28 Dis 2015

Sinopsis & Review Filem Dilwale Lakonan Shah Rukh Khan Dan Kajol

Assalammualaikum..
Rasanya semua pun teruja dengan filem terbaru gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol ni yang bertajuk Dilwale. Baru jer release 18 Disember 2015 yang lalu dan ternyata filem Dilwale ni mendapat sambutan hebat dari penonton, penuh satu pawagam hahaha, biasanya takdela ramai sangat yang gi tonton filem hindustan di pawagam tapi disebabkan penangan SRK n Kajol ramai yg gi menontonnya. Kajol pula nampak cantik dan muda dalam cite ni, apapun aku nak kongsikan sinopsis dan review cite Dilwale ni yang aku copy dari http://thevocket.com/ . So selamat membaca k..
Sinopsis & Review Filem Dilwale

Pembukaan cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.
Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Ini dapat dilihat apabila Raj menyelamatkan Money Bhai (Johnny Lever) daripada dipukul oleh orang kampung akibat mencuri telefon.
Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta. 
20 minit pertama Dilwale tiada apa yang menarik. Malah saya merasakan sedikit bosan apatah lagi melihat karekter Raj yang tidak berapa jantan. Namun persepsi saya mula berubah apabila masuk babak Raj dan sidekicknya mencari gengster yang memukul adiknya.
Cerita menjadi semakin menarik apabila masuk babak flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju. 
Sejak terlanggar Meera, Kaali seperti tidak dapat lupakan Meera dan bermula lah kisah mengorat Kaali untuk menawan hati Meera. Antara babak menarik Kaali mengorat Meera yang saya tak dapat lupakan ialah ketika Meera meminta pertolongan Kaali untuk menyelamatkannya daripada gangguan lelaki-lelaki tempatan yang selalu mengganggunya. Babak lain ialah ketika Meera hanya memberi 5 minit saja untuk Kaali datingdengan beliau. Babak ini bagi saya memang genius, kelakar dan romantik habis. 
Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty pandai dalam membuat twist apabila Meera sebenarnya ialah anak kepada musuh Kaali apabila Meera dilihat turun dari Hummer kuning bak seorang Kak Long kawasan selepas aksi tembak menembak yang menyaksikan kereta Kaali terbabas. Seperti dijangka Meera tidak meneruskan niat membunuh Kaali walaupun sudah mengacukan pistol ke arah Kaali apabila melepaskan Kaali yang ketika itu helpless.
Fast Forward selepas 15 tahun, mereka dipertemukan semula menerusi adik masing masing Veer dan Ishita. Memori dan dendam lama mereka menjadi penghalang untuk Veer dan Ishita meneruskan perkahwinan. Pada masa yang sama Veer dan Ishita cuba merungkai kisah lama abang dan kakak mereka. Namum sampai ke penamat cerita Veer dan Ishita masih tidak tahu yang abang dan kakaknya bekas mafia.
Sepanjang saya menonton filem ini, saya mengharapkan penamat yang lebih dramatik seperti ada pertempuran antara Kaali dan musuh lama mahupun geng dadah di kawasan tempat tinggalnya. Dan, Veer dapat tahu yang abangnya seorang ketua mafia 15 tahun dulu yang selama ini kelihatan seperti seorang alim. Namum semua itu tidak berlaku. Untuk lakonan pula, Shah Rukh Khan menampilkan lakonan yang sepatunya sebagai seorang Shah Rukh Khan. Saya rasa peminat-peminat wanita pasti cair melihat renungan mata dan penampilan beliau ketika babak majlis kahwin Sidhu.
Kajol pula, walaupun sudah berusia masih berupaya membuat orang ramaimelting. Bukan saja dari segi rupa paras bahkan lakonannya masih mantap walaupun ringkas dan tidak nampak berat.
Sinematografi dan babak di Bulgaria sangat mengasyikkan. Lagu-lagu yang dimainkan pula just nice. Cuma satu lagu saja yang masih bermain dalam kepala saya sehingga kini iaitu Janam JanamSecara keseluruhan Dilwale ialah filem yang seronok untuk ditonton walaupun jalan ceritanya agak dapat dijangka.

