22 Okt 2015

Aku Dah Tonton Filem Jwanita

Assalammualaikum..
Baru2 ni aku ada tonton Jwanita di Astro First, komen aku mengenai filem Jwanita ni best gak, rasanya kalau tengok kat pawagam mesti lagi takut dengan sistem bunyi yang best. Kalau tengok kat rumah ni biase2 jer, xdela takut sangat. Lakonan Maya Karin mmg best, banyak giler darah dalam filem ni okey hehehe. Aku suka gak dengan watak Julaika tu, nampak benar die sayang dengan kakaknya tu. Pendek kata memang layannn filem Jwanita ni.

Read More

15 Okt 2015

Trend Drama Korea Sekarang

Assalammualaikum..
Aku di masa lapang gemar juga menonton drama Korea ni, asalkan best aku tengok jer. Drama Korea yg menjadi pilihan aku adalah drama yang mempunyai tidak lebih dari 20 episod. Yelah leceh juga nak ikut drama yg mempunyai episod yg byk2 tu. Drama Korea terbaru yg tengah ditayangkan sekarang kebanyakkannya mempunyai dekat 50 episod. Fuyoo hahaha kalau dulu ada dlm 2 atau beberapa jer kali ni lebih plak. Ada beberapa kerat jer drama yg mempunyai episod 16-20 episod. Kat bawah ni aku senaraikan Drama Korea terbaru yang mempunyai banyak episod, lebih kurang 50 episod ke atas..

  1. All is Well- 100 episod
  2. Glamorous Temptation - 50 episod
  3. Six Flying Dragons - 50 episod
  4. I Have a Lover - 50 episod
  5. Mom - 50 episod
  6. My Daughter Geum Sa Wol - 50 episod
Itu sebahagian daripada senarainya, tapi kebanyakan drama diatas disiarkan di slot hujung minggu yang kebiasaannya mmg byk episod. Tapi tulaa 50 episod byk sgt hihi, walaupun byk ada gak yg aku tengok macam cite no 6 tu - My Daughter Geum Sa Wol, best jalan ceritanya..


Read More

7 Okt 2015

Filem Bravo 5

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada menonton Filem Bravo 5 lakonan  Beto Kusyairy ,Remy Ishak,Sofi Jikan ,Sashi Tharan,Xavier Fong,Frank Peterson dan Chew Kin WahFilem ini mengisahkan mengenai lima anggota Komando Tentera Darat yang menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis. Melalui filem ni baru aku tahu yg tahun 1989 masih ada lagi saki baki komunis di Msia ni, nampak sangat pengetahuan sejarah aku masih lgi kurang hehehe walaupun aku minat Subjek Sejarah. Filem ni dibarisi pelakon2 hebat seperti Beto dan Remy serta Sinematografi filem ni sangat cantik okey sesuai dengan bajet besar filem ni hehehe.

Permulaan cerita filem Bravo 5 ni memang best, tapi bila masuk pertengahan cerita dan akhir cerita ianya dah jadi boring sedikit bagi aku. Rasa macam ada benda tak kena jer masa pertengahan cerita tu, tak dramatik dah jadinya. Apapun pujian harus diberikan juga untuk filem ni sebab diorang berani untuk buat filem ni, sekurang-kurangnya ada jugak filem perang Msia ni. Lagipun jarang2 kita ada filem yang bercorak sebegini jadi haruslah kita menghargainya.

Read More

My Random Post