22 Mei 2016

Denmark Menang Piala Thomas 2016 Buat Kali Pertama

Denmark muncul juara Piala Thomas buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir petang ini, sekali gus menamatkan kemarau dalam lapan penampilan di peringkat akhir kejohanan itu. Dalam pada itu, ia harus menjadi sedikit penawar buat Malaysia untuk mengetahui pasukan kebangsaan sebenarnya tewas dalam separuh akhir kelmarin kepada pasukan yang bakal bergelar juara. Apapun rasa sedih masih terasa kerana Msia tewas dan gagal ke final. Tak sangka juga Denmark akan menang sebab ingatkan Indonesia boleh jadi juara. Tapi kalau imbas balik perlawanan antara Msia dan Denmark tu memang nampak laa diorang ni ada peningkatan. Tahniah Denmark.

Denmark jadi juara baru Piala Thomas 2016 mengikut jejak langkah Jepun yang jadi juara piala Thomas pada edisi 2014. Denmark menang kesemua perlawanan perseorangan tapi kalah dalam kedua-dua acara beregu. Ternyata beregu indonesia sangat kuat, aku tengok beregu indonesia lebih kuat dari Korea Selatan gitu. Apapun Bolehkah Piala Thomas edisi 2018 menjadi milik Malaysia semula?? tambah2 masa tu dah takde dato Lee Chong Wei dah sebab die maybe dah bersara ketika itu.

Keputusan Piala Thomas 2016 - Denmark VS Indonesia 3:2

1) Viktor Axelsen mn Tommy Sugiarto 21-17, 21-18
2) Mads Conrad-Petersen/Mads Pieler Kolding kk Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan 18-21, 13-21
3) Jan O Jorgensen mn Anthony Ginting 21-17, 21-12
4) Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen kk Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi 16-21, 14-21
5) Hans-Kristian Vittinghus mn Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post