25 Ogo 2014

Ice Bucket Challenge Version Merlin

Ice Bucket Challenge, English Series, Drama Siri, Merlin, Arthur, Colin Morgan, Bradley James, Projek Terbaru,
Ice Bucket Challenge Merlin Version

Merlin and Arthur doing the ice bucket challenge before it was popular!.
Terjumpa gambar Merlin and Arthur ini di Facebook, agak kelakar juga bila diorang kaitkan scene ni dengan Ice Bucket Challenge tu. Tapi nampak macam sesuai juga. Scene dalam gambar di atas ini masa season 2 or season 3, ketika ini Arthur tengah benggang dengan Merlin dan sengaja kenakan Merlin, sweet betul. Rindu pula dengan cerita Merlin ini. Rindu dengan Arthur dan Merlin serta rindu nak tengok Colin Morgan dan Bradley James bergandingan lagi. Selepas drama siri Merlin, Colin dan Bradley dah sibuk dengan aktiviti seni masing - masing. Selepas tamat Merlin musim kelima, Colin sibuk dengan teater, drama baru dan juga filem. Begitu juga dengan Bradley yang dah ada drama siri baru yang dia melakonkan watak utama. Terbaru Colin Morgan berlakon dalam teater lagi yang bertajuk Gloria kalau aku tak silaplah, kelihatan Bradley James dan beberapa pelakon lain dari drama siri Merlin turut datang untuk menonton teater lakonan Colin Morgan ini.

Mereka semua turut berjumpa Colin di belakang pentas, sweetnya walaupun jarang bertemu, tapi masih menyokong antara satu sama lain. Dulu ada dengar khabar angin yang drama siri Merlin akan difilemkan, tapi selepas itu semuanya senyap saja, jadi faham - fahamlah ye, tak jadi nak buat filem Merlinlah maksudnya tu. Sayangnya mereka tak jadi nak buat filem Merlin itu, cuba bayangkan kalau hasrat nak buat filem ini menjadi realiti, mesti seronok kan, malah penonton pun pasti akan teruja nak menonton nanti. Walaubagaimanapun, drama Siri Merlin ini dah berlalu, dah tinggal sejarah pun, cuma aku berharap  ada penerbit mahu pun pengarah akan menggandingkan Colin dan bradley dalam drama siri yang sama mahu pun filem pada suatu hari nanti. Lagi pun siapa dapat lupa betapa sweetnya bromance dan friendship mereka berdua menerusi drama siri tersebut. Aku rasa kalau mereka berdua digandingkan dalam drama atau filem yang baru, aku yakin drama atau filem tersebut akan popular dan disukai oleh ramai penonton.

Di Facebook dulu ada juga page - page tertentu yang cuba berusaha untuk mengembalikan semula drama siri Merlin termasuk pelakon - pelakon asalnya. Namun ianya kurang berjaya, kerana pelakon - pelakon drama Merlin itu sendiri pun dah move on, jadi sebagai peminat, kita semua pun kena move on dan berharap mereka digandingkan semula dalam drama baru yang lebih best dan menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post