22 Dis 2016

Kisah Kucing Kesayanganku Omey Part 2


Berdasarkan entry ini ---> Kisah Kucing Kesayanganku Omey.. aku pernah menceritakan tentang kisah Kucing Kesayanganku yang bernama Omey tu yang telah hilang dalam 2 minggu lebih. Alhamdulilah pada 16 November yang lalu Omey telah dijumpai semula. Semuanya berlaku secara kebetulan, aku ingatkan dah takde rezeki n takde jodoh dah nak jumpa Omey dah tapi Alhamdulilah secara kebetulan Omey telah dijumpai tanpa disangka – sangka. Semuanya bermula apabila mak aku yang pergi beli nasi terjumpa Omey berada di jalan. Mak aku yang ternampak Omey cuba memanggilnya dengan namanya untuk memastikan itu benar2 Omey, dan setelah nama Omey disebut die terus mengiowww yang bermaksud die mengenali mak aku. Kemudian Mak aku terus memanggil – manggil namanya sekaligus membuatkan Omey mula mengikut mak aku pulang ke rumah walaupun jarak perjalanan ke rumah agak jauh juga namun semuanya dipermudahkan. Tak sangka Omey mengikut mak aku tanpa sebarang masalah, risau gak kalau tetiba die takut ngan orang lain pastu lari kan. Memang benar sangkaan aku yang Omey sesat, die tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah. Keadaannyer ketika pulang ke rumah sangat teruk, badannya sangat kurus kering, nampak tulang jer, die masuk jer rumah terus die pergi makan n lepas tu die berehat dan duduk di atas bantal dan tidur. Memang nampak sangat die letih dan tak makan banyak hari. Nasib baik mak aku jumpa Omey semula, kalau tak, entah apa akan jadi pada Omey tu.
Omey kerap makan dan kemudiannya berehat dan tidur, badannya masih lagi kurus tapi nampak dah berisi sikit berbanding beberapa hari yang lepas namun masih belum gemuk lagi laa huhu. Aku bersyukur sangat sebab Omey dah dijumpai semula, Alhamdulilah sangat..Moga Omey terus sihat sentiasa dan ceria selalu. Tingkap rumah pun dah ditutup dan jarang dibuka sebab risau kalau2 Omey tetiba turun ke bawah melalui tingkap tu.

1 ulasan:

  1. Laaa ni msti jln2 nak mgembara ni. Omey excited sgt smpai lupa jln balik =D
    Alhamdulillah, jmpa jg kan.. xpa dlm bbrapa ari lg msti berisi balik tu =)

    BalasPadam

My Random Post