7 Dis 2014

Sinopsis Valid Love - Korean Drama


Assalammualaikum..
Hari ni nak borak2 pasal Drama Korea yg baru. Drama ni akan menggantikan drama Liar Game dan mempunyai 20 episod. Setakat ni baru release hingga episod 2 jer. Lawak gak part student yg bernama Kim Il Ri yang jatuh cinta pada guru ganti subjek Biologi yg bernama Jang Hee Tae. Kim Il Ri ni mmg jatuh cinta giler2 kat guru die tu, siap jadi mcm bodyguard guru tersebut hingga sampai sanggup biar dirinya kemalangan dan selamatkan gurunya tu. Bila guru lelaki yang muda, hensem n masih single mengajar di Sekolah Perempuan mmg korang tahu laa apa akan jadi kan. Ramai laa pelajar2 perempuan yg angau, jadi stalker guru tersebut n try ngorat2 guru tersebut hahaha. Apapun meh layan Sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis

Jang Tae Hee bertemu Kim Il Ri secara tidak sengaja di Hospital. Takdir menemukan mereka semula sebagai guru dan pelajar yang mana Jang Tae Hee menjadi guru ganti subjek Biologi dan turut mengajar di kelas Kim Il Ri. Sikap Kim Il Ri yang gila2 dan suka pada gurunya itu membuatkan Jang Tae Hee rimas namun die kagum dengan keberanian Kim Il Ri. Satu kemalangan berlaku dan menyebabkan Kim Il Ri terlantar di hospital dan Jang Tae Hee berasa sangat bersalah namun dirinya terpaksa ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Setelah 7 tahun berlalu Jang Tae Hee pulang semula ke Korea dan secara tidak sengaja die bertemu semula dengan Kim Il Ri. Mereka akhirnya bercinta dan berkahwin, setelah berkahwin hidup mereka berdua bahagia pada awalnya namun perkahwinan mereka menjadi semakin bosan.

Kim Il Ri akhirnya tertarik dengan rakan sekerjanya yang bernama Kim Joon. Kim Joon ni masih muda dan sangat hensem okey jadi akhirnya Kim Il Ri terperangkap dalam cinta tiga segi dan die akhirnya menduakan suaminya dan mempunyai hubungan sulit dengan Kim Joon. Suaminya Kim Tae Hee mendapat tahu yang isterinya ada affair dengan lelaki lain menjadi sangat marah namun akhirnya die memutuskan untuk mendapatkan kembali cintanya isterinya yang hilang dan tidak mahu berpisah dengan isterinya. Apa yang bakal berlaku? kenalah tengok drama ni k.

Pelakon drama ini terdiri daripada Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk, Choi Yeo Jin dan ramai lagi.

Read More

6 Dis 2014

I Miss Merlin

Rindu dengan cite ni hihi. Walaupun sampai ke musim ke-5 jer n dah tamat tahun 2012, cite ni mmg beri impak laa. Sape boleh lupa sweet friendship Merlin and Arthur ni kan. Dulu kat channel Diva Universal selalu ulang cite Merlin ni dari season 1-5 pastu ulang dan ulang lagi. Selama die ulang selama tulah aku jadi penonton setia hehe. Sekarang ni diorang dah x ulang cite ni kot. Tapi still aku rindu dengan cite ni. Walaupun cite ni dah diganti dengan siri baru iaitu Atlantis, tapi still rasa macam ada yang kurang gitu. Apapun aku ada laa download gak beberapa episod dalam cite Merlin yang aku suka ni. Ada dalam 5 episod gitu untuk season 3, 4 dan 5. So bila rindu bolehlaa tengok kan.

Aku harap gak nanti2 akan ada drama or movie yg akan gandingkan semula Bradley and Colin ni kan. Dulu ada dengar gak diorang nak filemkan Merlin ni tapi x jadi kan. Tak tahu laa kenapa tak jadi huhu. Apapun cite Merlin ni mmg menghiburkan n i will miss Merlin, Arthur, Morgana and all cast. 
Read More

My Random Post