Read More

22 Dis 2015

Jenis - Jenis Kasut Sneakers


Assalammualaikum..
Sape kat sini suka pakai kasut jenis Sneakers ni? Memang best pakai kasut jenis ni sebab sangat selesa dan mudah nak berjalan kan. Sneaker merupakan jenis kasut yang paling ideal untuk wanita yang lebih suka bergaya santai dan menginginkan pemakaian yang selesa sepanjang hari. Oleh kerana itu, sneakers sering dipilih oleh para wanita ketika ingin melancong ke luar negara mahupun berjalan di dalam negeri. Pemakaian sneaker ini juga sesuai dipadankan dengan apa jua jenis pakaian kasual termasuklah t-shirt dan jeans mahupun  skirts dan blouse! Jadi, tahukah korang apakah jenis-jenis sneakers atau types of women sneakers shoes yang sesuai untuk korang gayakan? Jom tengok dibawah ni :-
Rekaan sneakers yang paling common atau sering dipakai oleh para wanita adalah koleksi sneaker classic seperti gambar yang diatas ni. Sneakers jenis ini sesuai digayakan untuk semua jenis pakaian kasual yang korang gemari. 
Rekaan sneaker yang kedua pula adalah Plimsoll shoes dimana mempunyai rekaan yang sedikit berlainan daripada rekaan sneaker classic.  Jika koleksi sneaker classic mempunyai rekaan tali yang lebih penuh, rekaan tali pada plimsoll pula hanyalah separuh sahaja.
Seterusnya adalah rekaan slip on sneakers yang direka tanpa tali seperti gambar berikut. Ia amat sesuai digayakan bersama pemakaian jeans dan leggings. 
Dan bagi korang yang ingin kelihatan lebih tinggi dan pada yang sama ingin berjalan dengan selesa, pilih koleksi wedges sneakers yang direka dengan struktur tapak yang lebih tebal dan tinggi. So apakah jenis sneakers kegemaran korang?

Read More

19 Dis 2015

Senarai Movies/Filem Korea 2014-2015 Yang Aku Dah Tonton

Assalammualaikum..
Kat sini aku nak senaraikan beberapa filem/movie korea yang aku dah tonton baru-baru ini. Semua filem Korea (Korean Movies) yang aku senaraikan ni adalah masih baru lagi yang baru release antara tahun 2014 hingga tahun 2015.

1- The Beauty Inside (2015)
Best gak cite The Beauty Inside ni hero filem dilakonkan oleh ramai pelakon2 best dan heroin cite ni adalah Han Hyo Joo. Jalan ceritanya boleh tahan.

2- Shoot Me In The Heart (2015)
Sebuah filem yang mempunyai jalan cerita yang unik dan banyak pengajaran, memang enjoy layan movie ni. Takde heroin dalam cerita ni sebab lebih memfokuskan kepada 2 watak utama cite ni yang dilakonkan oleh Lee Min Ki dan Yeo Jin Goo.

3- Perfect Proposal (2015)
Movie yang best untuk ditonton, ada twist di pertengahan jalan cerita membuatkan jln cerita makin menarik. Dilakonkan oleh Im Soo Jung dan Yoo Yeon Seok.

4- Fashion King (2014)
Filem Fashion King dibarisi oleh pelakon2 hebat dan popular seperti Joo Won, Sulli, Park Se Young, Ahn Jae Hyun, Kim Sung Oh dan merupakan adaptasi drp Webtoon popular di Korea. Sayangnyer jalan ceritanya kurang best bagi aku manakala endingnyer juga kurang jelas, serius tak berapa suka dengan rambut Joo Won dalam movie nih huhu.

5- Monster (2014)
Sebuah movie yang penuh suspen dan thriller, dilakonkan oleh Lee Min Ki dan Kim Go Eun. Lee Min Ki memang nampak menakutkan dalam filem ni dengan wataknya yang agak psiko dan ganas. Tapi mmg layaannnn cite ni.

6- My Brilliant Life (2014)
Sebuah filem yang indah dan banyak pengajaran, memfokuskan tentang kehidupan seorang remaja yang bernama Ah Reum yang menghadapi suatu penyakit yang membuatkan dirinya tua dari usia sebenar. Ibu Bapa Ah Reum berjuang dan melakukan pelbagai cara untuk mencari duit bagi membayar bil2 perubatan anak mereka. Movie ni memang menyentuh hati penonton dan ramai juga yang menangis menonton cite ni. Dilakonkan oleh Song Hye Kyo, Kang Dong Won dan Jo Sung Mok.

7- My Love My Bride (2014)
Dilakonkan oleh Shin Min Ah dan Jo Jung Suk, gandingan diorang ni sememangnya sangat cute n comel jer. Jalan cerita die okey tapi xdela best sangat tpi still boleh layan lagi. Mengisahkan tentang couple yang sweet yang akhirnya berkahwin namun mula menghadapi masalah2 kecil dalam perkahwinan mereka. Bermula dari salah faham serta pergaduhan kecil antara mereka yang membuatkan keadaan mula menjadi tegang dan akhirnya berlaku satu insiden yang tidak diingini. Namun penamat cite ini still happy ending gitu.
Read More

My Random Post