari Korea Selatan gitu. Apapun Bolehkah Piala Thomas edisi 2018 menjadi milik Malaysia semula?? tambah2 masa tu dah takde dato Lee Chong Wei dah sebab die maybe dah bersara ketika itu.

Keputusan Piala Thomas 2016 - Denmark VS Indonesia 3:2

1) Viktor Axelsen mn Tommy Sugiarto 21-17, 21-18
2) Mads Conrad-Petersen/Mads Pieler Kolding kk Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 18-21, 13-21
3) Jan O Jorgensen mn Anthony Ginting 21-17, 21-12
4) Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen kk Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi 16-21, 14-21
5) Hans-Kristian Vittinghus mn Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7.

Read More

19 Mei 2016

Novel & Drama Seindah Takdir Cinta

Cantik Poster Drama Seindah Takdir Cinta ni kan, apapun drama Seindah Takdir Cinta akan disiarkan di Slot Akasia Tv3. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama. Dilakonkan oleh pelakon yang popular seperti Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Redza Rosli dll. Drama ni yang akan menggantikan Drama Duda Terlajak Laris yang akan habis pada 24 Mei ni. Kali ketiga tengok Saharul Ridzwan berlakon drama Slot Akasia, first tengok die dalam Love You Mr Arrogant, pastu drama Hati Perempuan kali ni drama Seindah Takdir Cinta. Sebelum ni Saharul Ridzwan juga suksess dengan drama Kau Aku Kita dengan Janna Nick. Apapun aku harap drama ni best la hendaknyer kan..

Sinopsis Novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu..
Read More

15 Mei 2016

Bad Guys Always Die - Korean Movie


Baru-baru ni ada tengok filem Bad Guys Always Die, filem ni merupakan usahasama antara Korea, China dan Hong Kong. 3 negara tu uolls dan pelakon2 filem ni terdiri daripada Chen Bolin, Son Ye Jin, Shin Hyun Joon, Jang Gwang, Qiao Zhenyu dan ramai lagi. Tak silap aku Chen Bolin ni merupakan pelakon Taiwan tapi die juga dah berlakon filem/drama2 dari negara2 lain juga seperti Hong Kong, China dan juga Korea. Bahasa Korea Chen Bolin juga not bad gak, nampak macam fasih jer die bercakap. Dalam drama Korea Monster, Chen Bolin ni ada buat special appearance dalam cite tu. Apapun kira boleh layannn jugaklah movie ni sebab movie ni ada aksi, ada komedi, ada suspen dan lain2 lagi. Korang boleh baca sinopsis Bad Guys Always Die kat bawah ni k..
Sinopsis Filem Bad Guys Always Die

Qiangzi, a Chinese language teacher at an elementary school in Busan got into trouble when he caught his student Mi-ran, niece of Ji-yeon trying to shoplift. Later,Qiangzi witnessed the kidnap of Mi-ran without realizing it. While taking out his younger brother, Pa pa, and his two friends, San'er and Datou for a tour of Jeju island Qiangzi came across what looks like a car accident with an injured Korean woman, Ji-yeon, at the driver's seat. They tried to help her get to the hospital but end up being caught in a some what complicated twist of events involving murder and missing stolen 'dirty' money. The rescue of Qiangzi. Ji-yeon, and Mi-ran involve a Catholic priest, local police chief, Qiangzi's younger brother and the two friends, San'er and Datou.
Filem ni release di China penghujung tahun 2015 manakala di Korea pula, release pada awal tahun 2016. Aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk movie ni.
Read More

14 Mei 2016

Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor

Assalammualaikum dan salam sejahtera

http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali )
TAMAT : 31/05/2016
UMUM PEMENANG : 01/06/2016


