12 Nov 2016

Kisah Kucing Kesayanganku Omey


Aku bela Omey start November 2012, masa tu die kecik lagi, sebesar kotak tisu jer sampai die pun boleh masuk dalam kotak tisu tu dan tidur. Dari die tak tahu nak minum air sendiri sampai la pandai. Dari kecik lagi dah nampak die ni jenis garang dan bila die gigit orang pun leh tahan pedih gak la hehe. Bila Omey makin membesar dah kurang sikit garang tu dan lebih manja gitu plus die sangat penakut dengan orang. Asal ada orang lain yang die tak kenal masuk rumah die akan pergi menyorok. Tapi kalau orang tu tak masuk rumah, contohnya sekadar nak bagi barang atau bercakap kat pintu jer, Omey tu boleh plak jadi berani siap marah2 dekat pintu tu n bersedia nak cakar org tu hehe, notty betul. Omey ni suka duduk kat tempat tinggi, antara tempat kegemarannya adalah di tebing tingkap, diatas tingkap, didalam bilik dan juga ditepi singki. Pernah juga beberapa kali Omey bergaduh besar dengan Colin dan membuat aku terpaksa mengurung colin dalam sangkar, kalau tak diorang asyik berperang jer, maklumlah kucing jantan lah katakan. Antara makanan kegemaran Omey adalah keropok Twisties yang Cheesenyer dan juga keropok Super Ring. Maknanya asalkan keropok cheese memang die suka, taste kucing mat salleh sangat tau hehe. Selain tu die gak suka makan ayam goreng, kalau ayam goreng KFC tu lagila die suka hehe. Omey pernah terlepas keluar dari rumah tanpa aku dan keluarga sedar akan kehilangannya, dah la die hilang masa malam raya plak tu, mungkin dalam tahun 2013 kot. Alhamdulilah jumpa die masa tu, nasib la ada orang gtau yang ada satu kucing duduk kat tangga tingkat 2 tak bergerak-gerak sebab takut. Bila dengar macam tu sebaknyer rasa, mesti die rasa takut sangat masa tu, nasiblah kami jumpa balik Omey ni.
Lepas bela Omey dan Colin, family aku bela plak kucing baru nama Togey, tapi sekejap je togey duduk kat rumah sebab tak lama pastu die duduk luar rumah jer, tapi tiap2 hari die akan balik rumah dalam dua tiga kali untuk makan dan minum pastu die keluar rumah balik. Kemudian kiteorang bela kucing paling baru yang dinamakan Moon. Omey juga sangat baik dengan Moon, Moon ni jenis kucing yang sangat manja terutama dengan aku. Omey plak kadang2 je duduk dekat2 aku, die lebih suka pergi kat mak aku sebab mak aku yang rajin bagi die makan berbanding aku hehe. Manakala Moon pula lebih banyak datang kat aku, apapun aku tetap sayang kat semua kucing2 aku. Selepas Moon dok naik dan tidur disebelah bahagian atas tingkap tu, Omey pun mula meniru dan ikut jejak langkah Moon tu dan tidur atas tu sampai habis semua jaring2 kat situ dah jatuh ke bawah. Bila jaring2 tu dah banyak jatuh ke bawah, Moon dah berhenti dari naik situ tapi berbeza pula dengan Omey, die masih teruskan aktiviti die duduk kat sebelah atas tingkap tu walaupun tempat tu dah jadi sangat sempit dan tak selesa. Suatu hari pada waktu tengah malam, aku perasan ada dengar macam bunyi dan aku syak Omey tu tertidur lalu secara tak sengaja terjatuh ke bawah. Itu adalah kali pertama die berada di luar rumah dan die siap gi berlawan dengan kucing2 kat bawah tu.Suspen gak laa, ingatkan Omey tak reti naik balik atas tingkap tu ataupun die takut n menyorok, ataupun die sesat tapi Omey sakan jadi askar kat bawah tu, bukan main syok die dok berlawan dengan kucing2 bawah tu. Tak lama pastu kami semua rasa lega bila Omey dah balik rumah, die pandai panjat tingkap tu.

Bila balik nampak die macam takut n menyorok bawah kusyen pastu tidur. Bila die bangun tido n makan semua, die sibuk turun ke bawah semula dan berperang dengan kucing2 bawah. Keadaan ni berulang dalam 3 hari macam tu kot kalau aku tak silap, ingatkan Omey akan turun dan bila die lapar die akan balik rumah semula macam kucing kami yang lain iaitu togey tu. Rasa menyesal pulak tak tutup tingkap masa tu sebab ingatkan Omey pasti pulang semula ke rumah dan aku pasti akan tutup tingkap tu lepas Omey balik rumah dan tak kan bagi die keluar rumah dah. Tapi apakan daya sampai ke hari ni, Omey tidak pulang semula ke rumah. Aku tak pasti kenapa die tak pulang2 sedangkan sebelum ni boleh jer die pulang?, adakah die cedera sebab berlawan dengan kucing2 bawah tu lalu die tak berdaya nak balik rumah? Adakah die sesat lalu menyorok kat mana2? Adakah die kena langgar? Ya Allah kau selamatkanlah kucing aku Omey tu, aku harap Omey masih hidup, sihat dan happy duduk kat luar tu. Kalau die masih hidup, aku harap die akan pulang semula ke rumah. Sekarang ni aku tak dengar suara2 die bergaduh kat luar tu, kalau tidak dengar juga suara2 die dok berperang dengan kucing lain. Sekarang ni aku dah tak dengar suara die, aku paling risau kalau die takut, pastu menyorok n then kat mana die nak makan dan minum semua tu??. 

Omey ni jenis penakut dengan orang tu yang buat aku makin risau. Dah pergi cari dah die kat luar tu tapi tak jumpa, entah katne die menyorok tu huhu.Ada yg cakap kalau kucing tu tak balik rumah n bawa diri jauh2 maknanya die tahu die akan mati, Ya Allah. Aku hanya mampu berserah, aku doakan moga Omey sihat selalu kat luar tu. Hanya pencinta kucing yang faham perasaan ini, setiap kali aku pandang kat tingkap tu, atas sinki tu, dekat keropok kegemarannyer semua akan buat aku rasa sayu, sebak, hiba dan menangiss terkenangkan Omey yang entah dimana.

Entry ni kira entry luahan perasaan dan juga entry untuk mengingati Omey. Sekarang ni Moon dah takde kawan, kalau Omey ada, diorang berdua akan sama2 duduk kat tingkap tu menikmati pemandangan luar. Sekarang ni Moon pergi kat tingkap pun sekejap2 jer berbanding dulu huhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post