22 Dis 2015

Jenis - Jenis Kasut Sneakers


Assalammualaikum..
Sape kat sini suka pakai kasut jenis Sneakers ni? Memang best pakai kasut jenis ni sebab sangat selesa dan mudah nak berjalan kan. Sneaker merupakan jenis kasut yang paling ideal untuk wanita yang lebih suka bergaya santai dan menginginkan pemakaian yang selesa sepanjang hari. Oleh kerana itu, sneakers sering dipilih oleh para wanita ketika ingin melancong ke luar negara mahupun berjalan di dalam negeri. Pemakaian sneaker ini juga sesuai dipadankan dengan apa jua jenis pakaian kasual termasuklah t-shirt dan jeans mahupun  skirts dan blouse! Jadi, tahukah korang apakah jenis-jenis sneakers atau types of women sneakers shoes yang sesuai untuk korang gayakan? Jom tengok dibawah ni :-
Rekaan sneakers yang paling common atau sering dipakai oleh para wanita adalah koleksi sneaker classic seperti gambar yang diatas ni. Sneakers jenis ini sesuai digayakan untuk semua jenis pakaian kasual yang korang gemari. 
Rekaan sneaker yang kedua pula adalah Plimsoll shoes dimana mempunyai rekaan yang sedikit berlainan daripada rekaan sneaker classic.  Jika koleksi sneaker classic mempunyai rekaan tali yang lebih penuh, rekaan tali pada plimsoll pula hanyalah separuh sahaja.
Seterusnya adalah rekaan slip on sneakers yang direka tanpa tali seperti gambar berikut. Ia amat sesuai digayakan bersama pemakaian jeans dan leggings. 
Dan bagi korang yang ingin kelihatan lebih tinggi dan pada yang sama ingin berjalan dengan selesa, pilih koleksi wedges sneakers yang direka dengan struktur tapak yang lebih tebal dan tinggi. So apakah jenis sneakers kegemaran korang?

5 ulasan:

  1. ooh...selama ni dok pakai sneakers klasik la...baru tau...
    nice sharing!

    BalasPadam
  2. Cantik laa sneakers wedges tuu, ada jual online ke yang tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada jer jual online, leh tgk kat Zalora...

      Padam
  3. suka yang biasa tu tapi xske yang banyak tali..
    yang sarung tu pun best..

    BalasPadam
  4. Skang Wardah nak kumpul sneakers. Hihi

    BalasPadam

My Random Post