Read More

Segmen Blogwalking YanieYusuf 2016

Tarikh Tamat - 31 Mei 2016
Klik Banner kalau nak join k..
Read More

8 Mei 2016

Drama Duda Terlajak Laris

Aku memang mengikuti jugak laa drama Duda Terlajak Laris ni dari episod awal lagi. Tambahan lagi Zara Zya pun ada berlakon sekali gak plus ada Wawa Zainal yg comel tu. Hero drama ni iaitu Idris Khan tu not bad gak laa lakonan die. Drama Duda Terlajak Laris ni bermula dengan baik, setiap episodnya buat org tertunggu-tunggu. Namun bila masuk part Zack yang nak bertunang n kahwin dengan Idayu tu dah buatkan drama ni jadi boring dan meleret-leret. Dok pusing2 tang situ lagi n tak kahwin2 lagi. Tambahan lagi aku sendiri pun agak meluat dengan sikap Zack yang mengada-ngada dan layann perempuan macam sampah jer contohnya macam Pehah ngan Idayu tu. Aku terfikir gak kenapa Pehah tu tukar nama panggilan die kepada Inas, habis semua family die pun panggil Inas, xde tersasul-sasul pun terpanggil Pehah ker ape ker hehehe. Aku tak baca novel duda terlajak laris tu so x tahulah camne endingnya semua.

Lepas watak Idayu tu mati, barulah drama ni jadi lebih menarik sebab watak Inas dah comeback n watak Anis juga dikembangkan sedikit. Paling lawak boleh plak si Zack tu tak perasan or tak cam langsung muka Inas tu adalah muka bekas isterinya Pehah, suara pun x cam plak tu, nampak benar bencinyer tu hehehe. Pastu sekarang ni Zack boleh dok suka dengan Inas, agaknyer camnelah reaksi Zack bila tahu perkara sebenar, begitu gak dengan Anis. Hope pasni dah xdelah episod2 yang meleret-leret dah hehe.

Read More

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya


Jom join ramai2
Due Date- 31 Mei 2016
Nak join boleh klik banner k..

Read More

5 Mei 2016

SHAMIERA OSMENT'S FIRST GIVEAWAY

Shamiera Osment's First Giveaway!

Nak Join, sila klik banner diatas k..
Due Date- 31/5/2016


Read More

3 Mei 2016

Bangga & Kenangan Universiti Malaya (UM)


Mengimbas masa2 lepas Form 6 dulu, tak sangka akan ke UM, sebab dihati aku nak masuk USM sebenarnya sebab dekat ngan rumah hehehe. So tak yah laa nak gi jauh2 semua tu. Tapi akhirnya ke KL jugak aku tu dan aku bangga gak dapat masuk dalam top universiti gitu. Dapat kenal dengan kawan2 yang best dan macam2 perangai. Dapat roomate yg memahami, dapat housemate yang baik hati semua. Pendek kata memang best lah, teringat betapa peningnya nak habiskan tesis / LI tu di semester akhir tu. Namun semua berbaloi bila tesis dapat A gitu. Aku sampai termimpi-mimpi dapat C tu hahaha. Alhamdulilah banyak kenangan kat sana, kenangan pahit, manis, kenangan sakit masa exam pun ade hahaha, kenangan crush kat seseorang pun ade hahaha, kurang2 dapat gak bergambar dengan crush tu muahahaha.

Read More

Pencarian Pertama Kali Bloglist By DyaNadia Reza


Meh join ramai2
Tarikh Tamat- 6 Mei 2016
Nak join boleh klik banner k..



Read More

2 Mei 2016

Mini Giveaway by Hanis Masturina

Jom Join Ramai2
Due Date- 27 Mei 2016
Nak join bolek Klik Banner k..

Tag
1..2.. 3..

Read More

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST BULAN JUN & PENCARIAN BLOGLIST TAHUN 2016


Jom Join Ramai2
Nak Join boleh Klik Banner yer..
Due Date- 31 Mei 2016

Read More

1 Mei 2016

Drama Dia Semanis Honey Lakonan Siti Nordiana


Drama Dia Semanis Honey Lakonan Siti Nordiana, Aliff Satar, Hairul Azreen dan ramai lagi. Dah lama tak nampak Siti Nordiana berlakon kan. Semenjak menang Gegar Vaganza dulu, makin banyak tawaran gitu, suka gak gandingan Nana dengan Aliff ni, dah laa dua2 pun penyanyi kan, suara pun sama2 sedap gitu. Hairul Azreen pun lama x berlakon kan, dengar cerita lagu tema / OST drama Dia Semanis Honey ni adalah lagu Memori Berkasih nyanyian semula Siti Nordiana berduet dengan Aliff Satar, woww best tu, bolehlaa dengar versi Alif plak lepas ni. Sebab sebelum ni dah dengar versi Lan Kristal dan Ezad Lazim kan. Drama Dia Semanis Honey adalah adaptasi daripada novel juga. Apapun hope cerita ni best lah kan.
Read More

My Random Post